5th Year Wedding Anniversarry

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 

Syukur yang kehadrat Ilahi, hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Affni Shahida & Ahmad Yusri. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat yang Engkau beri kepada kami selama ini, dengan 2 orang cahaya mata setakat ini (coming soon yang ketiga) sebagai amanat daripadaMu dan penyeri hidup kami. Semoga anak-anak ini menjadi asbab untuk kami ke SyurgaMu kelak Ya Allah... Amin...


Zakat dan Sedekah Penyubur Harta

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

BONUS SHAKLEE
Seminggu yang lalu seperti biasa, kebanyakan daripada kita runsing memikirkan duit perbelanjaan diri dan keluarga yang semakin merosot (maklumlah tengah bulan). Namun, saya rasa bertuah kerana bonus hasil bisnes daripada Shaklee telah masuk ke dalam akaun saya. Syukur lagi sekali kerana saya tidak menyangka bahawa apa yang saya dapat bulan ini boleh dikatakan 2 kali ganda dari bulan lalu! Inilah pendapatan sampingan 4 angka saya yang kedua dengan Shaklee. Ya Wahhab! Sesungguhnya Engkaulah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaMu yang berdoa dan berusaha.

Kisah SUSU IBU Di Dalam Al-Quran - Penyusuan Bayi Menurut Islam

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan pada entry yang lepas, kali ni saya nak share tentang SUSU IBU menurut ISLAM.

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu. Bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 
 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang dapat kita simpulkan daripada firman Allah di atas?

PERINTAH & SURUHAN

Terang lagi jelas. Ini memberi maksud ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan ibu dan anak.

Dah 8 Bulan! Tak Sedar!!

Assalamualaikum,

Apa khabar hari anda? 2 hari lepas saya pergi prenatal check up. Rasa macam dah lama tak pergi check up sejak yang lepas. Hehe..


Tanpa kusedar.. Dah nak masuk minggu ke 33 rupa-rupanya baby dalam perut nih.. 8 BULAN! hehe.. Serius tak sedar! Badan rasa CERGAS je. Boleh lagi drive pergi balik kerja sendiri (lebih kurang 60-70km sehari). Balik layan kerenah anak-anak dan urus mana yang patut. Alhamdulillah.. Di samping doa yang tak putus-putus kepada Allah, usaha saya dengan mengambil vitamin semulajadi Shaklee sangat membantu dan memberi kesan terhadap kesihatan diri dan keluarga.

“TOLONG JANGAN JADI KAWAN BAIK SAYA!”

Assalamualaikum,

Pagi tadi, belek punya belek purse saya, terjumpa pulak 2 kad appointment Alina ni. Ni yang jumpe pakar kanak-kanak. Belum yang pergi klinik biasa lagi.

.: Appointment Card KPJ Kajang & Prince Court Medical Centre :.

Bila difikir dan dikenang-kenang semula, dah lama rupanya Alina tak pegi jumpa pediatricians. Alhamdulillah.. Kesihatan anak-anak bertambah baik lepas amalkan vitamin tambahan dalam diet mereka. Bersyukur sangat!

SENYUM LAGI! KLIK! KLIK!! | KENANGAN TERINDAH

Assalamualaikum,

Siapa kat sini kenal photographer Jay Farhana? Sila LIKE entry ni! Hehe..

Jay Farhana seorang photographer yang sangat berbakat bagi saya. Very warm and friendly. Jay merupakan salah seorang photographer (bersama-sama Carlos Nizam) ketika majlis akad nikah saya hampir 5 tahun yang lalu.. Wah dah nak masuk anniversary yang ke 5 dah rupanya! Hehe..

.: Kenangan Bergambar Bersama Jay Farhana & Carlos Nizam Semasa Sesi Bergambar Outdoor Selepas Majlis Akad Nikah Kami pada 2008 :.

Apa yang saya nak ceritakan di sini.. Jay tiba-tiba hantar email kepada suami saya, Yusri baru-baru ini.. Rupa-rupanya, hasil karya Jay iaitu salah satu gambar kami ketika sesi photography outdoor selepas majlis akad nikah kami dulu mendapat perhatian GettyImages.com!

Senyum! Tak Perlu Kata Apa-Apa... | Set Penjagaan Kulit Enfuselle daripada Shaklee

Salam Ahad semua..

"..cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit..."

Seronok pulak pagi-pagi lagi dapat pujian daripada  suami tersayang. Hehe.. Dia kata kulit muka saya makin licin! 

^_^

Siapala yang tak seronok kan bila dapat pujian dari suami sendiri.. Tu la kan, betapa pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan luaran serta dalaman untuk suami.. Bila kena puji macam ni, lagi berkobar-kobar la saya nak makan vitamin Shaklee disamping penjagaan luaran muka dengan Set Enfuselle daripada Shaklee!

Shaklee pun ada Set Penjagaan Kecantikan Luaran?

SUKA DUKA OKTOBER 2013

Assalamualaikum...

Minggu ni dah masuk bulan baru.. NOVEMBER 2013! Closing Oktober yang sangat manis  buat saya dan ahli keluarga Shaklee saya keseluruhannya. Kita nantikan berita gembira di pertengahan bulan ini!

Rasanya dah lama tak update mengenai anak-anak dan keluarga.. Oktober tahun ini banyak peristiwa suka duka yang berlaku. 

SUKA
Bulan yang sangat santai buat saya dan keluarga pada mulanya.. Kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman saya di Kuching, Sarawak. Pulang untuk Hari Raya Aidiladha, meraikan ulangtahun kelahiran saya yang ke 30 di bumi kelahiranku, ziarah nek wan dan kaum keluarga di sana, seterusnya pergi bercuti di Damai Puri Santubong, yang merangkap percutian kami sekeluarga untuk tahun ini. Hehe.. All-In-One!

Aidiladha 2013