5th Year Wedding Anniversarry

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 

Syukur yang kehadrat Ilahi, hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Affni Shahida & Ahmad Yusri. Terima kasih Ya Allah dengan nikmat yang Engkau beri kepada kami selama ini, dengan 2 orang cahaya mata setakat ini (coming soon yang ketiga) sebagai amanat daripadaMu dan penyeri hidup kami. Semoga anak-anak ini menjadi asbab untuk kami ke SyurgaMu kelak Ya Allah... Amin...


PERKENALAN KAMI

Tiba-tiba rasa nak imbas kembali saat kami berkenalan. Bila difikir-fikirkan memang agak lucu. Dan ada dikalangan rakan yang mengatakan kisah kami seperti di dalam novel. Seperti dalam movie-movie Korea.

Kami berkenalan ketika kami sedang menuntut di Universiti Tenaga Nasional sekitar tahun 2003, iaitu ketika kami berada di dalam tahun 2. Ianya bermula ketika ustaz pensyarah yang mengajar kami meminta kami menulis nombor telefon dan nama sekolah menengah sebelum ini di dalam rekod kehadiran pelajar.

Sejak dari itu, saya kerap mendapat 'misscall' dari nombor 017 (Timecel) yang tidak saya kenali. Pada kebiasaaannya, saya akan ignore mana-mana nombor yang tidak saya kenali. Namun, mungkin dengan kehendakNya, saya hubungi kembali nombor tersebut. Namun, tiada siapa yang bercakap dihujung talian sana. Sehinggalah suatu hari, saya mencuba lagi setelah di 'misscall' lagi. Kali ini terdengar suara seorang lelaki yang bersuara. Rupa-rupanya dialah Yusri, suami tercinta saya ini. Dia sebenarnya nak bertanya kepada saya perihal rakannya yang pernah bersekolah dengan saya ketika di sekolah menengah dulu. Tapi malu! Hehehe... ^_^

Selepas daripada itu, kami hanya berkawan biasa sebagai rakan sekuliah. Tiada yang istimewa di antara kami. Sehinggalah kami berada di tahun 4. Selepas peperiksaan akhir tahun 4, sangat berasa sangat 'down' kerana tidak dapat menjawab soalan dengan sebaiknya. Pada petang selepas exam, Yusri mengajak saya ke rumahnya kerana dah lewat petang. Dia perlu pulang padahal waktu itu saya perlukan seseorang untuk mendengar keluh kesah saya pada soalan exam sebelum itu. Saya terkejut. Namun, Yusri menyatakan mama berada di rumah. Mama yang ajak datang. Lebih baik bersama mama daripada kami pergi kemana-mana berdua sedangkan hari dah nak senja. Huhu.. Saya dan mama pun berkenalan selepas daripada itu.

AIDILFITRI 2005

Seperti biasa, menjelang hari raya saya akan pulang ke kampung halaman saya di Kuching, Sarawak. Ketika menyambut kemeriahan hari raya pada tahun itu, Yusri call saya memberitahu sesuatu yang saya tidak jangka. Alkisahnya, ketika menziarahi datuk saudaranya, Tok Ngah di Ampang, mereka bercerita perkembangan masing-masing. Lalu mama bercerita dengan siapa Yusri berkawan ketika itu (saya la.. walaupun bukan kawan istimewa). Tok Ngah terkejut apabila mengetahui Yusri berkawan dengan saya (cucu bekas Mufti Sarawak). Setelah kaji punya kaji, siap bukak album lama.. Rupa-rupanya Tok Ngah dan datuk saya merupakan sahabat baik ketika mereka menuntut di sebuah kolej islam di Singapore! Dan bila di fikir-fikirkan, saya pernah mengikut datuk saya ke rumah Tok Ngah ketika saya berumur 9 tahun! Wah... What a small world!

Begitulah ringkasan perkenalan kami. Panjang lagi sebenarnya kisahnya. Saya rumuskan saja.. hehe..

29 NOVEMBER 2008 - 29 NOVEMBER 2013

Pelbagai suka duka yang kami hadapi bersama. Bermula dengan lafaz akad nikah pada 29 November 2008, dan dengan sekali lafaz, saya menjadi ister yang sah buat Yusri. Jom kita imbas kembali gambar-gambar kenangan ketika majlis akad nikah dan majlis resepsi pada 2008...








Impian saya sekarang ini, agar saya dapat menjaga dan mengurus rumahtangga dan keluarga saya serta menjadi working-at-home-mum dengan pendapatan 5 angka sebulan. Saya ingin mendidik & membesarkan sendiri anak-anak kami. Biarlah mereka membesar di depan mata saya. BAGAIMANA? Segalanya bermula selepas saya membaca eBook PERCUMA yang penuh motivasi dan inspirasi ini. Anda juga boleh download dan baca eBook ini. 


Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat darinya. Mohon doa semua agar saya berjaya mencapai impian saya ini.. Amin..

Semoga rumahtangga kami harmoni, sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t dan ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat kami.. Amin..

Sekian. Terima kasih kerana sudi singgah di MamaCilik.Com

Wassalam.

.: MamaCilik :.

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment