SENYUM LAGI! KLIK! KLIK!! | KENANGAN TERINDAH

Assalamualaikum,

Siapa kat sini kenal photographer Jay Farhana? Sila LIKE entry ni! Hehe..

Jay Farhana seorang photographer yang sangat berbakat bagi saya. Very warm and friendly. Jay merupakan salah seorang photographer (bersama-sama Carlos Nizam) ketika majlis akad nikah saya hampir 5 tahun yang lalu.. Wah dah nak masuk anniversary yang ke 5 dah rupanya! Hehe..

.: Kenangan Bergambar Bersama Jay Farhana & Carlos Nizam Semasa Sesi Bergambar Outdoor Selepas Majlis Akad Nikah Kami pada 2008 :.

Apa yang saya nak ceritakan di sini.. Jay tiba-tiba hantar email kepada suami saya, Yusri baru-baru ini.. Rupa-rupanya, hasil karya Jay iaitu salah satu gambar kami ketika sesi photography outdoor selepas majlis akad nikah kami dulu mendapat perhatian GettyImages.com!


Ini sebahagian daripada email tu..

“…. Just nak mintak ur consent, sebab one of my work on your wedding were selected by GettyImages.com - a US stock photo company, untuk digunakan for commercial use, so I am selected by Getty Images as one of their contributor now. Untuk publish your photo, diorang minta Model Release from the people in the photograph…… ”

Wah.. Mula-mula terkejut jugak kami.. Tak pasal-pasal jadi ‘model’.. Kihkihkih.. Nak tengok tak gambar mana yang mendapat perhatian GettyImages.com tu? INILAH DIA GAMBAR TU..

.: Aksi Spontan Yang Berjaya di Candid Oleh Jay Farhana :.

Dah alang-alang ni, tiba-tiba lak rasa nak share sikit gambar-gambar masa majlis akad nikah kami dulu.. JOM!

.: Sebelum Majlis.. Debaran Terasa.. ^_^ :.
  
Teringat lagi masa tu.. Abang Nazri terpaksa berada di Italy masa majlis ni berlangsung di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apa lagi.. Sedih la adik kesayangannya, Yusri ni. Maklumlah 2 beradik je kan! Hehe.. So, kita guna la teknologi yang ada.. LIVE video conference dengan abang Nazri. Kesian jugak abang Nazri masa tu. Kena nagun tidur. Sebab kalau tak silap, masa majlis akad nikah tu dalam pukul 3 pagi waktu Italy! Siap pakai smart lagi!

Nak dijadikan cerita lagi, tok kadi pulak yang kekok bila ada video conference gini.. Maklumlah tak pernah dibuat orang! Hehehehe..

.: Ketika Majlis Akad Nikah.. LIVE Video Conference from Italy with Abang Nazri :.

.: Sesi Photography Selepas Majlis :.

 Sekian dulu cerita kami untuk kali ini.. 

Mode: Excited tengok balik gambar-gambar lama! ^_^

.: MamaCilik :.


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Affni!!!! hehehee entah mcm mana jumpe ur blog ni hehehehe....thanks for quoting me kehkehe malu ai...but anyway im still waiting for the model release form la..takdpt balik kat i..i takot mase i pos tu yg taksampai pada yusri..nnt inform yusri ehhh :D

    ReplyDelete