Nak Baby? Jaga Makan Untuk Subur!

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang tahu tentang rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran pukul 12.00 tengahari di TV3 kan? Tapi walaupun ramai yang tahu, masih ramai lagi yang tidak berpeluang menonton rancangan ini. Pada pandangan saya, WHI merupakan rancangan yang sangat bagus yang mana banyak informasi berkenaan wanita dan rumahtangga dibincang dan dikongsikan bersama..

Sambil menyusukan baby Ammar semalam, saya sempat mendengar sedikit kupasan yang menarik perhatian saya. Ianya bertajuk, "Makanan untuk mengekalkan kesuburan". Ha.. Tetamu jemputan merupakan seorang doktor pakar sakit puan. Tapi saya lupa nama doktor tu. Huhu..

" Aduh! Sakitnya! " - Bengkak Susu

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak kongsi sesuatu berdasarkan pengalaman sendiri. Saya yakin dan pasti ramai ibu yang baru melahirkan bayi mengalami bengkak susu. Kebiasaannya ia berlaku pada hari ke 2 - 4 selepas bersalin dan itu lah juga yang saya alami. Usah gusar.. Ianya hanya sementara dan akan berakhir di antara 24 - 48 jam. InsyaAllah..

Pertama sekali, ucaplah kata syukur.. Alhamdulillah.. Ini kerana ia merupakan tanda positif yang mana, kita sedang menghasilkan susu supaya kita dapat menyusukan bayi kita sepenuhnya.

Sakit! Memang sakit!