Jemput Rezeki vs Kejar Rezeki

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah. 

Saya telah Allah pilih untuk menghadiri satu program yang sangat memberi makna di dalam hidup saya. Bukan sekadar dari segi bisnes dan duniawi. Namun juga hubungan kita dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t.



Seminar Law of Universal Attraction (LUA) & Neuro-Linguistic Programming (NLP) anjuran mentor saya, Master MariaFirdaus telah diadakan pada hari 19-20 April 2014 yang lalu. Speaker jemputan adalah saudara Zuhairi Nopiah (Ateh) merupakan seorang pakar di dalam bidang ini. Ini kali kedua saya berjumpa dan menuntut ilmu dengan Ateh. Kali pertama adalah pada bulan lepas semasa menyertai Family Day Legasi Anugerah Terindah di Port Dickson. Saya ada menceritakannya di dalam entry INI.

Untuk pengetahuan anda, kos bagi program dua hari ini telah menelan belanja sebanyak lebih daripada RM 10,000! Tapi kami sebagai peserta hanya dikehendaki membayar RM 80 sahaja termasuk makan tengahari! Program ini disertai oleh seramai 70 orang peserta. Kalau ikut kiraan saya, jumlah terkumpul daripada peserta program hanyalah sebanyak RM 5600 sahaja! Selebihnya ditanggung oleh Master MariaFirdaus. Saya sangat kagum dengan mentor-mentor saya ni. Mereka betul-betul serius ingin menolong dan membantu kami yang berada di dalam Empayar MariaFirdaus untuk lebih maju dan berilmu. Jangan kata ilmu, masa, tenaga, malah wang ringgit juga mereka sumbangkan untuk kami. Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana berada dikalangan orang-orang yang tidak lokek dan sentiasa positif!

Apabila ditanya bagaimana mereka boleh menjadi master coordinator dalam masa yang singkat, Master Firdaus kata,

"Di samping menggunakan teknik marketing yang betul, saya juga mengamalkan teknik teknik yang terdapat di dalam Law Of Universal Attraction ( LUA ) dan juga Neuro Linguistic Programming."

Keperihatinan Master Firdaus terhadap anak-anak didiknya seperti kami digambarkan dengan kata-kata beliau ini,

"Saya sudah pun membelanjakan ribuan ringgit semata mata untuk belajar ilmu ilmu ini. Bagi saya, ilmu ini sangat bagus untuk kita semua pelajari. Kebanyakannya saya belajar dari Dr Azizan Osman.

Namun saya sedar, kelas Dr Azizan agak mahal. Tak ramai yang mampu untuk hadir ke kelas ini."

Bertuahkan saya menjadi salah seorang anak didik mereka! Syukur alhamdulillah. Semoga Allah beri lebih banyak lagi rezeki kepada mereka. Saya doakan Master MariaFirdaus kaya, berjaya, dan bahagia.

Law of Universal Attraction (LUA)

Pada hari pertama kami didedahkan dengan konsep LUA. Kami diingatkan tentang kebergantungan kita kepada yang Maha Pemberi, iaitu Allah s.w.t. Allah lah yang memberi rezeki kepada seluruh isi alam ini. Jadi, kepadaNya lah kita meminta rezeki. Bukan daripada manusia!

Kami juga diajar tentang bagaimana untuk menjemput rezeki, bukan mengejar rezeki. Kata Ateh,

"Kejayaan lebih mudah ditarik daripada dikejar. Kejayaan akan lebih mudah dijemput / ditarik."

Fitrah perkara yang dikejar akan terus lari, dan perkara yang dijemput akan datang kepada kita dengan izin Allah. 

Apa bezanya diantara orang yang berjaya dan orang yang bahagia?



Orang yang berjaya, dapat setiap apa yang yang dia impikan tetapi dia tidak semestinya bahagia. Boleh jadi dia berjaya tapi tiada kasih sayang dan tanpa ketenangan.

Manakala orang yang bahagia akan sentiasa diselubungi rasa kasih sayang dan ketenangan. InsyaAllah, kejayaan akan menyusul.

Jadi, adalah penting untuk kita ingat, di dalam setiap apa yang kita ingin kecapi, kebahagiaan merupakan perkara yang paling penting!

Di dalam kita mengejar kekayaan, kejayaan, dan kebahagiaan, kita akan sentisa diuji. Malah, tidak kira dalam keadaan apa sekalipun kita akan sentiasa diuji. Kaya, miskin, dan sebagainya. Sentiasalah berada di jalan Allah, insyaAllah kita akan selamat.

Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang program bagi memastkkan kami para peserta faham dengan apa yang disampaikan.

Neuro-Linguistic Programming (NLP)

Hari kedua pula kami diajar bagaimana nak kenal prospek, dan macam mana nak naikkan peratusan untuk close deal. Ilmu yang sangat berharga. Sukar untuk digambarkan di dalam penulisan. Kena buat praktis banyak kali baru kita dapat menguasai ilmu ni.

Tapi apa yang saya dapat kongsikan di sini, setip individu adakah unik. Dengan ilmu NLP ni kita boleh kenal kategori manakah prospek yang kita jumpa. Terbahagi kepada beberapa kategori:
  1. Visual 
  2. Auditory
  3. Kinestetik
  4. Internal Dialog
Nak lagi best, kita juga boleh tahu sama ada orang itu berbohong! Sungguh mahal ilmu yang diajar di dalam seminar ini. Di mana-mana sahaja boleh digunakan termasuklah jika kita nak membeli sesuatu seperti kereta yang berharga ratusan ribu ringgit. Daripada tiada diskaun, boleh jadi dapat diskaun. Daripada diskaun hanya RM 3 ribu, boleh jadi diskaun RM 10 ribu.

Kasih Sayang

Salah satu slot dalam seminar ini, Ateh menekankan tentang betapa pentingnya kasih sayang dalam mengejar kejayaan. Ini kerana, kejayaan akan lebih bermakna dengan kebahagiaan. Kami di minta sama-sama menyanyikan lagu 'Baik-baik sayang'. Ketika selingan lagu tu, kami diminta pula untuk salam, peluk, dan mohon maaf kepada semua orang. Minta orang itu doakan kejayaan kita.


Sepanjang sesi seminar 2 hari ni, Arissa sangat attach dengan seorang 'cucu Shaklee' saya, kak Marina. Ke mana sahaja kak Marina pergi dia akan ikut. Hehe.. Allah permudahkan urusan saya yang membawa 3 orang anak ke seminar. Kak Marina pun suka melayan Arissa. Sampai sekarang ni pun, seminggu telah berlalu, Arissa masih lagi bertanya tentang aunty baju biru (Kak Marina). Lebih-lebih lagi kalau dia dengar lagu 'Baik-baik sayang'.. ^_^


'Cicit Shaklee' saya turut berkongsi apa yang beliau rasa setelah program ini...


Aisyah Fatiya, 'cucu Shaklee' saya. Berkongsi cerita bagaimana beliau boleh kenal dengan empayar MariFirdaus. Asalnya bukan sebab Shaklee. Tetapi selepas dia mengenal dengan lebih dalam kami di dalam Empayar MariaFirdaus ni, beliau rasa sangat bersyukur....


Di akhir seminar saya sempat bergambar dengan sebahagian kecil 'anak, cucu-cucu & cicit-cicit Shaklee' saya. Ohh.. Semestinya tak lupa 'mummy' Shaklee saya turut ada sama... Semoga kita sama-sama kaya, berjaya, & bahagia, di dunia & di akhirat.. InsyaAllah...


Jom kita tengok gambar-gambar sekitar seminar LUA & NLP yang telah berlangsung sepanjang 2 hari ini:


Arissa & Alina lepak minum susu di satu sudut play area yang disediakan.. Santaii...


Lihatlah betapa flexible dan kids friendly seminar ini. Sambil Aisyah Fatiya sharing tentang bagaimana dia mengenal dan jatuh hati kepada Empayar MariaFirdaus, anak-anak bermain dihadapan. Tak ada siapa pun nak marah..


Salah satu sesi di mana Suhana diminta berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan ketika seminar


Sambil menyusukan baby Ammar pun masih boleh sertai seminar


Seorang lagi 'cucu Shaklee' saya, Supervisor Khadijah. Sebelum ini kami hanya berinteraksi secara online


Of course, inilah 'mummy Shaklee' saya, Master Maria


Bersama saudara Ateh Zuhairi & isterinya, Aisyah. 
Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan

Itu sahaja dulu perkongsian untuk kali ini. Bulan hadapan, Master Maria&Firdaus akan menganjurkan pula Seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG), khas untuk kami di bawah Empayar MariaFirdaus. Bagi yang berminat nak sertai seminar tersebut, boleh hubungi saya.

InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki, saya akan kongsi pula ilmu di lain entry.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment