Cabaran Ideal Weight - Selim Melim di Hari Raya

Assalamualaikum,

Bismillah..

Hari ni menunjukkan kita ada 11 minggu sahaja lagi sebelum menjelang hari raya Aidilfitri. Ia bersamaan dengan 77 hari!

Di dalam keluarga Shaklee kami sedang berlangsungnya Cabaran Ideal Weight di mana para peserta masing-masing mempunyai target tersendiri supaya tampil sihat dan bergaya di Hari Raya. Seramai lebih kurang 50 orang yang berada di dalam group ini yang betul-betul fokus dan serius. Salah seorangnya sudah tentunya Yusri! Jaga-jaga, siapa yang tak serius dan main-main dalam group ni memang akan di 'kick' dari group Cabaran Ideal Weight! Betapa kami komited dengan apa yang kami lakukan.  



Saya tahu, ramai orang teringin nak kurus. Tapi apa yang lebih penting adalah kurus dan sihat, dalam erti kata lain, mencapai ideal weight. Sayangnya, tak ramai yang tahu cara yang betul untuk mencapainya. Bila tak dapat apa yang diimpikan, semangat pun akan merudum, kemudian terkubur je la semangat membara pada awalnya.

Pertama sekali sebelum kita sibuk nak dapat ideal weight, kita mestilah kena tahu, kena ukur diri sendiri sekarang ni macam mana. Barulah boleh plan apa yang kita perlu lakukan. Sebelum ni saya pernah kongsikan bagaimana untuk kita mengira ideal weight dengan mengira BMI di entry ini.


Ramai yang kata, Yusri tu tak nampak gemuk pun. Mungkin sebab dia tinggi. Tapi bila saya kira-kira balik BMI, sebenarnya Yusri tergolong di dalam kategori Preobese! Hmm.. tak boleh jadi ni. Yusri mesti kembalikan berat idealnya turun kepada kategori Normal Weight menjelang Aidilfitri ni! 

Gambar Yusry KRU sebagai inspirasi

Harini ini, berat Yusri adalah 96kg! Target dalam masa 11 minggu ini adalah untuk dia turun sehingga berat idealnya iaitu 80kg. Yusri perlu turunkan berat sebanyak 16kg! Bolehkah Yusri berjaya menurunkan berat badannya dalam masa 11 minggu? Jom sama-sama doakan.. ^_^

Sebenarnya, agak sukar untuk kita nak menurunkan berat badan jika kita melakukannya sendirian. Bukan senang nak maintain semangat yang tinggi dalam mencapainya. Di sinilah pentingnya mengapa kami di dalam Empayar MFMS menurunkan berat badan secara berjemaah. Yang bestnya, dalam group ini, kami ada seorang gym trainer yang menjadi sumber rujukan kepada semua. Kami panggil beliau dengan panggilan Abang Ketak. 

Abang ketak ni lah yang akan guide, senaman macam mana yang sesuai untuk dilakukan, makanan apa yang perlu diambil dan dielakkan, dan bagaimana serta apa yang perlu dilakukan sekiranya peserta dah terambil makanan yang tidak sesuai, semuanya akan di guide. 

Contohnya macam Yusri, dia pernah menjalankan operation tulang belakang sebelum ni. So, kebanyakan senaman atau work-out yang diajar oleh Abang Ketak tidak sesuai dilakukan oleh Yusri. 


Jadi, Abang Ketak akan guide senaman mana yang boleh dilakukannya. Contoh yang paling sesuai dilakukan oleh Yusri adalah berenang dan fast-walking. Antara lainnya, Yusri juga boleh melakukan 2 senaman lain iaitu Knee to Chest dan Wall Sits seperti yang digambarkan dalam gambar di bawah. Semua contoh senaman ini adalah sesuai bagi mereka yang mengalami masalah tulang belakang, terutamanya yang pernah menjalani operation slipped disc.



Ada juga segelintir orang sekeliling yang pelik kenapa saya sibuk nak suruh Yusri turunkan berat badan. Bukan sebab nak bergaya semata-mata. Ia lebih daripada itu. Memandangkan Yusri pernah ada sejarah slipped disc, adalah WAJIB baginya untuk sentiasa berada dalam kategori berat ideal. Berat yang berlebihan akan memburukkan lagi keadaan tulang belakang Yusri jika tidak dikawal. Kami sedang mengelakkan sejarah daripada berulang. Lagi pula, bila berat badan ideal, penyakit pun sukar nak dekat. Kolesterol dan darah tinggi juga akan lebih mudah dikawal.

Sekarang ni, saya lah yang kena betul-betul strict jaga diet Yusri. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh semua saya yang jaga. Kan dah kata tadi, aktiviti ni kena dilakukan berjemaah, kalau sorang-sorang memang banyaklah hasutan. Hehe.. So far, saya guna gambar di bawah ni sebagai guide.


Disamping pemakanan yang betul, Yusri semestinya mengambil dan mengamalkan Shape-Up Set Shaklee. Sejujurnya, Shape-Up Set ni sangat membantu. Yang penting, kita tahu caranya. Shape-Up Set tu ape? Sama lah juga kalau nak panggil Slimming Set. Boleh baca di entry saya yang lalu di sini -> Kembali Sihat dan Langsing dengan Shaklee.

Setiap pagi saya akan pastikan Yusri breakfast dengan salah satu menu berikut:
  1. Shaklee Cinch Shakes sahaja
  2. Shaklee Cinch Shakes + dua keping roti wholegrain with sausage
  3. Shaklee Cinch Shakes + sebiji telur rebus
Selalunya Yusri akan kata dia kenyang sepanjang hari dan tidak berasa lapar. Rahsianya adalah Shaklee Cinch Shakes. Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, Shaklee Cinch Shakes BUKAN ubat kurus yang boleh menurunkan berat badan secara drastik! Shaklee membantu kita untuk kurus secara sihat dan semulajadi

Seperti Cinch Shakes ni, ia membantu kita untuk kenyang lebih lama, jadi kita tidaklah sibuk nak makan berlebihan. Kandungan kalorinya juga sudah cukup untuk keperluan harian.

Shaklee Cinch Shakes ni ada 3 flavor, Cafe Latte, Chocolate, dan Vanilla.

Jadi, Cinch Shakes ni juga sesuai sangatlah kalau untuk orang yang nak berpuasa. Sekarang ni pun saya tahu, mesti ramai yang tengah pulun ganti puasa kan? Hehe.. Cinch Shakes ni insyaAllah sangat-sangat lah membantu untuk kekal kenyang.

Dr Azizan Osman selalu berpesan, kalau kita nak berjaya, carilah mentor. Belajar dan ikutlah mentor yang dah berjaya, insyaAllah kita akan turut berjaya. Dalam bisnes, saya memang dah ada mentor-mentor yang hebat untuk diikut dan ditiruvasi. Jadi, konsep yang sama juga Yusri sedang praktikkan. Cari mentor yang boleh buat dia berjaya menurunkan berat badan secara sihat. Dalam hal ini, Abang Ketak lah yang menjadi mentor kepada kesemua peserta Cabaran Ideal Weight Empayar MFMS.

Sekarang ni pun dah ada beberapa orang yang turun 5 - 7 kg dalam 30 hari cabaran sebelum ni. Salah seorangnya mentor bisnes saya sendiri, Master Firdaus. Beliau telah berjaya menurunkan berat sebanyak 6 kg dalam sebulan dan kini meneruskan misi untuk mendapat ideal weight menjelang Aidilfitri nanti.


Memang tidak mustahil kan! Yang penting kena doa sungguh-sungguh kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik dan berat yang ideal. Segalanya hanya dengan izinNya. Kemudian, kenalah istiqomah dengan usaha setanding dengan doa yang kita pohon. Niat kena betul. Kita nak kurus DAN SIHAT! Bukan KURUS tapi tak sihat! 

Pemakanan MESTI kena jaga. Tak ada shortcut nak kurus. Ilmu kena ada dalam setiap hal yang kita ingin lakukan. Jangan main bedal aje sehinggakan sanggup mengambil risiko untuk mengorbankan keselamatan diri dengan memakan ubat kurus ok.

Kami bersyukur sangat sebab kiranya dapat guide daripada Abang Ketak (seorang gym trainer) secara percuma je. Kalau kat luar tu, entah berapa lah yang nak kena bayar setiap seorang! Semoga jasa baik Abang Ketak dan keluarga akan digantikan oleh Allah dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Anda rasa apa yang kami lakukan ini menarik? Nak join sekali Cabaran Ideal Weight bersama kami? Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut ok!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Kalau anda rasa Yusri berjaya sahut cabaran ni dengan penurunan berat sebanyak 16kg sebelum Aidilfitri akan datang ni, please LIKE & SHARE tanda sokongan!
    Tq..

    ReplyDelete