Harga Naik Lagi??? Bersediakah Kita?

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Saya doakan anda semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t.

PASAR & BAHAN MENTAH
  
Saya yakin ramai di antara kita ni selalu pergi ke pasar untuk membeli bahan mentah. Lagi-lagi kalau hari cuti kan! Sebagai kaum ibu lebih-lebih lagi yang berkerjaya,  hari cuti lah hari untuk kita pergi ke pasar dan memasak masakan kegemaran keluarga.




Hari cuti hari wesak yang lalu saya tak ke mana-mana pun. Sibuk uruskan hal-hal di rumah. Pagi macam biasa kalau hari cuti saya juga turut sama, mesti pergi pasar. Entah kenapa sejak dari kecik lagi saya memang suka pergi pasar. Mungkin sebab saya suka masak. Jadi bila di pasar, macam-macamlah idea keluar untuk dijadikan menu.

Kalau pergi pasar ni saya memang jarang bawak handbeg. Saya akan bawak duit je. IC dan driving license of course lah kena bawakkan. Jadinya masa pergi pasar tu saya bawalah RM 100. Saya plan nak beli ayam seekor, daging 250 gram, sayur, dan buah. Semua ni bahan mentah untuk 2 hari. Walaupun saya bawa RM 100, tapi saya budget dalam RM 50 je akan digunakan.

Lepas saya beli sayur dan daging, saya beli pula udang dalam 1/2 kg. Tengok macam segarr je kan! Hehe.. Saya pergi pula ke bahagian ayam. Saya pilih ayam seekor dan minta dipotong siap-siap. Masa nak bayar, baru saya sedar RM 50 pertama saya dah habis. Padahal ingat macam cukup RM 50 untuk semua barang-barang yang nak dibeli. Nasib baik bawa duit lebih. So saya bayarlah dengan RM 50 yang kedua dan terakhir untuk masa itu. Harga ayam sekarang ni RM 7.50 sekilo! Wahh.. Boleh tahan tinggi harga ayam ni.

Bila saya fikir-fikir semula, betullah... Baru saya sedar yang cuti hujung minggu sebelum tu pun saya habis dalam RM200 juga. Itupun baru perbelanjaan bahan mentah untuk 2-3 hari. Allahuakhbar! Tingginya kos sara hidup sekarang ni kan. Lebih-lebih lagi di kota metropolitan Kuala Lumpur ni. Saya tidak pastilah di negeri lain. Tapi saya percaya, semua orang sedang merasai keperitan dan kesesakan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

Saya sebernarnya termenung seketika apabila dah masuk ke dalam kereta. Bukan apa, saya terfikir.. Jika saya tak ada pendapatan sampingan sekarang ni, macam mana agaknya? Nak harapkan gaji kami suami isteri memang cukup-cukup. Cukup-cukup tau! Cukup-cukup dalam keadaan kami masih tiada rumah sendiri, masih berhutang dengan bank. Kalau harga barang tak meningkat boleh tahan lagi. Tapi kalau macam ni gayanya, harga barangan semua semakin naIK memanglah lama-lama tak cukup!

KENAIKAN HARGA KEPERLUAN SEHARIAN

Cuba kita sama-sama tengok carta peratus kenaikan harga barang dibawah:



Apa yang anda nampak di sini? Saya ambil contoh mudah la. Alang-alang saya dah bercakap mengenai harga ayam tadi, dan ayam pun boleh dikatakan makanan kebiasaan bagi kebanyakan daripada kita, jom kita tengok berapa harga ayam pada tahun-tahun terdahulu.

Walaupun berlaku penurunan harga ayam sebanyak 20 sen pada tahun 2004 berbanding pada tahun 2000, tapi pada tahun 2008, harga ayam naik sebanyak RM 1.30 dalam masa 4 tahun! Ini menjadikan harga ayam adalah RM 6.50 pada tahun 2008. Banyak tuuu kenaikan harga ayam! 4 tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 2012 pun harga ayam tetap naik lagi dengan kenaikan kepada RM 7.00. Sekarang ni baru tahun 2014, baru 2 tahun perbezaan dari harga di dalam gambar di atas. Tapi, seperti yang saya beritahu tadi, harga ayam sekarang ini dah mencecah RM 7.50! Berapa pula harganya 2 tahun akan datang??

RUMAH IDAMAN


Itu baru saya cerita bab bahan mentah seperti ayam. Bagaimana pula dengan kenaikan harga rumah sekarang ni? Lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur dan Selangor ni?


Sebenarnya, saya dan Yusri sedang dalam proses memohon pinjaman bank untuk rumah idaman kami. It is not easy! Really not easy if we do not have our side income with Shaklee! Well, it is too early to say, but we hope and pray Allah will show us the way to our dream home. Saya mohon para pembaca turut mendoakan housing loan kami lulus yer. Hehe..


Kebetulan semalam saya menemankan adik saya, seorang engineer yang baru 5 bulan bekerja untuk survey rumah di Nilai Impian. Rumah Delfina, teres 2 tingkat dengan bukaan 22 x 73 berharga lebih RM 500,000! Ya, hanya rumah teres. Bukan Semi-D, bukan banglo, bukan juga terletak di Kuala Lumpur atau Selangor! 
Lihat! Harga rumah di Nilai, Negeri Sembilan turut semakin naIK! 
Dulu, sekitar tahun 2007, mama dan abah saya beli banglo di Nilai hanya dengan harga RM 290,000. Jauh lebih murah dan banglo lagi! Dengan harga itu, sekarang ni hanya mampu beli sebuah apartment di situ.

Ramai sebenarnya yang percaya harga rumah akan turun. Dah lama saya dengar penyataan ini. Sejak saya mula bekerja lagi dulu iaitu sekitar tahun 2006. Tapi apa yang kita dapat lihat harini? Turunkah ia??

Saya sempat berbual dengan pekerja pemaju perumahan di Nilai Impian (Sime Darby). Di antara intipati perbualan adalah mengenai berapa pula harga rumah untuk projek seterusnya di Nilai Impian? Beliau kata, next project mungkin akan cecah RM650,000 dan akan lebih dari RM 1 juta untuk semi-D dan banglo!

Saya tanya pula kepada pegawai bank yang turut ada standby di situ. Kebetulan masa tu mama pun ikut sama. Mama juga bekerja di bank, jadi bahasa mereka lebih mudah untuk berinteraksi. Saya difahamkan, tidak lama lagi, berkemungkinan interest akan naik. Mungkin sekitar bulan Julai ini. Hmm.. Itu kenaikan interest pinjaman. Tahun depan, apabila GST dikuatkuasakan bagaimana pula yer? Semua benda pun akan dikenakan GST. Tidak ketinggalan dengan pembelian rumah. Hmm lagi..

TERUS MENUNGGU ATAU BERTINDAK!




Tunggu atau tidak, harga barangan dan keperluan asas semakin meningkat. Harga tak tunggu pun kita. Dia nak naik, dia naik aje. Lebih parah lagi bagi yang asyik menyalahkan orang lain di atas kenaikan ini TANPA melakukan apa-apa pun untuk menaik taraf ekonomi keluarga. Sesetengah perkara semamangnya diluar kawalan kita. Jadi, kawallah apa yang kita boleh lakukan agar kita tidak menjadi mangsa keadaan.

Takut dan tak tahu nak berbisnes? Ramai yang memberikan alasan sebegini walhal sememangnya 9/10 rezeki adalah datang melalui perniagaan. Bisnes akan jadi mudah bila kita tahu caranya. Bila kita ada mentor yang dah berjaya. Kita hanya ikut dan duplicate bagaimana yang diajar untuk berjaya. Dalam group kami, semua orang yang serius untuk berbisnes akan diajar step-by-step cara untuk mendapat apa yang kami telah dapat. Tidak akan ada insan yang tidak mendapat peluang untuk berjaya. Segala ilmu kami curahkan, segala tips kami beri. Apa yang penting adalah TINDAKAN masing-masing! Saya pernah menceritakan bagaimana saya bermula dengan ZERO sehingga hari ini di entry yang lalu. Bagi yang belum pernah membacanya, boleh klik DISINI.

Hujung minggu ni pun insyaAllah group kami akan adakan program dua hari bagi membantu semua ahli Shaklee yang berdaftar di bawah Empayar MariaFirdaus dalam memahirkan diri dengan teknik-teknik yang sudah terbukti berjaya di dalam bisnes ini secara ONLINE juga OFFLINE.


Shaklee BUKAN skim cepat kaya. Kita akan dapat berdasarkan apa yang kita usahakan tidak kira siapa kita. Tiada penindasan pun yang berlaku. Bagi sesiapa yang ingin berbisnes tapi tak tahu apa yang ingin dilakukan, saya sarankan anda download dan baca eBook "Sorry Boss, Saya TERPAKSA Berhenti Kerja" ini. Ianya PERCUMA untuk anda. Anda juga boleh download daripada link di sebelah kanan blog ini.

Sekian dulu entry kali ini. Semoga ia dapat membuka mata dan minda kita untuk BERTINDAK!

Salam ukhwah daripada,
MamaCilik

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment