Anak-anak Cinta Hatiku

Bismillah..

Assalamualaikum,

Salam ceria daripada Johor Bahru! Hari ni saya sekeluarga masih berada di Johor dan akan bertolak balik ke KL tengahari ke petang nanti.

Sekarang ni kakak-kakak Ammar sedang berenang dengan papa di Swimming Pool hotel ni. Sementara Ammar tidur, dapatlah saya coretkan sedikit sebanyak aktiviti kami sepanjang di Johor sejak 2 hari yang lalu.

Wajah ceria nak swimming setelah sekian lama minta nak pergi hotel dan mandi swimming pool!

Nyenyak tidur selepas kekenyangan. ^_^



Sekitar Majlis Perkahwinan - 14 June 2014


Kami bertolak dari Nilai lebih kurang jam 7.15 pagi dan sampai ke Kota Tinggi dalam jam 11.30 pagi. Majlis perkahwinan ini merupakan majlis perkahwinan salah seorang adik saudara lelaki saya, Mohd Hafiz. Jom kita lihat gambar disepanjang berlangsungnya majlis ini.

Raja Sehari di atas pelamin

Aksi-aksi di majlis perkahwinan

Sebelum makan lauk kenduri, selamatkan diri dengan 'guard' terbaru daripada Shaklee, Phytocol-ST. InsyaAllah segala kolesterol jahat (LDL) tidak melekat di dalam badan sebab fitosterol dah ambil alih tempat dia. ^_^

Apabila salah seorang aunty saya tanya, "Apa tu?". Abah kata, "Anak aku paksa!". Hahaha.. Gelak besar saya dengar abah mengomel. Saya tahu abah cuma bergurau. Kalau diikutkan abah memang jenis yang susah nak makan ubat apatah lagi vitamin. Jumpa doktor pun 'takut' ni. Hehe..


Paksa pun paksa lah abah.. Yang penting abah sihat. InsyaAllah terhindar daripada penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh kolesterol yang tinggi seperti strok dan sakit jantung! Nauzubillah.. Jauhkanlah keluargaku daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.


Lebih baik kita mencegah daripada mengubati kan? Phytocol ni bukan hanya untuk yang dah disahkan kolesterol tinggi tapi juga bagi kita yang tidak disahkan kolesterol tinggi. Cegah sebelum terlambat yer kawan-kawan sekelian. Saya sayang anda semua!

Hello Kitty Town - 15 June 2014


Hari Ahad pula kami menghabiskan sepanjang hari di Hello Kitty Town & The Little Big Club. Sememangnya anak-anak lah yang paling seronok kan! Kami sampai di Hello Kitty Town pada jam 10.30 pagi.

Hello Kitty

The Little Big Club

Memandangkan ia merupakan hari terakhir cuti sekolah, jadi kesesakan pelancong agak terkawal. Alhamdulillah, segala aktiviti dipermudahkan.

Arissa & Alina main Hello Kitty spinning cup. Excited betul mereka!

Tiba pula masa persembahan Sing-A-Long oleh Hello Kitty dan kawannya, Dear Daniel

Ini adalah rumah Hello Kitty. Daripada pintu masuk rumah, dapur, tempat bermain piano, tempat makan, dan kerusi istirehat. Semuanya Hello Kitty. Suka betul kakak-kakak ni bergambar.

Ni pulak toilet, bilik tidur, meja solek, dan almari Hello Kitty. 

Kakak Arissa kata, "Mama, mana kakak dan adik hello Kitty?"
Mama kata, "Kan ada kat luar tadi. Kita kan tengok show dia?"
Arissa jawab, "Tu mama & papa dia! Bukan kakak & adik."
Mama dah tak tahu nak jawab, "Ohh.." ^_^

Aktiviti diteruskan dengan 'Badge Making' & 'Cookies Studio'.

Badge Making - Kami diminta mewarnakan sekeping kertas yang akan dihasilkan menjadi badge di akhir aktiviti. Yang bestnya, badge tu boleh di bawa pulang sebagai cenderahati.

Cookie Studio - Kami diberikan sekeping cookie berbentuk Hello Kitty setiap seorang. Jem, coklat, dan rainbow sprinkles diletakkan sendiri pada cookie masing-masing. Dah siap, cookies tu boleh terus dimakan!

Kakak Arissa nampak dah boleh terima arahan terperinci. Tapi Alina masih perlu di'guide'. Hehe.... 

Hello Kitty Costume Studio. Mama pun join kakak Arissa sekali!

Jewellery Making Activity

Walaupun aktiviti ni nampak simple. Sekadar memasukkan pendant/loket Hello Kitty ke rantai, tapi ia sangat bermakna. Moment seperti ini adalah yang sangat berharga bersama anak-anak. Dah siap, boleh terus pakai...

Misi menyelamatkan Hello Kitty - Arissa sedih sebab Hello Kitty kena kurung!

Dalam misi ini, kami di minta mencari klu kepada 1 perkataan. Ia berupa 5 huruf yang perlu disambungkan. Pada akhir pencarian, kami berjaya menyempurnakan misi. Perkataannya adalah M-A-G-I-C. 


Kami dapat sijil penghargaan kerana berjaya menyelamatkan Hello Kitty dari kurungan.

Barney Sing-A-Long Show

Alina sangat sukakan Barney! Dia boleh kusyuk tak endahkan orang lain. Siap join menari lagi ala-ala dalam cerita Hi-5 tu. Hehe.. 


Anak-anak memang terlebih energetic pulak sepanjang seharian di sini. Sampaikan ada moment yang tak sempat nak snap gambar. 

Gambar kenangan Alina bersama Hello Kitty.

Sampai di sini dulu yer. Nak bersiap nak check out dah ni. Kalau sempat maybe nak singgah JPO! Yee haa.. Hehe..

Wassalam.

.: MamaCilik :.


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Hari tuh tengok TV Romantika Eja... mungkin tempat yang sama.. sampai udak IQa tanye, mane tmpt ni ye kak??.. Now I know.. x sabar nak balit bagitau kat die...

    ReplyDelete