Lagi Side Effect Collagen Powder Terbongkar!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sebelum ini saya ada ceritakan tentang kesan yang kesan Shaklee Collagen Powder pada diri saya sendiri kan. (Klik di sini : Side Effect Selepas Makan Shaklee Collagen Powder)

Hari ni, saya nak kongsikan pula testimoni mama saya sendiri serta lebih ramai para pengguna Shaklee Collagen Powder ni. 

MAMA & COLLAGEN

Mama saya, berumur 54 tahun (pada tahun 2014). Seorang yang sangat aktif berkebun walaupun masih lagi bekerja.


Mama pernah cerita waktu mama muda remaja, mukanya penuh dengan jerawat. Kesan dan bekas jerawat (scar) masih kelihatan sampai sekarang. Sama seperti masalah muka saya sebelum ni, kami mempunyai masalah tona kulit tak sekata dan berjeragat/pigmentasi.

Awal bulan ni mama kata mama nak makan Collagen Powder Shaklee. Maklumlah, semua orang pun sibuk ambil peluang harga tengah promo kan? Masa ni la nak test power! Hehe..

APA JADI 2 MINGGU LEPAS TU?

TIPS: 7 Langkah Mudah Fillet Ikan

Assalamualaikum mama/mommy/umi/ibu/mak sekalian,

Juga kepada papa/daddy/abi/ayah/bapa.. Salam ukhuwah saya ucapkan.

Walau apa pun gelaran anda sebagai insan yang telah melahirkan dan mendidik khalifah Allah di muka bumi ini, saya percaya anda adalah insan yang sangat hebat! Insan yang sangat mementingkan kesihatan dan kebahagiaan anak-anak dan keluarga.

Dalam entry sebelum ini, saya ada berkongsi dengan anda dan ramai ibu di luar sana tentang TIPS: Sediakan Bubur Bayi Dalam 30 Minit! 

Hari ni saya nak berkongsi dengan pula dengan anda tips dan kaedah mudah untuk fillet ikan.

Kebetulan hari ni cuti. Jadi saya manfaatkan masa hari ni untuk menyediakan kelengkapan anak-anak dan keluarga bagi menghadapi hari-hari yang mendatang yang sudah tentunya merupakan hari dan minggu yang sangat sibuk kan!

Sebenarnya semalam peraih ikan di Lukut telefon. Dia kata, ada nelayan yang dapat ikan kurau seberat 6 kg SEEKOR! Banyangkan seekor berat 6 kg, memang besar!



Saya sukakan ikan kurau kerana khasiatnya. Seorang kenalan berbangsa cina juga pernah berkongsi dengan saya tentang khasiat ikan kurau. 

Ikan kurau dipercayai dapat membantu menambahbaik kesihatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru selesai pembedahan, ibu yang baru melahirkan bayi, dan orang sakit.

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PROSES FILLET IKAN

Side Effect Selepas Makan Shaklee Collagen Powder !!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,  sejak akhir-akhir ni macam ramai sangat yang perasan perubahan kulit muka saya. Kulit saya ni jenis sensitif, kering, dan tona kulit memang tak sekata lah.

Jadi, bila macam tu saya cuba cari penyelesaian masalah kulit muka saya ni. Saya memang gunakan produk kecantikan luaran untuk muka daripada Shaklee iaitu Set Enfuselle. Saya pernah kongsikan tentang set penjagaan kecantikan luaran Enfuselle ni dulu (As of 2018, Enfuselle dah tak ada. Sekarang Shaklee keluarkan skincare yang jauhh lebih baik, YOUTH SKINCARE).

Memang serasi lah dengan saya. Macam best je kan. Suami pun asyik puji-puji. Hehe.. Lepas daripada tu, masa Shaklee buat promosi Collagen Powder tahun lepas, saya teringin nak cuba. Tapi masa tu saya tengah pregnant. Jadi tak sesuailah untuk saya ambil Collagen tu. Apa pun, saya tetap beli Collagen Powder tu 4 kotak untuk diri sendiri. 

Iyerlah kan, masa promosi la masa terbaik untuk kita beli dan cuba sebab ianya jadi lebih murah dan berbaloi. Lagipun expired lambat lagi. Saya simpan untuk diri sendiri. Cadangnya nak makan lepas berpantang.


Saya mula makan Collagen Powder ni seingat saya pada bulan Mei 2014. Masa tu sebulan lagi je untuk Majlis Shaklee National Conference. Lagipun 2 bulan lepas tu pulak dah nak raya kan? Hehe.. Memang lah pulun nak cantik dan gojes! 

Sebulan sebelum Shaklee National Conference. Memang agak tipis untuk rasa perubahan sebenar sebab mengikut kajian yang dijalankan oleh Shaklee, kesan yang terbaik akan dirasai selepas 8 minggu penggunaan, iaitu lebih kurang 2 bulan! Saya ok je. Tak sempat untuk conference, sempat lagi untuk raya! Hehehe...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE, JUN 2014

Saya ada minta tolong Cikgu Suhana Cantik Ceria Gojes untuk make up saya untuk majlis Shaklee National Conference tu dan Glitter Nite Gala Dinner sebab dia pandai make up. Cikgu Suhana kata muka saya kering, dan rasa berpasir. Hm.. 

Kisah 9 September

3 tahun berlalu...

Bila dikenang semula kisah 3 tahun lalu, ia di antara waktu yang penuh ujian dan dugaan buat kami sekeluarga. 2 bulan sebelum kelahiran Alina (ketika saya sedang mengandung 7 bulan), Yusri terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang (slip disc) untuk kali kedua. 2 bulan juga Yusri terpaksa cuti dari bekerja. Hanya kepada Allah saya mengadu dan memohon ketenangan. Pada waktu itu, saya hanya ada pilihan untuk kuat semangat! 

Seminggu Yusri terpaksa admit di hospital sebelum pembedahan. Pembedahan terpaksa ditunda disebabkan tekanan darah yang tinggi. Doktor sebenarnya pelik sebab Yusri tiada sejarah tekanan darah tinggi sebelum ini.

Disebabkan itu juga, banyak procedure yang terpaksa dilakukan sebelum pembedahan dijalankan termasuklah untrasound scan. Dugaan demi dugaan singgah dalam kehidupan kami.


 Yusri tengah tunggu giliran untuk detail scan buah pinggang disebabkan oleh doktor dapati Yusri ada darah tinggi. tapi Alhamdulillah, semuanya normal. Syukur Ya Allah..

  
Alahai anak papa yang sorang ni. Rindu dengan papa setelah seminggu papa masuk ward

 
 Yusri dah ready untuk masuk ke Operation Theater (OT)

Pembedahan berjalan selama 5 jam (kalau tak silap saya). Penantian yang sangat seksa bagi saya waktu itu. 

Alhamdulillah. Pembedahan slip disc Yusri berjaya. Sejak daripada itu, Yusri akan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan setiap bulan bagi permasalah tekanan darah tinggi, asid urik tinggi dan kolesterol tingginya. Saya pernah berkongsi tentang permasalahan ini di "High Blood Pressure, High Cholesterol - Kill the Silent Killer!"

APA YANG BERLAKU PADA 9 SEPTEMBER?

Pada tarikh 9 September 3 tahun lepas, lahirlah seorang puteri yang sangat comel. Begini rentetan kisahnya.....

DULU MENGEJI SEKARANG MEMUJI

Assalamualaikum dan salam kejayaan,

Alhamdulillah, rezeki masuk lagi hari ni. Setiap hari ada saja rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan seluruh warga Mamacilik. Syukur Ya Allah di atas segala nikmatMu. Ia sangat bererti buat saya. Dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang perlukan kesihatan yang lebih baik, kewangan yang lebih utuh.

Saya terkenang kembali dari bagaimana saya bermula dalam bisnes Shaklee ni. Bagaimana pahit manis yang saya lalui sepanjang berbisnes. Saya ingat lagi apa yang berlaku Ogos 2013, di mana waktu itu saya jatuh tersungkur, saya gagal, saya kecewa, saya putus harapan! Ya, ia berlaku kira-kira setahun yang lalu.

Kemudian saya berjaya bangkit bulan berikutnya. Saya pernah kongsikannya di entry 
"4-FIGURES SIDE INCOME - Bukan Lagi Mimpi"

NIAT



Sejak mula saya serius ingin berbisnes, saya telah diajar untuk mempunyai niat yang betul dalam berbisnes. Apa niat saya? Niat saya yang paling utama adalah untuk membantu ramai orang. Membantu macam mana?

Grilled Salmon With Hollandaise Sauce - Sedap Lagi Berkhasiat!

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni buat pertama kalinya saya masak sendiri Grilled Salmon with Hollandaise Sauce & Brokoli with Garlic and butter.


Rasa macam excited sangat sebab selalunya kalau nak makan salmon memang akan beli atau makan kat luar je. Sebabnya, memang tak pernah dan tak pandai la nak masak salmon kan. Lagipun punya la susah nak dapat salmon yang fresh dan harga berpatutan. Maklumlah, kat Malaysia ni mana ada nelayan tangkap ikan salmon, macam mana nak dapat yang fresh, ye tak?