Side Effect Selepas Makan Shaklee Collagen Powder !!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,  sejak akhir-akhir ni macam ramai sangat yang perasan perubahan kulit muka saya. Kulit saya ni jenis sensitif, kering, dan tona kulit memang tak sekata lah.

Jadi, bila macam tu saya cuba cari penyelesaian masalah kulit muka saya ni. Saya memang gunakan produk kecantikan luaran untuk muka daripada Shaklee iaitu Set Enfuselle. Saya pernah kongsikan tentang set penjagaan kecantikan luaran Enfuselle ni dulu (As of 2018, Enfuselle dah tak ada. Sekarang Shaklee keluarkan skincare yang jauhh lebih baik, YOUTH SKINCARE).

Memang serasi lah dengan saya. Macam best je kan. Suami pun asyik puji-puji. Hehe.. Lepas daripada tu, masa Shaklee buat promosi Collagen Powder tahun lepas, saya teringin nak cuba. Tapi masa tu saya tengah pregnant. Jadi tak sesuailah untuk saya ambil Collagen tu. Apa pun, saya tetap beli Collagen Powder tu 4 kotak untuk diri sendiri. 

Iyerlah kan, masa promosi la masa terbaik untuk kita beli dan cuba sebab ianya jadi lebih murah dan berbaloi. Lagipun expired lambat lagi. Saya simpan untuk diri sendiri. Cadangnya nak makan lepas berpantang.


Saya mula makan Collagen Powder ni seingat saya pada bulan Mei 2014. Masa tu sebulan lagi je untuk Majlis Shaklee National Conference. Lagipun 2 bulan lepas tu pulak dah nak raya kan? Hehe.. Memang lah pulun nak cantik dan gojes! 

Sebulan sebelum Shaklee National Conference. Memang agak tipis untuk rasa perubahan sebenar sebab mengikut kajian yang dijalankan oleh Shaklee, kesan yang terbaik akan dirasai selepas 8 minggu penggunaan, iaitu lebih kurang 2 bulan! Saya ok je. Tak sempat untuk conference, sempat lagi untuk raya! Hehehe...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE, JUN 2014

Saya ada minta tolong Cikgu Suhana Cantik Ceria Gojes untuk make up saya untuk majlis Shaklee National Conference tu dan Glitter Nite Gala Dinner sebab dia pandai make up. Cikgu Suhana kata muka saya kering, dan rasa berpasir. Hm.. 


Sebelah saya ni lah cikgu Suhana cantik ceria gojes tu ^_^

Macam sedih juga la sebab tak sempat nak dapat hasil sebelum dinner tu. Tapi takpe, saya tak putus asa. Saya tahu saya baru je makan Collagen Powder tu. Saya yakin in shaa Allah sebulan lagi mesti kulit muka saya ada improvement sebab saya yakin dengan keberkesanan vitamin Shaklee yang sentiasa semulajadi ni.

Glitter Nite Gala Dinner - Susur Galur di bawah Master Maria Firdaus

MEGARAYA GLC, OGOS 2014

Bersama Presidential Master Nur Laila di Majlis Megaraya

Di akhir Syawal hari tu saya ada menghadiri Majlis Megaraya GLC yang dianjurkan oleh PM Laila & Jutawan. Waktu tu memang ramai lah mentor-mentor hebat yang hadir. Ramai juga anak cucu cicit bisnes saya yang turut hadir, termasuklah Cikgu Suhana Cantik Ceria Gojes ni.

Tanpa saya sedar rupa-rupanya cikgu Suhana ni ada perhatikan muka saya. Tapi dia tak cakap atau komen pula masa di majlis tu. Mungkin sebab sibuk melayan semua orang kan? Maklumlah, selalunya jumpa di alam maya je (online). Hehe..


Lepas daripada tu, dah balik rumah baru cikgu Suhana ni tanya saya macam-macam. Saya makan vitamin apa sekarang? Makan Collagen Powder sejak bila? Dah berapa lama? Macam-macam lagi la soalannya. Dah macam cikgu tanya anak murid kenapa tak siap homework gamaknya. Hikhik..

Rupa-rupanya cikgu Suhana nak tengok adakah betul Collagen Powder Shaklee ni yang menjadi asbab kulit muka saya dah banyak improve sekarang. Komen dan pandangan cikgu Suhana yang pernah make up kan saya, memang muka saya makin licin. Makin flawless bak kata orang putih. Hehe..

Alhamdulillah, ni semua dengan izin Allah. Vitamin Shaklee, Collagen Powder terutamanya hanya menjadi asbab kepada perubahan positif ni. Syukur Ya Allah.

ASYIK KENA PUJI JER

Cik abang saya Yusri ni pun cakap muka saya dah takde jerawat-jerawat halus. Pigmentation pun makin kurang, makin pudar. Dia pulak yang selalu ingatkan saya supaya jangan lupa makan collagen. Hehe.. Kadang-kadang bila Yusri tengok saya ni sibuk semacam je, dia lah yang tolong sediakan collagen untuk saya. Thank you, abang!

Lagi sorang yang komen adalah aunty saya. Aunty saya ni menetap di Sarawak. Baru-baru ni dia ada datang KL. Dia pun kata muka saya dah nampak sekata. Kalau dulu memang nampak sangat tona kulit muka tak sekata. Dia pun kagum dan kata bagus saya makan Collagen Powder ni. Saya senyum aje la.. Malu.. Orang puji-puji kan.. ^_^

Alhamdulillah sekarang ni saya sedar disamping vitamin-vitamin lain, collagen juga sangat penting. Meningkatnya usia kita, kandungan collagen di dalam badan kita akan semakin berkurang.


Jom saya cerita sedikit sebanyak apa collagen ni sebenarnya dan bagaimana ianya membantu?

COLLAGEN TU APA YER?

Collagen ni diibaratkan macam Glue atau Rubber Band yang menjadi rangka sokongan dalam badan kita. Ia wujud di dalam kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi, dan saluran darah.

Jadi, bila badan kita cukup collagen, ia dapat membantu KEKUATAN dan KEANJALAN organ-organ badan kita ni.

KENAPA COLLAGEN MAKIN BERKURANG BILA USIA BERTAMBAH?

Ia mula terjadi selepas usia 30-an. Dalam usia ini, memang ramai orang akan nampak lebih tua dari usia sebenar.


Seperti yang analogi Rubber Band yang saya sebutkan tadi. Semakin lama digunakan, Rubber Band akan hilang daya elastiknya. Samalah juga seperti collagen di dalam kulit kita. Semakin lama, semakin berusia kita, semakin berkurangan collagen dan mengakibatkan kulit mula menjadi kendur.


Itu dari aspek kulit. Begitu jugalah dengan kandungan kolagen di dalam otot dan sendi contohnya. Semakin berusia kita, semakin kita jadi kurang berupaya dalam melakukan aktiviti lasak yang memerlukan kecergasan yang tinggi. Kekurangan collagen juga menjadi salah satu faktor kepada permasalahan ini. 

Oleh kerana itulah ada juga golongan 50-an yang pada mulanya makan collagen untuk nampak lebih muda melalui kulit wajah, namun dapat kesihatan pergerakan sekali. Bonus kan! Alhamdulillah!

APAKAH FAKTOR LAIN KEKURANGAN KOLAGEN?

Antara lainnya adalah gaya hidup kita sekarang ni. Semua orang pun sibuk dengan nak gaya hidup moden kan? Masyarakat sekarang ni saya lihat sentiasa berada di bawah tekanan (stress), dengan tidur tak cukup, diet tak seimbang, makan asal boleh aje. Dek kesibukan kerja, beriadah pun tak sempat. Memang sah-sahlah kurangnya aktiviti fizikal. Di ofis pula duduk dalam aircond. Nak selesakan? Jadi terimalah akibatnya yang membantu lagi penurunan kadar kolagen dalam badan kita ni.

Lagi masalah pencemaran yang berleluasa sekarang ni. Tak kira lah udara, air, tanah, semuanya dah tercemar. Radiasi oleh UV pun sama. Hish.. Ngeri bila difikir-fikirkan. 


Sekarang, kita dah tahukan, kenapa ada orang boleh nampak muda, dan ada orang nampak tua dari usia.

Ujian yang telah dijalankan membuktikan pengambilan kolagen yang terbaik adalah secara oral (makan/minum)

Jadi yang nampak muda remaja dan sentiasa sihat bertenaga, tak semestinya dia ambil suntikan botox yer.

Kemungkinan besar, badan dia memang cukup Collagen. Hehehe..

So macam mana nak tambah Collagen dalam badan?


APA PILIHAN YANG ADA?

Kita boleh ambil daripada 3 sumber ni:-
  1. Tumbuhan
    • Kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
    • Molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh manusia
  2. Haiwan
    • Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
    • Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit haiwan adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila "mad cow")
  3. Ikan
    • Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
    • Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia
    • Molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi kedalam tubuh manusia
    • Ianya tulen dan kurang tercemar
SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Inilah dia Shaklee Collagen Powder kegemaran saya dan ramai wanita

MAHAL KE COLLAGEN POWDER NI?

Mungkin ada yang kata, Shaklee Collagen Powder ni mahal. Banyak lagi jenama lain yang lagi murah. Betul saya setuju banyak lagi collagen jenama lain yang lebih murah.

Tapi, jom kita fahami kenapa ia mahal. Manakan sama permata dengan kaca kan?


  1. Ia diperbuat daripada sisik ikan merah
    • Ikan Merah (Red Snipper) hidup sehingga 5000m di dasar lautan dan bebas dari pencemaran. Sisik ikan merah ni mampu menahan tekanan dasar laut yang tinggi. Jadi ia tak sama dengan ikan yang bersusun di pasar tu ye. Semestinya Halal lagi baik!!


    Tengoklah harga ikan merah ni pun. Murah ke? Hehe..

  2. Bukan sekadar collagen
    • Haa inilah keistimewaan yang paling penting, kerana kita perlu memilih dengan bijak, supaya setiap wang yang kita laburkan mempunyai nilai yang tinggi.
    • Shaklee melengkapkan SCP ini dengan:-
      • Ekstrak glukosamina sbg pelincir sendi dan mata
      • Lactobacillus acidepilus utk meningkatkan serapan kolagen
      • Ekstrak Biji camellia Japonica yang menghidrat dan membekal nutrisi kepada sel
      • Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon, dan untuk kekuatan dalaman (sexual)
      • Vitamin C sebagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh
      • Vitamin B yang berfungsi untuk menukarkan carbo dan lemak kepada tenaga ( meningkatkan metabolik badan untuk penghasilan kolagen)


  3. Terbukti berkesan dalam 8 minggu melalui ujian secara klinikal 
    • Shaklee Collagen Powder terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan
    • Statistik menunjukkan 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan selama 8 minggu

Saya akui, kalau dulu, saya pun rasa mahal. Tapi sejak saya tahu saya boleh jana income dengan Shaklee, dah jadi macam Shaklee bagi free je vitamin dan supplement untuk kami sekeluarga setiap bulan. Duit bonus tu lebih dari cukup untuk menampung perbelanjaan vitamin ni. Syukur alhamdulillah.

Jujur saya katakan saya betul-betul rasa perubahan yang positif pada kulit saya dengan Collagen Powder ni. Kalau anda atau sahabat-sahabat anda ada masalah yang sama seperti saya, dan pernah cuba macam-macam produk tapi tak berkesan, mungkin anda boleh cuba Shaklee Collagen Powder pula.

Anda juga boleh baca apa kata pengguna Collagen Powder DISINI: "Lagi Side Effect Collagen Powder Terbongkar!"

Jika anda berminat untuk dapatkan Shaklee Collagen powder untuk diri atau yang tersayang, boleh la hubungi saya yer. Tawaran terhebat menanti anda! ^_^


*****************************
PROMOSI DISEMBER 2019!!
*****************************
SHAKLEE COLLAGEN POWDER BUY 7 AT 6
(SAVE UP TO RM800+)

* FREE MEMBERSHIP *
* FREE POSTAGE *
* FREE 1 BOX OF COLLAGEN *
* MEMBER'S PRICE *
* CASH BONUS *

Promosi sah sehingga 30 DISEMBER 2019 sahaja.
Cepat-cepat dapatkannya!!

SHAKLEE IS ALWAYS SAFE, WORKS, & GREEN!
SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN, & SEMULAJADI!


Ingin mendapat kulit yang cantik dengan Collagen Powder?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION FROM CERTIFIED CONSULTANT,
AFFORDABLE PRICE,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

9 comments :

  1. Nah harga ikan merah bukan murah RM40++ sekilo. Terima kasih atas perkongsian berharga ni. Insyaallah moga berjaya dalam perniagaan cikpuan :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun tgh consume collagen shaklee.. mmg umphhh... asyik nk tgk cermin je

    ReplyDelete
  3. Bila baca post sis membuatkan saya berkobar-kobar nak amalkan collagen shaklee ni.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian anda, saya pun akan mencuba collagen shaklee ini.

    ReplyDelete
  5. Sya pon tringin nk mncuba kolegen powder plus ni

    ReplyDelete
  6. Jika nak guna collagen Halal baik guna yg 100% hydrolise collagen dari ikan laut dalam sebab hydrolise adalah collagen paling ringkas yang sangat mudah serap dalam badan. Collagen kebanyakan menggunakan ikan tilapia tetapi Vital Collagen adalah satu2 collagen dari ikan laut dalam yg diimport dari Perancis.

    ReplyDelete
  7. Anyone yg dh try? Boleh bagi honest review x

    ReplyDelete