Kerana Dia Aku Kenal Erti Pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali kita masih lagi di dalam suasana sambutan hari raya Aidiladha / hari raya haji.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda kisah ibadah korban yang dilaksanakan tahun ini dan apa yang berlaku disebaliknya.

KORBAN PERTAMAKU


Syukur alhamdulillah, tahun ini sangat bermakna bagi diri saya. Setelah hidup selama 30 tahun, inilah kali pertama saya mengerjakan ibadah korban dengan duit saya sendiri, hasil usaha saya sendiri dengan izin Allah s.w.t.

6 Perkara Sunat Hari Raya Anda Perlu Tahu!

Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidiladha daripada MamaCilik sekeluarga. Apa khabar para pembaca MamaCilik.com sekalian? Semoga kita sama-sama berada di bawah rahmat Allah s.w.t

Hari ini 10 Zulhijjah 1435H. Menandakan sambutan hari raya Aidiladha ataupun hari raya korban disambut oleh seluruh umat Islam.

Semalam saya ada kemukakan soalan kemusykilan saya di Facebook 'Affni Shahida' tentang hukum yang mengatakan, kita digalakkan makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri, manakala kita digalakkan solat sunat aidiladha terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan yang disediakan. 



Persoalan saya semalam adalah, adakah ianya memang sunat dilakukan (hukumnya sunat) atau pun hanya perkara yang hanya digalakkan.