6 Perkara Sunat Hari Raya Anda Perlu Tahu!

Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidiladha daripada MamaCilik sekeluarga. Apa khabar para pembaca MamaCilik.com sekalian? Semoga kita sama-sama berada di bawah rahmat Allah s.w.t

Hari ini 10 Zulhijjah 1435H. Menandakan sambutan hari raya Aidiladha ataupun hari raya korban disambut oleh seluruh umat Islam.

Semalam saya ada kemukakan soalan kemusykilan saya di Facebook 'Affni Shahida' tentang hukum yang mengatakan, kita digalakkan makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri, manakala kita digalakkan solat sunat aidiladha terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan yang disediakan. 



Persoalan saya semalam adalah, adakah ianya memang sunat dilakukan (hukumnya sunat) atau pun hanya perkara yang hanya digalakkan.


Syukur alhamdulillah, sedikit pencerahan daripada sahabat-sahabat di Facebook telah menambah ilmu yang ada. 



Saya juga cuba mendapatkan pandangan, kenyataan atau artikel yang boleh dijadikan panduan. Kebetulan saya terbaca satu perkongsian daripada blog Masters Zahirah & Hafizan tentang perkara yang sama di www.zahirahhafizan.com.

Jom kita lihat antara ilmu yang saya dapat daripada pembacaan saya. 

ANTARA PERKARA SUNAT YANG DILAKUKAN PADA AIDILFITRI DAN AIDILADHA

  1. Solat sunat Aidilfitri dan solat sunat Aidiladha. Hukumnya adalah sunat muaakad.
  2. Mandi sunat hari raya
    • Sebagian ‘ulama berpendapat disunnahkan mandi terlebih dahulu sebelum berangkat shalat ‘Id. Hal ini diriwayatkan dari sebagian Salaf
  3. Makan
    • Aidilfitri - Makan terlebih dahulu sebelum pergi solat sunat Aidilfitri
      • Dari shahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata :
        كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – لَا يَغْدُو يَوْمَ اَلْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ
        Dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pergi pada Hari ‘Idul Fithri (menuju solat ‘id) sebelum beliau memakan beberapa kurma terlebih dahulu. HR. Al-Bukhari
        Dalam riwayat lain dengan tambahan keterangan : Memakan kurma dalam jumlah ganjil. HR. Ibnu Khuzaimah, Al-Bukhari secara mu’allaq.Balik dari solat ‘iduladh-ha baru menjamah makanan
    • Aidiladha - Mengakhirkan makan. Makan setelah kembali daripada menunaikan solat sunat Aidiladha
      • كَانَ النَّبِيُّ – صلى الله عليه وسلم – لَا يَخْرُجُ يَوْمَ اَلْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ, وَلَا يَطْعَمُ يَوْمَ اَلْأَضْحَى حَتَّى يُصَلِّي
        Dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berangkat pada hari ‘Idul Fitri sampai beliau makan terlebih dahulu, dan pada ‘Idul Adh-ha beliau tidak makan sampai beliau mengerjakan shalat. HR. At-Tirmidz.
        Dalam riwayat lain dengan lafaz :
        … وكان لا يأكل يوم النحر حتى يرجع .
        … dan pada ‘Idul Adh-ha beliau tidak makan sampai beliau kembali (dari shalat ‘Id)HR. Ibnu Majah
        Kedua hadis di atas dari shahabat Buraidah radhiyallahu ‘anhu , dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah.
  4. Menuju ke masjid atau surau dengan jalan yang berbeza ketika pergi dan pulangnya
    • Dari sahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma :
      كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم عيد خالف الطريق
      Dulu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila Hari Raya, beliau melalui jalan yang berbeza. Muttafaqun ‘alaihi
      Dari shahabat Abu Hurairah :
      كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا خرج إلى العيدين رجع في غير الطريق الذي خرج فيه
      Dulu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila keluar menuju solat ‘Id, beliau pulang melewati jalan yang berbeza dengan jalan pergi. HR. Ahmad, At-Tirmidz, Ibnu Majah.
  5. Takbir
    • Aidiladha - Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
    • Aidilfitri - Sebagian ‘ulama berpendapat bahwa takbir dimulai semenjak tenggelamnya Matahari malam ‘Idul Fithri.
  6. Mengucapkan selamat pada hari raya
    • Dari Jubair bin Nufair berkata, “Dulu para shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika bertemu pada hari ‘Id, yang satu mengucapkan pada lain :
      تقبل الله منا ومنكم
      Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari anda (diriwayatkan oleh Al-Muhamili)
      Asy-Syaikh Bin Baz rahimahullah berkata :
      “Tidak mengapa seorang muslim mengatakan kepada saudaranya sesama muslim (pada Hari Raya) : “Taqabbalallahu minna wa minka a’malana ash-shalihah”, dan saya tidak mengetahui ada nash khusus. Seorang muslim mendoakan saudaranya dengan doa yang baik, berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak.” (Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah XIII/25)
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda rasa ia berguna kepada lebih ramai orang, saya mohon anda LIKE, dan SHARE entry ini. Semoga kita sama-sama mendapat pencen kubur apabila kita tiada lagi di dunia ini.


Taqabbalallahu minna wa minka a’malana ash-shalihah

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu? 

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

2 comments :

  1. Alhamdulillah..perkongsian yang baik. baru tahu juga ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Semoga bertambah ilmu yang bermanfaat... ^_^

      Delete