MariaFirdaus Master Celebration - The Most Fantastic Shaklee Team In Malaysia!

Assalamualaikm w.b.t,

Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis gilang gemilang yang dinanti-nanti bagi meraikan kedua orang Masters kesayangan kami di empayar MFMS pada 16 November 2014 yang lalu. 4 hari telah berlalu seperti ianya baru semalam berlaku. Masih segar diingatan apa yang berlaku sepanjang majlis.

Pintu gerbang tersedia untuk Masters MFMS - The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia.

Inilah stage yang menjadi saksi penganugerahan Masters Maria Firdaus sebagai Master Coordinator Shaklee

BERMULANYA HARI BERSEJARAH

Majlis bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Waktu di mana saya masih dalam perjalanan ke Pullman Putrajaya Lakeside bagi menjadi saksi hari bersejarah ini. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu tertinggal walau sesaat pun majlis ini.

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan 40km saya dari Ampang ke Putrajaya. Saya tiba pada jam 11.00 pagi. Waktu itu, Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim baru sahaja memulakan ucapan beliau.

Legaaa.. Itu bermakna, saya masih belum terlepas detik surprise yang kami telah rancang untuk masters kesayangan kami selama sebulan ini. Apakah surprise itu? Jom.. Sambung baca perkongsian saya ini.

 Mr. Victor Lim memberi ucapan pembukaan.

 Master Maria Firdaus bersama anak sulung mereka, Farees kusyuk mendengar ucapan Mr. Victor

Perkongsian Jutawan Shaklee

Majlis seterusnya diteruskan dengan perkongsian hebat daripada seorang Jutawan Shaklee, Presidential Master Shareeza (Kak Cery).

Kak Cery berkongsi tips untuk menjadi seorang yang hebat


Kak Cery memulakan perkongsiannya dengan soalan, "Apakah yang kita perlu ada untuk menjadi seorang yang hebat?". Kak Cery kata, ada satu perkara yang beliau nampak ada pada Masters Maria Firdaus yang membuatkan mereka boleh menjadi seorang yang hebat hari ini. Kak Cery tanya lagi, "Apakah yang ada pada Master Maria Firdaus?" 

Seorang demi seorang bangun menjawab persoalan Kak Cery. Akhirnya beliau berkongsi, "Setiap hari saya nampak Masters Maria Firdaus menyebarkan cas-cas positif dengan banyaknya. Saya nampak dan rasa aura positif tersebut melalui penulisan mereka di FB mahupun di blog". Wow! Amazing!

Untuk kita menjadi seorang yang hebat, kita perlu jadi seorang yang positif. Apa pun yang berlaku disekeliling kita, kita tetap menjadi seorang yang POSITIF!

Setiap orang akan ada masalah masing-masing. Apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara bagaimana kita berhadapan menghadapi masalah itu dan bagaimana kita mencari jalan penyelesaian.

Perkongsian Master Ainul - Orang yang Bertanggungjawab Membawa Master Maria ke dalam Shaklee

  
Master Ainul berkongsi pula kisah bagaimana mereka bermula.

Tiba giliran Master Ainul, mummy Shaklee kepada Masters Maria Firdaus berkongsi serba sedikit kisah bagaimana mereka bermula dengan bisnes Shaklee. Untuk pengetahuan, Master Ainul merupakan biras kepada Master Maria.

Master Ainul berkongsi bagaimana tekun dan gigihnya Masters Maria Firdaus mengembangkan empayar mereka (MFMS). Master Ainul hanya bantu mereka sehingga mereka naik ke rank Supervisor. Selepas daripada itu mereka sangat berdikari mengatur strategi.

Kehebatan Masters Maria Firdaus lebih terserlah apabila mereka berjaya merangkul rank paling tinggi dalam Shaklee, Master Coordinator dalam masa 9 bulan sahaja. Malah Masters Maria Firdaus orang kata langkah bendul apabila berjaya merangkul gelaran Master Coordinator lebih awal daripada Master Ainul.

Tiada yang mustahil di dalam Shaklee. Tiada istilah upline kaya dan goyang kaki dan downline kerja teruk-teruk. TIADA! Sistem Shaklee sangat adil. Siapa yang berusaha lebih, akan dapat lebih, siapa yang usaha kurang, akan dapat kurang. Namun, segalanya dengan izin Allah s.w.t.

Master Ainul berpesan supaya sesiapa yang inginkan kejayaan dalam Shaklee, duplicate apa yang mummy Shaklee dah buat. Mereka dah ada track record yang berjaya. Just FOLLOW & DUPLICATE!

Pesan Master Ainul lagi, teruskan berkongsi apa yang kita dapat, apa yang kita buat dalam bisnes. Riak? Takbur? Allahuakhbar! Niat setiap insan hanya Allah yang tahu.

Ingat!

Tiada siapa pun peduli nak bayarkan kereta kita setiap bulan!
Tiada siapa pun peduli nak bawa kita ke umrah/oversea setiap tahun!
Tiada siapa pun peduli nak bagi kita CASH untuk beli belanja dapur kita setiap bulan!

Tiada siap pun peduli!!

Pada saya, saya selalu berdoa agar Allah ampunkan dosa saya. Saya hanya ingin memberi inspirasi kepada raaaamaiii orang dengan kisah saya. Agar lebih ramai yang terbuka hati dan minda untuk berubah kepada yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

Shaklee menawarkan 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP (bercuti / umrah setiap tahun). Saya pernah kongsikan tentang ini di dalam entry, "Indahnya Business Shaklee".

Syukur alhamdulillah, saya dah dapat 2C iaitu CASH BONUS, dan CAR BONUS setiap bulan. InsyaAllah, dengan izin Allah, CONVENTION TRIP akan saya peroleh tidak berapa lama lagi.

Saya juga pernah kongsikan kisah CAR BONUS pertama saya di sini:
"Bonus Shaklee February 2014 = RM 7K+ & Car Bonus!"


SURPRISE!!!

Selesai saja perkongsian daripada Master Ainul, haaaa... Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Kita ada surprise untuk masters berdua.

Jom kita tengok gambar-gambar ni...

Zizan memulakan surprise dengan menyanyi solo lagu "You Raised Me Up!"

  
Kami tarik Masters Maria Firdaus ke atas pentas untuk sama-sama menyanyi

  
 Sungguh bersemangat anak-anak didik Maria Firdaus menyampaikan lagu ini

 
 Nyanyian khas kami anak didik di empayar MFMS untuk mentor yang amat kami sanjungi

Yes! Misi kami tercapai. Kami berjaya membuatkan masters Maria Firdaus terharu dengan linangan air mata! Tapi bukan hanya mereka, semua yang menyaksikan turut tersentuh. Hehe.. Selesai saja nyanyian lagu "You Raised Me Up!", kami ada satu lagi surprise untuk mereka. Jeng.. Jeng... jeng....

  
Surprise hadiah pula

Pembukaan hadiah daripada anak-anak didik empayar Maria Firdaus, The Most Happening & Fantastic Shaklee Team in Malaysia.

Khat kufi yang ditempah khas oleh kami yang bertulis,
"Maria Firdaus Millionaires in Shaklee, The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia!" 

Ok. Itu baru gambar. Rasa excited tu masih lagi terasa sampai sekarang. Jom kita tengok pula video sewaktu surprise ini berlangsung!

  video
Inilah video rakaman ketika berlangsungnya surprise untuk Masters Maria Firdaus.

Anda nak tengok pula video apa yang kami tayang ketika surprise ini berlangsung? Ya, kami ada buat 1 video khas buat masters berdua. Kami telah rancangkannya sejak sebulan yang lalu. Video ini telah dihasilkan oleh saudara Md Latiff, dan segala bahan untuk hasilkan video ini telah disumbangkan oleh anak-anak didik MFMS sendiri.

Kami siap ada satu group telegram khas untuk majlis ni tau. Anda nak tahu siapa yang menjadi mastermind kepada surprise ni? Saya akan beritahu di akhir entry ini nanti..
 
DETIK PENGANUGERAHAN MASTER COORDINATOR

Majlis kemudian diteruskan dengan Master Coordinator Grand Entrance.


Aksi sporting Master Firdaus sebelum masuk ke dewan untuk penganugerahan

Red Carpet grand entrance Master Maria Firdaus


Penganugerahan sebagai Master Coordiantor Shaklee oleh Mr. Victor

Pin dan name tag Shaklee. Master je ada name tag ni. So jom visualize!
Sebelah kiri adalah nama "Affni Shahida", dan sebelah kanan adalah nama, "Ahmad Yusri" 

Syukur alhamdulillah, selesai sudah acara penganugerahan sebagai Master Coordinator

APA KATA MASTER FIRDAUS?

Seterusnya adalah perkongsian daripada Master Firdaus sendiri. Beliau berkongsi kisah jatuh bangun beliau di dalam bisnes. Beliau pernah rugi sebanyak RM 25,000 dan dikejar bank setelah gagal membayar pinjaman selama 3 bulan berturut-turut.


Namun akhirnya beliau bangkit dan melompat dengan lebih tinggi! Beliau juga berkongsi bagaimana 'selesa'nya Master Maria bekerja sebagai engineer suatu masa dulu. Apakah perkara- perkara yang telah membuatkan Master Maria keluar dari comfort zone sehingga berjaya hari ini? Segalanya diceritakan oleh Master Firdaus.

Jika anda nak tahu lebih lanjut kisah kedua masters hebat ini, anda boleh baca ebook di bawah. Beliau telah nukilkan segala kisah jatuh bangun mereka di dalam buku ini untuk panduan dan manfaat orang di luar sana. 

APA PULA KATA MASTER MARIA?

Master Maria pula berkongsi kisah perjalanan mereka daripada Distributor hinggalah ke Master Coordinator.

Sangat memberi inspirasi kepada kami yang mendengar.

Fateh, anak kedua mereka naik ke pentas.

Uniknya bisnes Shaklee, anak-anak 'ganggu' majlis pun tidak dihalang apatah lagi dimarah. Bisnes ini adalah bisnes keluarga. Sepanjang masa majlis, tidak kira majlis apa pun di dalam Shaklee, anak-anak adalah menjadi keutamaan. 

MFMS LEADERS TULANG BELAKANG MARIA FIRDAUS

Selesai sahaja perkongsian daripada Master Maria, kami pula di surprisekan dengan video yang dihasilkan sendiri oleh masters berdua untuk para leaders yang telah menjadi tulang belakang empayar Maria Firdaus selama ini.

Ya Allah, sungguh terharu rasanya, masters kesayangan kami pahatkan ingatan buat leaders di dalam video ini. Jom sama-sama saksikan...

video

Meremang bulu roma melihat video ini. Semangat dan aura yang sangat kuat terpancar! Ini membuatkan kami sebagai leaders lebih bersemangat untuk terus berjuang di dalam bisnes yang kami sayangi ni. Terima kasih masters!

 Teaser video yang sedang di'finalize' - dihantar oleh Master Firdaus beberapa hari sebelum majlis ini.

Ini pula pengakuan Master Maria beberapa hari sebelum Master Celebration.

Mamacilik & seluruh susur galur di bawah empayar Mamacilik merupakan MFMS strongest leg! Syukur alhamdulillah..

Majlis  kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati daripada Masters Maria Firdaus kepada leaders.


Barisan leaders MFMS


Selesai penyampaian hadiah dan cenderahati kepada anak didik (leaders) di dalam empayar MFMS, majlis disambung dengan penyampaian cenderahati kepada mentor-mentor hebat yang telah banyak membantu empayar ini untuk terus berkembang.

  
Barisan leaders & mentors MFMS

Seterusnya adalah kemuncak majlis ini dengan sesi memotong kek tajaan Shaklee.

 Cake cutting ceremony

Kemuncak majlis Master Celebration Maria Firdaus

SANA-SINI SEKITAR MASTER CELEBRATION MARIA FIRDAUS

Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang Master Celebration mentor kesayangan saya ni.

Masters Maria Firdaus sebelum bermulanya Master Celebration.

Aksi comel Masters Maria Firdaus.

MFMS The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia!

Warga empayar Maria Firdaus bersemangat membuat Mexican wave.

Dua dari kanan, Abang Hairul. Berada di bawah empayar MamaCilik. Datang jauh dari utara semata-mata untuk meraikan masters dan sedut aura orang-orang yang berjaya. Inilah sikap yang ada pada setiap insan yang nak berjaya.

Wajah ceria Master Firdaus ketika disemakan pin bunga.

Khat kufi khas buat SOHO Masters Maria Firdaus.

Masters bersama susur galur mamacilik & Latiff, the video expert.

Sama-sama turut hadir meraikan adalah rakan seperjuangan saya waktu di Uniten, Mimi & Suhaila.


MommyShahab & Raees Shahab.

Inilah dia, mastermind kepada surprise yang berlaku dalam majlis ini. Mommy & daddy Shahab, juga berada di bawah empayar Mamacilik.

Pasangan yang sangat sporting dan happening! Ada saja idea yang dikeluarkan. Tadi kita dah saksikan rakaman sepanjang surprise berlangsung. Jom kita tengok pula kisah sedih, lucu, dan gila-gila yang telah berlaku disebalik rancangan surprise ini di "SURPRISE!!! MASCEL MARIA FIRDAUS YANG PALING HAPPENING". Anda pasti terhibur!

Master Maria bersama Mommy & Moyang Shaklee, Master Ainul & Master Nur Zahirah

Master-to-be Affni, Master Maria, Master-to-be Zu

Terima kasih Master-to-be Cikgu Sue cantik ceria untuk gift ni! Comel!

Master Maria & Mamacilik

 Master cilik Alina Sarah

Master cilik Arissa & Master cilik Alina

 Master Maria Firdaus bersama Mamacilik family

Ucapan tahniah dan komen Presiden Shaklee Malaysia untuk Master Celebration ini.

Untuk pengetahuan anda, jumlah mereka yang hadir dalam majlis ini adalah diluar jangkaan. Lebih 300 orang sehinggakan kami mengalami masalah tidak cukup makanan oleh pihak hotel! Woww!

Namun, bagi saya, nak makan kita boleh pergi makan di mana-mana saja. Meraikan masters yang telah banyak berkorban dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada saya dan seluruh empayar adalah yang paling penting dan berharga.

Saya juga mendapat banyak feedback dari para masters, juga pihak pengurusan Shaklee yang tidak pernah lagi Master Celebration se-happening Master Celebration Maria Firdaus ni. Tak pernah lagi ada surprise yang sangat besar auranya daripada anak-anak didik. Syukur alhamdulillah, saya berada di dalam empayar yang sangat besar auranya, sangat hebat ahli-ahlinya. 

Memang terbuktilah sudah, MFMS is The Most Happening & Fantastic Shaklee Team in Malaysia! Tahniah kepada semua!

Saya selalu ingat pesan seorang mentor, kalau kita nak berjaya, kita wajib dekati orang yang dah berjaya! Ia ibarat, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita turut akan wangi tempias daripadanya. jika kita berkawan dengan jutawan, satu hari nanti pasti kita akan menjadi seorang jutawan dengan izin Allah. Carilah mentor yang betul, yang boleh pimpin kita ke mercu kejayaan.

Tahniah sekali lagi kepada Master Maria & Master Firdaus di atas kejayaan ini. InsyaAllah, satu hari nanti saya akan jadi Shaklee Master Coordinator!

Jom kita LIKE, SHARE, & COMMENT agar lebih ramai yang mendapat inspirasi dan manfaat daripadanya. Semoga kita sama-sama mendapat pencen kubur apabila perkongsian ini dapat menambah nilai hidup orang lain.

Wassalam.

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING & FANTASTIC SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

PENTINGKAN KESIHATAN?
Ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

FREE CONSULTATION, 
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!




Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Best baca dan hayati perjalanan kehidupan Masters Kam Maria & Firdaus yang berjaya mencetuskan revolusi kejayaan mereka..Saya amat berbangga dengan kejayaan yg dicapai..Mari lawati blog saya wwwirenevitamin.blogspot.com

    ReplyDelete