Masih Nak Boikot Shaklee?!! Baik Boikot Rokok!!!

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan, salam ukhwah...

Memang tak dinafikan sekarang ni terlalu banyak isu-isu besar disekeliling kita. Bukan setakat isu negara tapi isu dunia! Salah satunya adalah peperangan yang sedang meletus di Gaza. Apa yang saya lihat, sahabat sekeliling saya tidak kita online atau di alam nyata semuanya mendoakan saudara-saudara Islam ita di Gaza yang sedang berjuang! Allahuakhbar!

Mari kita sama-sama tidak putus mendoakan agar Allah memberi perlindungan kepada mereka dan menghantar bantuan agar mereka dapat mengalahkan musuh-musuh Islam. Sesungguhnya DOA merupakan senjata paling tajam, paling besar dan kuat dan ianya ada pada kita umat Islam. Jadi janganlah kita sia-siakan.

Saya turut difahamkan Malaysia sedang mengumpul lagi para sukarelawan muda yang ingin turun padang untuk ke Palestin selepas Aidilfitri ini. Semoga Allah lindungi kita semua daripada malapetaka dan bencana.

BOIKOT

Berikutan daripada itu, banyak jugalah produk dan jenama yang termasuk di dalam senarai boikot. Apa yang saya perhatikan, aktiviti boikot ini bermusim. Tapi kali ini agak lain daripada pandangan saya. Masyarakat Islam disekeliling saya betul-betul marah dan melakukan boikot secara besar-besaran. Harus diingatkan sekali lagi ye sahabat semua. Boikot biarlah dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Jaga-jaga dengan Konjunktivitis!

Assalamualaikum...

Semoga pembaca mamacilik.com semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya baru dapat tengahari tadi ketika di KPJ Kajang. 

Pagi hingga ke tengahari tadi saya ke KPJ Kajang untuk berjumpa dengan pakar mata, Doktor Saira disebabkan setelah seminggu, sakit mata (conjunctivitis) yang saya dan Yusri alami tidak pulih malah menjadi lebih teruk. Kami hanya dapat berjumpa dengan Dr. Saira pada jam 11.30 pagi.

Untuk pengetahuan, baby Ammar Firdaus pun dah terkena conjunctivitis ni 2 minggu yang lalu dan Dr. Saira juga yang merawat baby Ammar.


BERTEMU PAKAR MATA

SHAKLEE Sumbang Dana Kepada ISRAEL / ZIONIST! Iye ke???

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Terlalu banyak dan besar ujian Allah kepada hambanya sekarang ini. Lebih-lebih lagi kepada rakyat Malaysia khususnya mengenai tragedi berdarah MH17 yang amat mengejutkan kita 2 hari yang lalu. Sebelum itu, seperti yang kita sedia maklum, serangan ke atas Gaza telah dilancarkan lagi pada Ramadhan kali ini. Betapa besarnya ujianMu ke atas kami Ya Rahman... Allahuakhbar!!!

Kali ini saya terpanggil dengan penuh rasa tanggungjawab kepada seluruh umat Islam diluar sana untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang disampaikan kepada saya. 

Ia berkenaan isu BENARKAH SHAKLEE MENYUMBANG DANA KEPADA ISRAEL / ZIONIST?

5 TIPS ELAK 'DIBUNUH' KOLESTEROL!

Assalamualaikum sahabat pembaca...

Ramai yang minta saya menulis mengenai darah tinggi, dan kolesterol. Untuk pengetahuan anda, inilah salah satu faktor dan asbab saya mengenal Shaklee dengan lebih mendalam. Tatkala Yusri didiagnos ada kedua-dua masalah ini. Waktu itu saya terkejut, takut, dan pelbagai perasaan lagi yang menyelubungi. Yelah.. Siapa yang tak takut jika orang yang kita sayang terpaksa makan dan bergantung kepada ubat seumur hidup! Jadi, saya harap anda diluar sana tidak terlambat untuk bentindak membanteras gejala-gejala yang membawa kepada darah tinggi dan kolesterol tinggi ni yer.

Oklah, kali ni saya cerita mengenai kolesterol tinggi. Tentang bagaimana vitamin Shaklee membantu suami saya, Yusri dalam menangani masalah ini. Sebelum tu saya ceritakan serba sedikit apa yang saya tahu mengenai kolesterol, melalui pembacaan dan diskusi dengan doktor.

KOLESTEROL TINGGI PEMBUNUH SENYAP

Syafakallah My Cute Boyfriend!

Assalamualaikum pembaca MamaCilik.com yang dirahmati Allah sekalian...

Saya doakan anda semua sejahtera hendaknya.

Sekarang ni saya menemankan Ammar Firdaus di hospital. Pagi tadi bersahur ala kadar. Esok memang nak kena minta Yusri bawakan ESP dan Performance Orange untuk sahur dan berbuka. Ammar masih lagi nyenyak tidur setelah eye treatment dan nab untuk kali ketiga tengah malam tadi.


Saya sebenarnya rasa agak kecewa dengan apa yang berlaku pada Ammar. Umur baru 6 bulan dah dijangkiti Conjunctivitis (sakit mata). Saya sedar Ammar sakit mata sejak pulang taska pada hari Jumaat yang lalu. Pada mulanya saya tak anggap serius. Saya kira mungkin habuk atau dia sendiri yang gosok mata. Walau macam mana pun saya bawa juga pergi klinik untuk berjumpa doktor. Doktor pun mengatakan ianya tidak serius dan akan lekas sembuh. Jadi saya pun kuranglah risaunya.