Kenapa Bantuan Banjir Lambat Sampai?

Assalamualaikum

Tatkala ramai orang yang sambung cuti sempena cuti cristmas semalam, di kala orang lain dah tak ada mood nak pergi kerja hujung-hujung tahun ni, tidak bagi saya.

Hari ni rasa semangat lain macam nak pergi kerja. Semangat yang entah dari mana yang semestinya datang daripada Allah s.w.t.

Mendengar rintihan dan rayuan sahabat-sahabat pantai timur sejak beberapa hari yang lalu membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.

Dua perkara yang sememangnya menjadi rutin saya saban hari sangat berkait rapat dengan insiden-insiden banjir yang sedang melanda negara sekarang ni.

1. SISTEM DAN PROSEDUR KESELAMATAN NEGARA

Siapa DIA? Adakah Kami Seiringan?


Siapa sangka perkenalan dengan dia 8 tahun yang lalu adalah permulaan kepada sebuah persahabatan dan hubungan silaturahim yang sangat erat.

Sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan saya dan dia. Melaporkan diri sebagai seorang Junior Executive, diperkenalkan oleh bos kepada dia.

Dia seorang yang sangat comel rupa paras, dan mempunyai keperibadian yang tegas.

Dia seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain.

Dia seorang yang berpendirian teguh.

Dia seorang yang cekal dan sangat tabah.

Dia banyak mengajar saya erti alam pekerjaan.

Dia banyak mempengaruhi saya tentang kehidupan.

Dia banyak mempengaruhi dan mengajar saya cara berfikir dengan baik.

Dia juga banyak mempengaruhi keputusan yang saya ambil.

Jadi... Siapakah dia? Siapakah insan hebat ini?


13 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES !

Assalamualaikum,

Bermulanya hari baru setiap hari merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat dari hari-hari yang lalu. Apa khabar para pembaca Mamacilik.com yang saya sayangi sekalian? Jom mulakan sesuatu yang baru dan semestinya lebih baik.

Sejak kebelakangan ini, agak ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat dan tips bagaimana saya boleh sustain bisnes Shaklee kesayangan saya ni hingga ke hari ni. 

Jadi, hari ini saya menulis khas untuk semua Shaklee Independent Distributor (SID), tidak kira yang sudah lama atau yang masih baru, juga kepada mereka di luar sana yang sedang mempertimbangkan untuk menjalankan bisnes Shaklee. Saya ingin berkongsi dengan anda, 
13 tips bagaimana untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee.

1. Jangan JUAL Shaklee, HIDUP dengan Shaklee!

Sebagai seorang SID, nasihat saya kepada anda di luar sana supaya jangan menjual produk Shaklee. Menjual di sini, bermaksud kita mencari pelanggan seberapa ramai yang boleh untuk promote kepada mereka dan seterusnya mereka terpaksa membeli.



Dalam Suka Ada Duka

Assalamualaikum pembaca setia Mamacilik.com sekalian,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kita semakin sihat serta bahagia setiap hari.

Sekarang musim cuti sekolah, dah beberapa minggu berlalu. Saya pasti anda semua sudah merancang terlebih awal perjalanan cuti kali ini bersama keluarga tersayang.

Begitu juga, dengan kami sekeluarga. Tahun ni, adalah tahun kedua saya bersama Shaklee. Semakin banyak kelebihan-kelebihan yang telah kami nikmati. Percutian ni pun sepenuhnya menggunakan bonus Shaklee.

Rasa amat rugi, sekiranya membiarkan masa berlalu tanpa memori indah bersama anak-anak dan suami yang merupakan kekuatan saya pada hari ini.

MEMORI INDAH BERSAMA ANAK-ANAK

Beberapa hari yang lepas, saya dan keluarga telah menghabiskan masa percutian kami yang sangat menyeronokkan ke Pulau Legenda Langkawi yang penuh dengan memori-memori indah.

 Selamat datang ke Bella Vista Langkawi.


Anda Seorang Blogger? Awas! Anda Diancam Sindrom 'Carpal Tunnel’!

Assalamualaikum pembaca Mamacilik.com sekalian,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Semoga kita semakin sihat dan bahagia setiap hari.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda, kisah salah seorang aunty saya, Aunty Ziza.

Sebulan lepas, saya jumpa Aunty Ziza di sebuah majlis keraikan di dalam keluarga kami. Dalam keriuhan majlis, Aunty Ziza datang kepada saya untuk bersembang. Aunty Ziza cerita kerisauannya tentang sakit pada bahagian pergelangan tangan yang dihadapinya.

Mulanya saya ingatkan tangan Aunty Ziza terseliuh masa angkat barang atau terhentak pada mana-mana tempat. Tapi sangkaan saya meleset.

Menurut Aunty Ziza, dia dah buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Doktor sahkan yang Aunty Ziza mengalami sindrom 'Carpel Tunnel'. Mula-mula saya agak tercengang dengan term tu. Agak baru bagi saya. 


Lepas Aunty Ziza terangkan pada saya tentang apa yang dia rasa pada tangan, sakit, kebas, dan lenguh, baru saya teringat seorang customer saya yang mempunyai masalah yang sama. Tapi dulu customer saya tu tak pernah sebutkan terms sindrom ni. Alhamdulillah, ilmu baru buat saya.

SIMPTOM SINDROM 'CARPAL TUNNEL'

Ni antara simptom sindrom 'Carpal Tunnel':
  1. Rasa tak selesa dan kebas pada bahagian tangan.
  2. Rasa kebas dan sakit berkurangan apabila tangan digoyang-goyangkan.
  3. Rasa kebas pada bahagian ibu jari, jari telunjuk, dan sebahagian daripada jari manis.