TIPS: Didik Anak-anak Jadi Genius

Assalamualaikum,

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dan berada di dalam kesihatan yang baik.

Hari ni saya tertarik dengan sesuatu yang seorang sahabat saya hantar di dalam group Whatsapp. Jadi saya rasa sangat teruja untuk kongsikan dengan anda semua. Ia berkenaan dengan hubungan Al-Quran dan otak kita.


Eh?? Apa hubungannya?

TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK GENIUS

Anak Melayu Makan Gaji Disanjung, Buat Bisnes Dipandang Sinis!

Assalamualaikum para pembaca setia MamaCilik.com yang dirahmati Allah..

Cuba kita lihat apa kata Tun Mahathir ni.


Sangat tipikal kan?

Bangsa melayu sangat sinonim dengan kerja makan gaji. Bangsa cina pula sangat sinonim dengan kehandalan mereka dalam bisnes. INILAH MAJORITINYA!

Apabila saya setuju dengan pandangan Tun M ni, ada yang memberi respon, "Begitulah adanya..", "Dah nasib, kerja je lah..", dan macam-macam pandangan negatif yang saya terima. Pasrah dengan keadaan. Tiada langsung keinginan untuk bangkit. Sebab tu melayu ni selalu dan senang ditindas. Pasrah yang tidak bertempat.

Nak memburukkan lagi keadaan, anak-anak melayu yang ingin buat bisnes dipandang sinis. Macam-macam tohmahan dan kata-kata negatif dilontarkan. 


Saya kalau boleh tidaklah mahu berlaku kurang ajar kerana, kebanyakan orang yang saya jumpa sekarang ni, mereka yang bersikap negatif terhadap bisnes ni adalah mereka yang dah berumur. Sebaya dan segenerasi dengan mama dan abah saya. 

Sebenarnya, mereka tidak tahu, sekarang ni dah macam-macam dengan teknologi yang serba canggih, zaman dah berubah! Begitu juga dengan cara kita berniaga. Tidak sama macam dulu.

Kalau dulu, kita memang agak terhegeh-hegeh cari orang untuk beli produk kita atau ambil servis yang kita tawarkan. Tapi tidak lagi sekarang! 

Zaman sekarang ni, kalau kita buat bisnes tapi masih berkeadaan seperti yang saya bagitau tadi, fuh! Sangat kesian.... Carilah mentor yang boleh membimbing anda.

MEMBESAR DI DALAM KELUARGA MAKAN GAJI

Saya sebagai anak yang dibesarkan dalam keluarga yang makan gaji sejujurnya rasa 'penat'. Penat melihat rutin yang sama setiap hari. Penat melihat kerunsingan dan tekanan mama dan abah setiap bulan!

Walau saya hanya 'budak kecil' waktu itu. Tapi saya turut merasai tekanannya.

Kini bila dewasa, saya penat mengulangi rutin yang sama apa yang mama dan abah lalui berpuluh tahun lalu hinggalah sekarang ni. Disebabkan inilah saya bangkit menukar haluan hidup agar anak-anak tidak melalui kepenatan yang telah saya tempuhi sejak kecil.


Misi dan visi saya bukan lagi nak mendaki tangga kerjaya di syarikat2 besar dan ternama.
Kini saya ingin melihat anak-anak membesar di depan mata, makan dan minum hasil air tangan saya, dan saya lah yang menjadi kawan baik mereka.

Semua ini akan tertunai hanya jika saya bangkit berniaga! Mempunyai empayar syarikat saya sendiri! Doakan saya yer. Semoga dengan ini saya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana, tidak kira dari aspek kesihatan mahupun taraf hidup.

Sekian. Wassalam.



Master-to-be Affni Shahida
"It is a I m possible mission!"




Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Suami Tak Support Saya Buat Bisnes!

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca setia MamaCilik.com? Semoga sentiasa sihat dan bahagia.

Saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu harini. Sesuatu yang mungkin akan memberi manfaat kepada anda, suami/isteri anda, atau rakan-rakan sekeliling anda yang menghadapi cabaran dalam menjalankan bisnes.

Sebenarnya ramai yang datang kepada saya, ramai yang mengadu dan meminta nasihat tentang perkara ni. Tentang apa tu?

Ok. Sedar tak yang sekarang ni semakin ramai wanita-wanita, yang rata-ratanya seorang isteri, ibu kepada anak-anak kecil yang sudah mula melakukan bisnes. Tak kiralah bisnes online atau offline (ada kedai), kecil atau besar.

Ekonomi kita sekarang ni sangat mencabar kan? Sangat tidak stabil!

AFFNI BUAT BISNES? BOLEH KE?

Dulu.. Duluuuuu.... 2 tahun yang lalu (2013), saya nak buat bisnes. Semua orang buat tak tahu. Semua orang pun tak support. SEMUA ya SEMUA! Termasuklah Yusri, abah, mama, dan keluarga.

"Buat apa buat bisnes? Bisnes ni memang ada kalanya untung. 
Tapi ada masanya kita tak untung. Lebih teruk lagi rugi. 
Kerja sekarang kan dah ok. Gaji tiap-tiap bulan dah confirm masuk. Stabil."

Stabil? Stabil lah sangat!

Saya percaya, mereka mempunyai alasan yang tersendiri dan yang pasti sebab mereka sayang saya. Tapi, itulah antara kata-kata yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kata-kata yang akan jadi burning desire untuk saya lebih maju!

Setiap bulan Allah je tahu macam mana saya 'menstabilkan' kewangan keluarga. Setiap bulan Allah je tahu macam mana saya struggle nak cukupkan semua benda. 

SUAMI TAK SUPPORT
 

Now Everyone Can Kurus! PERCUMA!

Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca MamaCilik.com sekalian..

Baru-baru ini, pada 13 January 2015 eBook Now Everyone Can Kurus telah dilancarkan dengan jayanya oleh kami. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah di atas kemudahan dan susun atur yang dapat dijalankan dengan lancar.

www.noweveryonecankurus.com/affni

Terdapat 20 orang pembaca terawal yang telah memberi feedback dan review yang sangat mengujakan tentang eBook ini! Terbaik! Mereka kata, eBook ni SUPERB! BEST!

Sejak pelancaran, kini telah lebih 10,000 eBook Now Everyone Can Kurus telah ditempah dan diedarkan (dalam 2 hari). Satu jumlah yang besar untuk jangka masa yang singkat!

Ramai yang teruja dengan eBook ni. Penulisan yang santai dan bersahaja, rasa macam baca novel! Rasa senang nak masuk dalam penceritaan.

Maklumlah, ini adalah kisah benar. Bukannya rekaan penulis. Sekali anda mula membaca buku ini, anda akan dapat rasa yang anda nak baca sampai habis. Seriously SUPERB!

Ketahuilah rahsia dan FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS! 

Teknik ini terbukti berkesan dalam membantu ramai orang dan mereka telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg - 16kg dalam masa 100 hari.




Macam mana nak dapatkan eBook ni ye??

Ada 2 cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkannya.
  1. BELI PADA HARGA RM 10
    Anda boleh bank ini RM 10 ke akaun:
    Maybank
    164342243125
    Affni Shahida Jamaludin
    shegarf@gmail.com


    Nota:
    Ia akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

    atau;
  2. DAPATKAN EBOOK INI SECARA PERCUMA!
    Macam mana?
    Anda WAJIB KLIK BUTTON SHARE di bawah entry ini.
    (Ini adalah amanah daripada penulis supaya lebih ramai yang akan dapat manfaat).


Selepas anda bank-in RM 10 ATAU share entry ini mengikut pilihan anda, anda boleh download eBook ini di:


TUJUAN EBOOK INI DIHASILKAN & DILANCARKAN

eBook ini dihasilkan dan diberi secara percuma di atas sumbangan kemasyarakatan kami.

Kami rasa sangat kesian bila mendapat statistik bahawa rakyat Malaysia ni ramai yang gemuk. Gemuk satu hal. Tak sihat pulak tu. Kesian sangat.

Ada yang nak kurus, tapi tak tahu cara yang betul.

Ada yang nak kurus tapi suka sedapkan hati sendiri,  
"Takpela, orang lain gemuk ok ajer.", "Gemuk takpe asalkan bahagia."

Bahagia lah sangat! Bila penyakit dah menyerang bahagiakah?? 

Renung-renungkan.. Fikir-fikirkan.. Adakah kita bersedia meninggalkan orang-orang yang kita sayang hidup tanpa kita di sisi? Kasihanilah mereka.

Sejujurnya, kami tidak ada budget yang besar untuk mempromosi eBook ini. Apatah lagi nak menerbitkan buku ini jadi buku fizikal.

Tapi apa yang kami tahu, kami WAJIB kongsikan ilmu-ilmu ini dengan semua rakyat Malaysia. SEMUA! Terutamanya yang ada cita-cita nak menjadi kurus dan sihat.

Jadi, sebab itulah saya mohon jasa baik anda para pembaca MamaCilik.com untuk bantu saya. Sila klik button SHARE di bawah ini.

Semoga ia dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana.

Manalah tahu, ada di antara rakan kita yang sedang gusar tapi tidak dizahirkan.

Manalah tahu, rakan-rakan kita tu akan dapat kesihatan yang lebih baik lagi berasbabkan ilmu di dalam eBook ini.

Saya doakan, "Semoga anda yang share eBook ini mendapat ganjaran syurga daripada Allah s.w.t kerana telah memberi  manfaat kepada ramai orang. Aamiin."

Happy reading! ^_^



Affni Shahida Jamaludin
"NowEveryoneCanKurus dan SIHAT!"
012-220 7966


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Kalsium Penyebab Batu Karang? Hati-Hati!

Assalamualaikum,

Apa khabar? Saya doakan pembaca MamaCilik.com sihat sejahtera.

Saya baru sahaja selesai program Train The Trainer (TTT) Shaklee Nutrition (Module 1) hujung minggu lalu. Fuhh.. Alhamdulillah, sangat banyak ilmu baru yang saya pelajari. Terlalu banyak juga ilmu yang saya nak kongsi dengan anda, pembaca setia MamaCilik.com.

KALSIUM DAN TULANG

Salah satu perkara yang kita kurang ambil perhatian adalah mengenai kesan kalsium kepada badan kita. Apa yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk tulang, dan gigi kan?

Ya, itu adalah asasnya.



Tahukah anda, kalsium di dalam badan kita akan menyebabkan batu karang? Iyer ke? Betul ke? 


Vita-lea for Children - Multivitamin Terbaik Kanak-Kanak Abad Ini!

Assalamualaikum,

Saya doakan pembaca MamaCilik.com sihat sejahtera.

Agak lama jugak kan saya tak berkongsi dengan anda tentang vitamin dan produk-produk Shaklee.

Jadi hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang satu vitamin yang dah lama sangat dinanti-nanti.Vitamin apa tu yer?

Haaaa.. Inilah dia Vita-Lea for Children!

VITA-LEA FOR CHILDREN

Sejak saya join Shaklee, dah hampir 2 tahun pun. Ini lah baru pertama kali vitamin ni muncul tau. Saya sebelum ni tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya jugaklah pasal Vita-Lea for Children ni. Kenapa???


Warkah Buat Maria Firdaus

Assalamualaikum

Masters Maria Firdaus, semoga kalian berdua sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Saya juga doakan agar masters berdua diberi kesihatan, dipanjangkan umur agar dapat membantu lebih ramai insan di luar sana.

Tujuan saya menulis warkah ini kerana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada masters berdua kerana telah memberi dan membuka peluang kepada saya dalam menjalankan bisnes bersama Shaklee ni.

ADAKAH SAYA MENOLAK REZEKI? 

Semalam, di awal tahun baru 2015 saya baru sahaja menolak tawaran pekerjaan yang lebih tinggi gajinya, iaitu 45% LEBIH TINGGI daripada gaji saya sekarang ini. 


Satu keputusan yang sangat sukar buat saya pada mulanya. Bayangkan, di dalam keadaan ekonomi yang sangat tenat sekarang ni, dengan GST pula akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi, saya boleh pula tolak tawaran pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan!

Adakah saya dikatakan menolak tuah/rezeki? TIDAK!

Saya langsung tidak berasa begitu kerana saya percaya, rezeki adalah daripada Allah s.w.t dan Allah tahu apa niat saya sehingga saya boleh menolak tawaran tersebut.

Oh ya, saya masih makan gaji walaupun pendapatan Shaklee saya telah melebihi gaji kerja hakiki saya. Amanah yang masih belum selesai harus dipegang sehingga waktunya.

LEBIH WARAS 

Jikalau dulu, tanpa bisnes Shaklee, mungkin saya terdesak dengan tuntutan kewangan yang sangat banyak sekarang ni. Dengan anak-anak yang sedang membesar, hidup di bandaraya KL, kos dan taraf hidup yang sangat tinggi! Tanpa bisnes Shaklee, mungkin saya terpaksa terima tawaran lumayan tu. 


Hari ini saya rasa sangat bersyukur kerana dengan adanya bisnes Shaklee ni saya boleh berfikir dengan lebih waras. Saya boleh berfikir untuk orang lain juga, bukan hanya untuk diri sendiri.

MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN

Setelah hampir 2 bulan saya dikejar dengan tawaran-tawaran kerja lain, saya hampir tidak dapat membuat keputusan. Apa yang saya harus pilih? Manakah yang terbaik untuk saya pilih?

Setelah membuat pertimbangan, meminta petunjuk daripada Allah yang Maha Mengetahui, akhirnya saya memilih untuk melepaskan tawaran pekerjaan itu. Saya memilih untuk setia bersama syarikat saya bekerja sekarang ini (tanpa counter offer), dan teruskan menambah nilai hidup insan lain dengan bisnes Shaklee yang saya sangat sayangi ni.


Ya! Saya langsung tidak meminta syarikat saya sekarang ini untuk counter offer saya. Saya bekerja dengan ikhlas, Bukan sebab gaji semata-mata. Niat saya adalah untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan sehingga selesai.


Ia bukan semata-mata untuk syarikat, tetapi untuk negara yang tercinta. Untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya cuba melakukan yang terbaik demi anda yang membaca warkah ini.

"LOVE WHAT YOU DO, DO WHAT YOU LOVE"

Orang sering berpesan untuk kita lakukan perkara yang kita suka, yang kita minat. Tapi tidak semua orang berpeluang untuk bertindak seperti yang diimpikan. Desakan-desakan hidup terkadang membuatkan kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak minat.



Saya rasa sangat bersyukur sebab apa yang saya lakukan sekarang ini adalah apa yang saya sendiri pilih, apa yang saya suka lakukan. Saya gembira apabila dapat menggembirakan lebih ramai orang, saya bahagia apabila melihat lebih ramai yang tersenyum bahagia.

Kini saya dalam misi mencapai impian saya untuk menjadi Working-At-Home-Mum (W.A.H.M) dengan pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan. Saya ingin melihat anak-anak membesar di depan mata saya sendiri. Itu adalah impian saya!

Doakan saya dapat mencapai impian ini tidak berapa lama lagi.

TERIMA KASIH MARIA FIRDAUS


Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masters Maria Firdaus di atas peluang ini, di atas tunjuk ajar selama ini. Sokongan yang tidak pernah putus, sangat saya hargai.

Syukur alhamdulillah, kini saya mampu berdiri sendiri, melebarkan Empayar MamaCilik yang telah melahirkan ramai leader-leader hebat di dalamnya. Saya juga bersyukur kerana berpeluang dan telah dapat menyentuh hidup ramai insan di luar sana berasbabkan Shaklee.

Kini, semakin ramai anak didik saya pula yang berjaya menggenggam pendapatan sampingan 3 angka, 4 angka, dan 5 angka sebulan.

Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kini saya semakin faham, "Erti Hidup Pada Memberi".

Wassalam.

Salam sayang daripada anak didik,
Affni Shahida Jamaludin 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sejujurnya, saya tidak pasti adakah Masters Maria Firdaus betul-betul faham merasai betapa saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka, dan semestinya Allah s.w.t. Saya bukan seorang yang pandai berpuitis dan menzahirkan rasa.

Jika anda terinspirasi dengan warkah ini, mohon anda tekan button LIKE di bawah ini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini."



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat