Kesan GST Kepada Ibu Bapa di Malaysia!

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang sering berkunjung ke blog mamacilik.com ni sentiasa diberi rahmat dan perlindungan dari Allah s.w.t.
Adakah anda merupakan ibu bapa zaman ini? 

Kalau kita lihat, banyak perubahan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ni. Perubahan tu pulak adakah membuat kita semakin senang? Semakin selesa dalam mendidik anak-anak? Semakin mudah memenuhi keperluan harian anak-anak dan keluarga?

Fuhh..


Sekarang ni bulan Mac 2015. Ikut perancangan, kerajaan nak mulakan GST bulan April 2015 ni. Yer... Bulan depan ni je haa.. Ia akan menjadi satu sejarah di Malaysia. Sejarah di mana rakyat Malaysia akan dikenakan cukai untuk hampir kesemua barangan dan servis yang digunakan.

Kita ni sebagai ibu bapa semestinya tak terlepas daripada 'bebanan' cukai ni.

Dengar kata, cukai ni bagus untuk pembangunan negara. Katanya cukai 10% sebelum ini akan dihapuskan dan digantikan dengan GST 6% ini. Jika ianya benar, seharusnya harga barangan akan turun dan kemudian baru cukai itu akan dikenakan. Tapi apa yang saya perhatikan ia tidak pun berlaku.

Jadi, sama ada ianya bagus atau sebaliknya, saya tidak berapa pasti. Saya bukanlah pakar untuk mempersoalkan isu ini.

Tapi apa yang pasti, ia akan tetap terjadi!

IBU BAPA SESAK DADA KERANA GST?

Sebagai ibu bapa, ada perkara-perkara asas yang kita perlu tahu dan alert tentang GST ni.

Ia berlaku sejak dari baby masih dalam perut lagi. Iaitu waktu kita sedang mengandung pun akan mula terkena kesan GST.

Lahir je anak si permata hati, lebih banyaklah keperluan yang diperlukan. Dan ia juga menerima kesan GST.
 
 
Bermula umur anak setahun, pelbagai lagi keperluan yang harus dibeli. Anak-anak membesar perlu kelengkapan yang cukup kan?

  Masuk pula ke tadika untuk pendidikan awal anak-anak. Juga terima kesan GST.

Apatah lagi bila dah mula sekolah. Lagiii lah bertambah-tambah kos sara hidup untuk anak-anak.


Secara keseluruhannya, ada juga yang terkecuali daripada dikenakan GST. Tapi kalau terkecuali dengan kenaikan beberapa peratus terhadap kos sedia ada, sama jugak lah kan. Sebagai contoh, dijangkakan kenaikan 10% dalam yuran persekolahan, dan 1-2% dalam kos perubatan. Ia tetap naik!

APA TINDAKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA?

Saya rasa, ramai orang akan mula terjejas kesan dari GST. Ramai akan mula kekurangan sumber kewangan.

Ada juga orang yang cuba nak 'sedapkan hati' sendiri. Mereka kata,
"Apa nak risau? Setiap anak-anak ada rezeki mereka masing-masing." 

Yer betul. Tepat sekali. Tapi semuanya dengan usaha ibu bapa lah kan?

Jadi apa usaha kita? Cukupkah gaji yang ada sekarang? Kalau sekarang pun cukup-cukup makan pakai.. Dengan adanya GST macam mana?

Nasihat saya, mulalah dengan langkah untuk berbisnes. Bisnes lah apa pun. Apa yang penting, cari ILMU, cari MENTOR yang telah berjaya dalam bisnes yang kita nak ceburi ni.

9/10 pintu rezeki adalah melalui PERNIAGAAN. Buatlah bisnes SEKARANG!

Sekarang ni kita rakyat Malaysia ada 2 pilihan:
  1. Kurangkan perbelanjaan dan sekatlah apa-apa yang dirasakan perlu (walaupun hakikatnya semua pun perlu)
  2. Buat bisnes dan TAMBAH PENDAPATAN!
Saya doakan, anda yang membaca Mamacilik.com akan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t.

Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk berhadapan dengan GST ni.

Sama-sama kita kaya, berjaya, bahagia, di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Wassalam.

Affni Shahida
Founder MamaCilik Empire

Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga MAMACILIK?
Tak tahu nak bisnes tapi perlukan pendapatan sampingan?

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

Sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif!

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Ye betull..Nak tambah pendapatan keluarga kena mula berbisnes.

    ReplyDelete