Berdosakah Memberi Minum Susu Ibu Kepada Bayi?

Assalamualaikum,

Apa khabar pembaca setia mamacilik.com sekalian? Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah s.w.t.

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa saya timbulkan persoalan tentang "Berdosakah kita memberi minum susu ibu kepada bayi?". Itulah persoalan saya kepada ramai orang di luar sana yang bukan setakat tidak menyokong, malah memandang hina terhadap usaha menyusukan bayi dengan susu ibu.

Sejak akhir-akhir ni saya sering dihujani dengan mesej-mesej daripada para pembaca mamacilik.com ni. Rata-ratanya dari kalangan ibu-ibu muda yang sedang memperjuangkan penyusuan susu ibu kepada anak mereka.

AYAT-AYAT KLISE PENYUSUSAN SUSU IBU
Hari ini juga saya didatangi lagi beberapa soalan mengenai hal ini. Seorang ibu yang masih di dalam tempoh berpantang. Seperti ibu-ibu lain sebelum ini juga, ramai yang mengadu mereka tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling mereka. 

Biasa tak anda dengar ayat-ayat klise seperti ni:

  1. Cucu mak tu lapar. Tak kenyang minum susu badan kamu tu. Sebab tu dia nangis je!
  2. Tengok tu, anak masukkan tangan dalam mulut. Dia lapar tu. Bagi lah minum susu formula jugak.
  3. Isk.. Kamu nak bagi susu ibu kat anak? Nanti kamu jugak yang susah. Asyik berkepit aje nanti. Dah masuk kerja nanti macam mana?
  4. Dia lapar lagi ni. Dah minum susu pun masih nangis!
  5. Tak payah la bagi susu ibu tu. Leceh nanti. Kamu juga yang penat. Tak cukup tidur. Nak kemana-mana susah.
Inilah yang selalu kita dengar kan? Banyak lagi sebenarnya. Jadi, sebagai ibu, apa kita perlu buat nak tangani hujah-hujah ni? Mesti serba salah kan? Lagi-lagi kalau yang cakap tu orang tua kita sendiri.

BAYI NANGIS BUKAN SEMATA-MATA LAPAR!


Kita juga perlu ada ilmu. Bayi nangis bukan sebab lapar semata-mata. Banyak lagi sebab kenapa bayi kita menangis. Selagi bayi kita kencing dan poo-poo, insyaAllah cukup susu untuk dia. Jangan kita risau yang bukan-bukan.

Kalau bayi masih nangis, cuba cari punca kenapa. Kadang kala ianya sekadar semudah bayi inginkan dakapan ibunya.

Dapatkan juga sumber-sumber nasihat dan bacaan. Anda juga boleh baca di laman web BabyCentre untuk mendapatkan info-info tambahan. Dapatkan juga sokongan daripada ibu-ibu lain yang pernah melalui fasa-fasa sebegini.

Bertabahlah wahai ibu-ibu. Memang banyak cabaran yang akan kita tempuh dalam perjalanan kita nak menyusukan anak. Sebab tu Allah dah janjikan pahala yang berlipat kali ganda untuk insan yang bergelar ibu. Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang penyusuan ibu kepada bayi-bayi yang baru lahir. Saya pernah kongsikannya. Jemput baca Kisah Susu Ibu di dalam Islam


Apa yang penting, kawal stress. Kalau stress nanti lagilah ganggu penghasilan susu tau. Keep calm. Rileks.. Kita sebagai ibu, kita ada mother's instinct (naluri ibu), kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita.

Saya doakan ibu-ibu di luar sana tabah dan terus perjuangkan penyusuan susu ibu ni yer.

Wallahualam.

SHAKLEE IS ALWAYS SAFE, WORKS, & GREEN!
SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN, & SEMULAJADI!

FREE CONSULTATION,
SHAKLEE CERTIFIED HEALTH CONSULTANT!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment