BAHAYA TEKANAN DARAH RENDAH WAKTU HAMIL!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allah beri kesihatan yang semakin membaik.

Pengalaman mengandung dengan tekanan darah yang rendah sangatlah mencabar! Lagi-lagi masa bulan puasa ni kan? Support daripada segala aspek memang sangat diperlukan. Support macam mana? Semestinya rahmat Allah, sokongan suami disisi, rakan sekerja yang memahami, sahabat-sahabat nutritionist dalam Shaklee yang banyak memberikan panduan, and of course supplement Shaklee yang banyak membantu saya.


Bila kita alami sendiri, belajar, kaji, bertanya, membaca, cari segala info berkaitan sesuatu masalah kesihatan, yang mana dalam keadaan sekarang ni adalah masalah tekanan darah rendah sewaktu mengandung, saya rasa sangat kagum. Amaze dengan relation setiap apa yang berlaku.

Walaupun saya merupakan lulusan teknologi, yang selalu berhadapan dengan komputer, mesin, logik, dan sebagainya, ilmu dalam nutrisi dan kesihatan merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk dibincangkan dan dipelajari.

MINGGU PERTAMA BERPUASA


Beberapa hari pertama berpuasa memang sangat mencabar. Dengan kandungan yang baru sahaja masuk trimester kedua waktu itu. Saya baru sahaja melalui fasa morning sickness selama 2 bulan. Alhamdulillah.. ianya berakhir menjelang Ramadhan.


2-3 hari pertama berpuasa saya diuji dengan demam dan selsema yang agak teruk. Tambah lagi dengan sakit kepala yang berpanjangan.

Memandangkan waktu kita mengandung adalah waktu dimana sistem daya tahan badan kita (imun) akan menjadi lemah, saya sangka ianya disebabkan migrain yang saya pernah alami waktu zaman persekolahan dulu. Memang dah lama tak kena. Tapi tak mustahil waktu mengandung ni ia datang balik kan.

Selepas jumpa doktor, rupa-rupanya ia bukan migrain tapi TEKANAN DARAH RENDAH! Bacaan tekanan darah saya hanya 90/55 sahaja. Doktor nasihatkan saya untuk tidak berpuasa kalau tekanan darah saya tetap rendah. Doktor kata, apabila tekanan darah rendah ia bermakna darah lambat sampai ke otak, sebab tu saya sakit kepala. Lagi membimbangkan jika nutrien lambat sampai kepada baby dalam kandungan ni. Bahaya!


Banyak ilmu baru yang saya dapat daripada discussion dengan doktor waktu tu. Ia menjadikan saya dapat merasai sendiri apa yang berlaku pada kesihatan saya jika saya ambil atau skip makan vitamins yang sepatutnya. Apa yang doktor kata dengan apa yang saya rasa dan alami, PERBEZAAN JIKA SAYA MAKAN VITAMINS DENGAN SAYA SKIP VITAMINS memang ketara. Yang pasti, apakah kombinasi vitamin yang betul untuk satu-satu keadaan kesihatan sangat penting untuk keberkesanannya.

SAKIT KEPALA MENYERANG LAGI

Semalam, sekali lagi saya diserang sakit kepala. Pelbagai faktor sebenarnya yang mempengaruhi. Dalam kes saya ni, saya terlebih aktif, banyak sangat fikir dan 'TER'SKIP MAKAN VITAMINS. Sebenarnya, TER. Tak sengaja. Weekend kan. Sibuk dengan aktiviti kat rumah, sampaikan lupa nak makan vitamin waktu sahur dan berbuka.

Bila dah namanya weekend, pergi shopping pulak tu lagi. So, waktu sahur pagi tadi, saya terfikir-fikir... "Nak makan paracetamol ke ni? Harini nak kena pergi kerja. Pastu puasa pulak tu. Kalau makan paracetamol pun setakat tipu otak kata tak sakit je. Bukan menyembuhkan pun. Hmm..."

Set Hamil terbaik abad ini. SELAMAT, SEMULAJADI, BERKESAN ^_^

Lama jugak saya berkira-kira. At last saya decide untuk TAK MAKAN paracetamol. Sebaliknya saya makan vitamins Shaklee untuk ibu mengandung (Set Hamil), dan saya add on GARLIC COMPLEX. Kenapa GARLIC? Apa kaitannya dengan tekanan darah rendah? Jemput baca tentang Garlic Complex DISINI.

Syukur sekali lagi, saya terhindar dan dapat elak daripada makan ubat yang berasaskan drugs. Saya rasa sihat pergi kerja harini. Seboleh-bolehnya, saya nak yang terbaik untuk baby dalam kandungan ni dengan mengamalkan vitamin semulajadi. Oh ya, pastikan badan kita cukup air pun sangat penting ok. 


Ini adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan sewaktu tekanan darah rendah

Nasihat saya untuk ibu-ibu mengandung di luar sana, badan kita, kita je tahu rasa macam mana. Keperluan vitamin dan nutrien setiap individu adalah berbeza. Pastikan anda dapat consultation yang betul yer.

Sekian untuk hari ini. Wassalam.

Affni Shahida

Certified Shaklee Nutrition Consultant

INGIN MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN KELUARGA ANDA?
Ingin mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk anda dan keluarga?
Berminat mendapat pendapatan sampingan seperti saya?

Hubungi saya:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment