Awas! Bahaya Low HB Kepada Ibu Hamil !!!

Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry yang lepas, mengenai nutrisi dan bagaimana saya berusaha memastikan saya dan baby dalam kandungan ni cukup nutrisi yang diperlukan. Saya juga ada menyentuh sedikit mengenai makanan yang boleh membantu ibu-ibu mengandung yang mengalami low hemoglobin (hb) atau kurang darah ketika mengandung.

Ada yang hubungi saya dan bertanya, bahaya ke kalau low hb ni? Apa akan jadi kalau kadar hemoglobin dalam darah kita tak meningkat? Bahaya ke?

Memandangkan masalah low hb ni sangat lazim dan sering kita dengar terutamanya dialamai oleh ibu-ibu mengandung, so hari ni saya nak share dengan anda tentang bahaya kurang darah atau low hb dikalangan ibu-ibu mengandung dan adakah ia akan menjejaskan keselamatan baby juga?!!

APA ITU LOW HB?

Selalu dan sering kita dengar orang kata dia mengalami low hb. Lagi-lagi ianya sering dialamai oleh ibu-ibu mengandung. Tapi apa sebenarnya yang dikatakan low hb ni? Apa yang pasti, ia lain dengan tekanan darah rendah yer. Itu adalah low blood pressure (BP). Jangan confuse ok.


Hemoglobin merupakan protein yang terkandung di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ke sel-sel lain dalam badan. 

Low HB atau anemia adalah di mana badan kita mengandungi KURANG sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Anemia terjadi apabila haemoglobin adalah kurang daripada 11g.dl

MENGAPA IANYA SERING TERJADI KEPADA IBU HAMIL?

Semua ibu hamil berisiko mengalami anemia. Ini disebabkan keperluan zat atau nutrisi yang lebih diperlukan oleh ibu untuk disalurkan sama kepada bayi di dalam kandungan.

Sebab itulah kita sering dengar ibu hamil memerlukan zat besi dan asid folik yang lebih daripada biasa. Ibu hamil lebih berisiko untuk mengalami anemia sekiranya:
  • Muntah yang teruk akibat daripada morning sickness
  • Jarak kehamilan yang rapat daripada yang sebelumnya
  • Hamil di usia remaja
  • Hamil anak kembar
  • Kurang pengambilan makanan yang mengandungi zat besi
  • Penghidap anemia sejak sebelum mengandung

JENIS-JENIS ANEMIA SEMASA HAMIL

Terdapat beberapa jenis anemia yang boleh berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya:
  1. Anemia Disebabkan Kekurangan Zat Besi / Iron
    - Ianya berlaku apabila badan mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan heamoglobin. Heamoglobin bertugas sebagai protein dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ke paru-paru dan seluruh badan kita. Ini yang sering terjadi kepada golongan ibu hamil.
     
  2. Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik
    - Tubuh badan kita memerlukan asid folik untuk membantu menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat.Ibu hamil semestinya memerlukan asid folik yang lebih daripada individu biasa. Kurangnya asid folik bagi ibu hamil akan menyebabkan badan tak dapat menghasilkan sel-sel darah merah dengan baik. Lagi merisaukan apabila kekurangan asid folik ni boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat bayi yang baru lahir.
     
  3. Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12
    - Vitamin B12 adalah sangat penting dan diperlukan dalam membentuk sel-sel darah merah yang sihat. Diet dan nutrisi yang seimbang adalah sangat penting untuk ibu supaya badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Ibu hamil yang tidak makan atau kurang pengambilan daging, produk tenusu, telur, akan berisiko tinggi kekurangan vitamin B12. Kecacatan kelahiran dan risiko bayi pra-matang juga boleh berlaku!

TANDA-TANDA KEKURANGAN ZAT BESI / IRON

Sebelum kita nak tahu tanda-tanda kekurangan zat besi/iron ni, mestilah kita kena tahu BERAPA jumlah zat besi yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.

Jumlah bagi setiap kategori wanita adalah berbeza-beza seperti yang tertera di atas.

Jika kita lihat terdapat tanda-tanda ini sewaktu hamil, ia merupakan simptom kepada anemia:
  1. Kulit, bibir, dan kuku kelihatan pucat
  2. Sering rasa letih dan lemah
  3. Sering mengalami pening
  4. Rasa sukar untuk bernafas / nafas pendek
  5. Denyutan jantung laju
  6. Mengalami kesukaran untuk fokus

RISIKO ANEMIA SEWAKTU HAMIL

Hati-hati bagi yang mengalami anemia yang agak teruk sepanjang kehamilan jika ianya TIDAK DIRAWAT

Ia boleh meningkatkan risiko:
  1. Kelahiran pra-matang dan bayi yang kurang berat sewaktu lahir
  2. Terpaksa menjalani penambahan darah (blood transfusion) sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  3. Kemurungan selepas bersalin
  4. Bayi menghidap anemia
  5. Bayi yang mengalami lewat perkembangan
  6. Bayi mengalami kecacatan kelahiran pada tulang belakang mahupun otak
Nauzubillahiminzalik...

CARA NAIKKAN HB SEWAKTU HAMIL

Bagi ibu-ibu hamil yang mengalami HB rendah seperti saya sebelum ni, kebiasaannya doktor akan bekalkan supplement Iron Tablet dan Asid Folik disamping vitamin-vitamin lain dalam tempoh kehamilan.

Dalam pada tu, doktor semestinya akan menekankan tentang pengambilan makanan yang mengandungi tinggi zat besi dan asid folik seperti:
  1. Daging
  2. Kerang-kerangan
  3. Organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru)
  4. Produk tenusu
  5. Sayur bayam
  6. Telur
  7. Kekacang
  8. Jus buah-buahan - kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dengan lebih efisyen
  9. Yis / Marmite

RAHSIA SAYA DAPAT NAIK DAN KEKALKAN HB SIHAT SEWAKTU HAMIL

Macam yang saya bagitahu sebelum ni, tiada rahsia lain pun selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dengan nutrisi yang cukup. Macam mana nak pasti cukup tu eh?

Saya memang mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi untuk ibu hamil keluaran Shaklee ni. Perkara yang paling penting adalah bagaimana cara pengambilan vitamin ni supaya kita dapat penyerapan yang optimum dalam badan. Sebagai pakar nutrisi dan produk yang diiktiraf oleh Shaklee sendiri, saya akan bantu dan beri nasihat kepada customer saya sebaik yang mungkin. InsyaAllah.. ^_^

Semoga perkongsian hari ni bermanfaat kepada anda semua. Anda boleh SHARE perkongsian saya ni jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda. Jika bukan anda pun, mungkin untuk isteri, kakak, adik, atau sahabat dan kenalan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya. ^_^

Anda ada sebarang kemusykilan?
Hubungi saya, AFFNI. 
Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment