11 TIPS SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN YANG ANDA PERLU TAHU!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca setia MamaCilik.com.

Di sini saya ada sedikit bahan bacaan yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Terutamanya para ibu, mama, mommy, umi, bonda, yang bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi. Ya, sememangnya kita berharap untuk melahirkan bayi secara normal. Namun, persediaan mental dan fizikal serta ilmu mesti dilakukan juga.

Jom kita tengok tips-tips mudah yang boleh kita amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat!

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. 

Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.