Pembunuh Senyap Punca Sahabatku Pergi Selamanya


Perginya seorang sahabat lama saya baru-baru ni membuatkan saya banyak berfikir. Kehilangan pada 18 September 2015 yang lalu masih lagi mengejutkan ahli keluarga dan sahabat handai.

Perginya arwah ke rahmatullah sangat tidak disangka. Sekelip mata jika Allah kata "kun fayakun". Jadi, maka jadilah ia.

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita, kami di Whatsapp group kelas 5 Usaha (batch 2000) mendapat tahu bahawa arwah telah kembali ke rahmatullah buat selamanya.

Meninggalkan seorang isteri bersama-sama dua orang anak yang masih kecil, 6 tahun dan 2 tahun. Masih terlalu kecil untuk merasai dan memahami erti kehilangan seorang abah. Allah... Tak habis fikir saya dibuatnya. 

APA YANG TERJADI?

Saya difahamkan, arwah tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu makan malam dan kemudian pergi buat selamanya 5 minit selepas itu. Ia berlaku dengan sangat pantas!

Awas! Bahaya Low HB Kepada Ibu Hamil !!!

Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry yang lepas, mengenai nutrisi dan bagaimana saya berusaha memastikan saya dan baby dalam kandungan ni cukup nutrisi yang diperlukan. Saya juga ada menyentuh sedikit mengenai makanan yang boleh membantu ibu-ibu mengandung yang mengalami low hemoglobin (hb) atau kurang darah ketika mengandung.

Ada yang hubungi saya dan bertanya, bahaya ke kalau low hb ni? Apa akan jadi kalau kadar hemoglobin dalam darah kita tak meningkat? Bahaya ke?

Memandangkan masalah low hb ni sangat lazim dan sering kita dengar terutamanya dialamai oleh ibu-ibu mengandung, so hari ni saya nak share dengan anda tentang bahaya kurang darah atau low hb dikalangan ibu-ibu mengandung dan adakah ia akan menjejaskan keselamatan baby juga?!!

APA ITU LOW HB?

Selalu dan sering kita dengar orang kata dia mengalami low hb. Lagi-lagi ianya sering dialamai oleh ibu-ibu mengandung. Tapi apa sebenarnya yang dikatakan low hb ni? Apa yang pasti, ia lain dengan tekanan darah rendah yer. Itu adalah low blood pressure (BP). Jangan confuse ok.


Hemoglobin merupakan protein yang terkandung di dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ke sel-sel lain dalam badan. 

Low HB atau anemia adalah di mana badan kita mengandungi KURANG sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Anemia terjadi apabila haemoglobin adalah kurang daripada 11g.dl

MENGAPA IANYA SERING TERJADI KEPADA IBU HAMIL?