Kata-kata Arissa Buat Mama Ingat Mati!

Assalamualaikum sahabat pembaca setia mamacilik.com! 😃

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang ucap selamat dan doakan saya sempena hari lahir saya semalam. Dah 33 tahun saya hidup di dunia ni. Dunia ni hanya sementara, persinggahan singkat yang Allah pinjamkan sebelum melangkah ke alam yang abadi.

Sangat banyak ucapan yang saya terima semalam. Alhamdulillah.. Syukur saya masih punya sahabat, kenalan, jiran tetangga, keluarga yang ramai, ambil berat, dan mendoakan yang baik-baik untuk saya di dunia dan akhirat.

Jom kita tengok antara ucapan dan doa yang saya terima semalam:

Ucapan Selamat Hari Lahir daripada leaders di bawah Empayar Maria Firdaus

Ucapan selamat dan doa daripada Mamacilik Shining Stars ^_^


SMS diterima daripada mentor bisnes saya, Master Zahirah & Master Hafizan 

 As usual, gila-gila chit chat with my beloved family. Hehe..
Setelah 33 tahun baru tau kisah kelahiranku. 
Waktu melawat tengahari baru abah dapat jumpa anak sulung dia ni. ^_^
Ohh.. Mama dah wish personally. Special one. So takleh share. *wink*

 Ucapan daripada family di Sarawak! Miss them so muchh..


Birthday wishes daripada NCO Warrior Ladies. Sayang korang semua! 

So mana yang Arissa cakap tu??

Ha.. Jom baca selanjutnya...

KISAH 12 OKTOBER 2016

Bermula dari pagi sebelum subuh saya terima ucapan dari suami tercinta. Saya bangun tengok Yusri tengah mengadap laptop. Saya ingatkan dia buat kerja office. Rupanya dia tengah tengok-tengokkan blog mamacilik.com ni. Mana yang perlu upgrade dan maintain.

"Terima kasih, abang" 😍

Seperti biasa rutin setiap hari, pagi pergi kerja dan dah senja barulah sampai ke rumah. Tak ada apa yang istimewa pun sepanjang hari tu, cuma ucapan "Happy birthday" daripada kawan-kawan office.

Sampai je rumah.. Masih lagi macam biasa. Cuma....

Masa nak bukak pintu, tiba-tiba Arissa dan Alina yang menyapa di pintu.

Arissa: Mama tutup mata! Jalan pergi kat sana! Mama jangan bukak mata tau!
(Excited Arissa)
Mama: Macam mana mama nak jalan kalau tutup mata?
Alina: Cepat mama tutup mata!

Ok. Saya pun tutup la mata. Sambil Alina pimpin tangan saya pergi ke meja makan. 

Arissa: Ok mama bukak mata. Surprise!!!


Ni gambar selepas tiup lilin. Sebelum tu tak sempat nak snap gambar. Tapi keadaannya samar-samar cuma ada nyalaan lilin je.

"Happy birthday to you..
Happy birthday to you...
Happy birthday to mama...
Happy birthday to you!"

Arissa: "Happy birthday mama!"
Alina: "Happy birthday mama!"
Ammar: "Eppy beday to you, mama!" (Dengan pelat dia) 😄

Anas?? Anas melopong je tengok apa la kakak-kakak & abang dia buat ni? Hehhee..

Since then, sampai la pergi makan kat luar, dan balik rumah, anak-anak asyik wish happy birthday je sambil big hugggsss. Sikit-sikit whish "Happy Birthday Mama!", then datang big hugsss.. Sambil lentok-lentok masing-masing. Manja sangat! Hehe..

Tengah happy-happy tu, tiba-tiba Arissa cakap,  

"Mama, nanti mama meninggal ke? Mama meninggal nanti saya sedih."

Aik? Tengah happy-happy ni boleh pulak cakap pasal meninggal? Tersentap jugak la saya sekejap. Tak tau nak jawab apa. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu? 

"Kakak nak mama meninggal cepat ke? Nanti kakak tak ada mama. Tak apa ke kakak tak ada mama?"

Muka Arissa dah 'stress' dan sedih sambil geleng. Saya pulak rasa nak nangis. Takut juga bila Arissa sebut pasal meninggal ni. Bersediakah saya? Macam mana pula dengan anak-anak nanti?

"Kan mama dah birthday, nanti mama makin tua lepas tu meninggal masa kakak dah besar. Kakak taknak mama tua cepat-cepat."

Ohhh.. Itu rupanya dia fikir. Birthday = Umur meningkat = Makin Tua = Meninggal. Hmm... Jauh betul fikiran dia melayang. Umur belum pun 7 tahun dah fikir macam tu. Hmm..

So saya pesan kat dia,  

"Kakak kena la doa mama panjang umur, murah rezeki, dapat tengok kakak and adik-adik membesar. Kakak kena jadi budak baik, kakak yang baik, dengar cakap mama & papa......"

Lepas tu baru la Arissa ok sikit. Ingat dah habis dah pasal tu. Sambung lagi..  

"Ok kakak doa mama dapat capai umur 34 tahun" 😅

Dah budak kan memang naif. Kita la kena ajar anak-anak ni macam mana kan? Pesan yang baik-baik. Tunjuk contoh yang baik-baik. Anak-anak ni cermin kita. Kalau kita rasa anak-anak nakal, lasak, tak dengar kata, semak balik diri kita ni macam mana. Bukan sekolah, bukan pengasuh, tapi kita ni lah guru nombor 1 anak-anak.

The girls - Bersama Arissa & Alina di hari ulang tahun Mamacilik ke 33 tahun

The boys - Bersama Ammar & Anas di hari ulang tahun Mamacilik ke 33 tahun

Saya anggap ini juga merupakan salah satu pesanan yang Allah hantar untuk saya melalui Arissa. Allah nak kata,  

"Umur dah meningkat ni. Ingatlah mati. Mati tu boleh tiba bila-bila masa je. Hanya Allah yang tahu. Tingkatkan ibadah, perbanyakkan amal jariah. Buat baik kepada semua orang. InsyaAllah beroleh keberkatan, kekayaan, kejayaan, dunia dan akhirat."

Itulah kisahnya 12 Oktober 2016, genap umur saya 33 tahun. Dalam pada kita bergembira menyambut hari kelahiran, ingatlah bahawa, masa kita di dunia ni semakin singkat. Semoga dapat jumpa tahun akan datang untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah dah beri. InsyaAllah.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca hingga ke akhirnya. Sampai berjumpa lagi.

Wassalam.

Affni a.k.a Mamacilik
Founder Mamacilik Empire


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

3 comments :

  1. Happy birthday Kak affni. A.k. a mama cilik...

    Semoga success dunia akhirat.

    'andai di Syurga nanti, jika kita belum bertemu... Seru la namaku..'

    Sehingga berjumpa lagi...

    Sayang kerana Ilahi,

    Anisah (AsyrafAnisah.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Anisah. Terima kasih atas ingatan dan doanya.
      Sayang Anisah juga.. ^_^

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete