YOUTH Skin Analysis & Fitness Check Di Shaklee!


By: Affni Shahida Jamaludin a.k.a MamaCilik

Kita selalu dengar ramai yang sarankan untuk buat health check up sekurang-kurangnya sekali setahun kan?

Haa.. Tapi yang nak cerita ni bukan health check up yang macam tu. Ni lain sikit. Ia lebih kepada:

✅ InBody Fitness Check
✅ Bone Analysis
✅ Skin Analysis

Apa dia 3 jenis check up yang Shaklee sediakan ni?


1. IN BODY FITNESS CHECK

Fitness Check ni terdiri daripada body composition, obesity diagnosis, dan muscle-fat control.

Body Composition terdiri daripada:

🌀 Berat badan
🌀 Jisim otot
🌀 Jisim lemak badan
🌀 Jumlah air dalam badan
🌀 Protein
🌀 Mineral dalam badan ⬅️ Haa.. yang ni nak tengok kandungan nutrien dalam badan kita ni mencukupi ke tak?!!

Obesity Diagnosis pula terdiri daripada:

🌀 BMI - Body Mass Index. Nak tengok sama ada berat kita ni sesuai ke tak dengan ketinggian kita.
🌀 PBF - Percent Body Fat. Berapa peratus lemak dalam badan kita?
🌀 WHR - Waist Hip Ratio ⬅️ Yang ni nak tengok bentuk badan kita ni seimbang ke tak? Epal ke pear? 😝
🌀 BMR - Basal Metabolic Rate ⬅️  Metabolisma kita ni tinggi ke rendah. Tu yang bezakan bila kita makan tu senang naik ke senang maintain ideal weight.

So.. Yang last untuk InBody fitness check ni adalah Muscle Fat Control. Muscle Fat Control ni untuk tengok berapa muscle yang kita kena bina (build), dan berapa pula lemak yang kita kena kurangkan/tambah. Terpulang kepada result masing-masing la kan. 

InBody Fitness Check at Shaklee
Gambar atas ni adik bongsu Mamacilik. Alang-alang pergi buat health check kat Shaklee, kitorang bawa sekali adik-adik memandangkan diorang pun tengah cuti semester & sorang lagi tunggu result SPM kan.

Shaklee Nutritionist tengah explain tentang apa yang akan di evaluate dengan machine ni

Ready untuk machine tu baca composition badan kita

Turn Yusri untuk buat InBody Fitness Check
Dari sini lah nanti kita akan tau tahap kesihatan dan fitness badan kita secara detail. Banyak otot ke, banyak lemak ke, banyak air ke...

Ye.. Masa sesi dengan nutritionist ni la baru saya tau jumlah air dalam badan pun diambil kira untuk fitness. Ingatkan lemak dan otot je diambil kira. Hehehehe... 

Fitness Evaluation In Progress for Yusri
Mamacilik datangggg jalan kat belakang nak tengok result yang in progress Yusri. hehehe..

Settle dah InBody examination
Jeng.. Jeng.. Jeng... Apa keputusannya?? 
^_^

Ini dia keputusan InBody Fitness check:

My fitness score overall is 76

Based on keputusan kat atas ni,  secara puratanya, kandungan protein, minerals, lemak dalam badan CUKUP! Yeay! Iyee... badan kita pun perlukan lemak sikittt. Alhamdulillah. Nasib baik konsisten makan Vitalea (multivitamin), ESP, dan supplemen basic yang lain, sebab nak jaga intake makanan seimbang yang cukup nutrisi memang tak senang la zaman sekarang ni. 

Sekarang ni saya perlu fokus gain muscle sebanyak 3.4kg dan kurangkan lemak sebanyak 300gram je. Hehehehe.. Kira aci la tu kan? Tak payah nak reduce lemak pun takpe la kot kan setakat 300 gram je. Tapi nak gain muscle tu need more exercise nampak gayanya. Sekarang ni muscle saya lebih tertumpu pada otot lengan. Sado la pulak MamaCilik ni kan!

Selain daripada exercise, pemakanan harian pun penting. Kena tambah intake protein untuk build muscle. Since saya masih lagi menyusukan baby Anis, so protein yang sesuai semestinya ESP! Yeay!

Jom tengok result InBody Fitness untuk Yusri pulak...

Yusri's fitness score is 79

Untuk Yusri, muscle dia banyak! Wow! Sado rupenye my other half ni. Tapi kena careful on lemaksss sebab sama naik banyaknya dengan muscle. Hehe.. 

Yang ni memang kena work on turunkan kalori intake di samping excercise yang bersesuaian dengan orang yang ada history slipped dics. Excercise yang paling sesuai adalah swimming! Dapatlah anak-anak tumpang sekaki ikut papa diorang pergi swimming kannn. Hehe.. InsyaAllah boleh la turunkan berat badan & lebih fit.

Bagi orang normal (bukan ibu menyusu) yang nak maintain muscle apatah lagi nak build muscles, CINCH SHAKES paling sesuai. Ia mengandungi Leucine yang sangat membantu dalam pembinaan otot tau!

Syukur alhamdulillah, bila kita konsisten makan supplement semulajadi Shaklee ni, kandungan minerals, protein, dalam badan kita adalah pada tahap optimum!

Best sangat tau bila kita tahu tahap kesihatan dan fitness badan kita. Mana yang kurang kita boleh tambah baik. Mana yang terlebih tu, kena kurangkan untuk kesihatan yang lebih baik.

Alhamdulillah.. Hasil result untuk kami, paling best bila dapat tahu kandungan minerals dalam badan kami adalah pada tahap yang optimum. Berkesan la apa yang kami makan vitamins sejak 2011 dulu terutamanya Vitalea, multivitamin yang dah berumur 100 lebih tahun di dunia!

2. BONE ANALYSIS 

Seterusnya.. Kita buat Bone Analysis pulak. Yes! 

Ini sebenarnya yang saya nakkkkk sangat tahu resultnya. Agak-agak kenapa laaa saya nak sangat tahu status/condition tulang yer? Penting ke??

Kita terutamanya wanita ni sangat cenderung untuk dapat osteoperosis. Tau kan osteoperosis tu apa?

Osteoperosis ni adalah keadaan di mana, tulang kita ni sangat rapuh. Tulang kita tak padat. Sebab tu ada orang yang jatuh sikit terus patah kaki. Lagi parah kalau yang terlanggar sikit je kaki meja, patah jari kaki atau retak tulang kat betis contohnya.

Biasanya kita tengok kalau generasi mak atau nenek kita, kalau jatuh mesti susah dah nak pulih tulang kaki atau pinggul kan? Sebab condition tulang ni la. Tak padat.

Tapi kenapa ye golongan wanita yang lebih cenderung untuk dapat osteoperosis ni?

Wanita alami proses semulajadi badan kita sejak remaja iaitu kitaran haid setiap bulan. Bila dah kahwin, kita mengandung, bersalin, menyusu pula. Proses ni sentiasa ada pada wanita yang normal. 

Tahu tak kejadian proses yang dialami wanita saban bulan dan tahun memerlukan banyak kalsium? Banyak tau kalsium yang digunakan dan diperlukan dalam proses-proses ni.

Susu? Yes memang kita kata kita minum susu sejak kecil.

PERSOALANNYA....

❗️Adakah kita boleh pastikan kita minum susu setiap hari tanpa gagal
❗️Cukupkah pengambilan 1000-1200mg kalsium kita setiap hari? 
❗️Berjayakah badan kita serap 100% kalsium yang kita ambil tu?


Yusri pun join sekali check kepadatan tulang
Memandangkan Yusri sangat perlu tulang yang padat dan kuat sebagai sokongan badan daripada sejarah mengalami slipped disc beberapa tahun dulu, jadi kita buat bone check terus. Check up ni penting supaya kita tahu tindakan apa yang perlu kita ambil untuk kekal sihat dan cergas.

Ammar tanya, "Sakit ke papa?" 😄
Check tu sekejap je. Anggaran dalam 5 minit. Pastu keluar lah result kepadatan tulang.

Based on result yang dapat tu...

Bone Analysis Result saya NORMAL!
Syukur sangat-sangat bone density / kepadatan tulang saya masih lagi normal

Tapi itu pun nak kena extra careful sebab walaupun normal, kalau tak jaga bila-bila je kepadatan tulang kita merosot. Lagi-lagi sekarang kan masih lagi menyusukan baby Anis. Dah alami 5 kali proses pregnant, bersalin, menyusu pulak tu.

Cuba tengok graf yang belah kiri tu. Titik tu menandakan tahap di mana ketumpatan tulang kita. Sekarang ni kena aim supaya titik tu untuk berada jauh ke atas lagi. Nutritionist Shaklee tu kata, lagi tinggi titik tu berada, lagi padat dan kuat tulang kita.

So lepas ni memang kena konsisten makan Ostematrix untuk pastikan kalsium diambil setiap hari dan yang paling penting, dapat diserap sepenuhnya oleh badan kita. Secara jujurnya minum SUSU SAHAJA TAK CUKUP untuk keperluan kalsium harian.

Sebelum ni konon-konon bila hari yang saya minum susu, saya akan ambil separuh je Ostematrix daripada yang sepatutnya setiap hari. Lepas ni kena ambil seperti yang disarankan lah walaupun minum susu.

Bawah ni result bone density analysis untuk Yusri pulak. Jom tengok di mana letaknya titik pada graf tu!

Bone Analysis Yusri pun NORMAL!

Wow! Amazing!!

Score bone density Yusri lebih tinggi daripada saya. Jauh lebih tinggi tau. Tu maksudnya kepadatan tulang Yusri lebih baik, lebih padat dan kuat!

Salah satunya mungkin faktor Yusri adalah lelaki yang tak alami proses-proses yang saya cerita tadi. Yang mana semua wanita alami dalam hidup. Tapi satu lagi apa yang saya perasan, Yusri sangat komited dalam pengambilan Ostematrix setiap hari. Dia minum susu ke, tak minum susu ke, Ostematrix Yusri ambil sepenuhnya seperti yang di recommend. Takde main diskaun-diskaun macam saya. Hahaha...

Yusri ambil Ostematrix tu pun sebenarnya bukan semata-mata sebab kalsium tapi memandangkan Yusri kadang-kadang ada alami sciatica pain (again, dengan history slipped dics), Vitamin D dan Magnesium di dalam Ostematrix juga bantu legakan sciatica pain tu. Kira macam bantu dalam pain management disebabkan sciatica nerve.

Memang syukur sangat-sangat kenal Shaklee dan konsisten ambil supplement Shaklee. Kesihatan kami sekeluarga memang improve dengan sangat banyak! Memang fall in love dengan Shaklee sangat! Yang paling penting, ianya SELAMAT & TERBUKTI BERKESAN!

Haa.... Bila dah dapat result, excited la jadinya. Ini la satu lagi yang bestttt sangat bila tahu tahap kepadatan tulang kami NORMAL! Kami tak osteopenia apatah lagi osteoperosis tau!

3. SKIN ANALYSIS 

Memandangkan sekarang ni memang tengah trend pasal YOUTH skincare Shaklee yang baruuu je launch tu, kami ambil peluang juga untuk jalankan Skin Analysis ni. 

Machine ni pun Shaklee invest untuk semua Shaklee Family Members. Lagi-lagi dengan pelancaran YOUTH Skincare yang dah terbukti boleh meremajakan kulit sehingga 10 tahun lebih muda, kita buat la skin analysis ni sebelum kita nak guna YOUTH tu nanti. 

Nanti lepas dah guna YOUTH untuk satu tempoh, kita repeat la lagi skin analysis ni. 😍

Adik bongsu, Afiqah (18 tahun) tengah buat skin analysis
Yusri pula buat skin analysis
Ini pun adik bongsu jugak. Adik bongsu abang dia la.. Hehe... Tengok, lelaki pun nak tau tahap kesihatan kulit dia tau. Tak nak kalah dengan MamaCilik tu. Takut nanti orang kata kahwin dengan budak sekolah keee??? Hahaha..

Check tahap kelembapan kulit

Jom tengok result daripada skin analysis ni...

Skin Analysis ke atas muka saya - Kulit kering!
Kulit saya kering walaupun tak ada pun nampak mengelupas. Bila kulit kering, lagi senang la nak nampak tanda-tanda penuaan macam kedutan (wrinkles). Nasib baik la walau dah nampak ada wrinkles tapi umur saya masih sama lagi macam yang machine tu evaluate.

Ni yang tak sabar nak guna Youth ni sebab ia terbukti boleh buat kulit kita muda 10 tahun lebih muda! Yeah!

Skin tone pun nak kena perbaiki. Untuk skin tone ni memang sebelum ni dah terbukti dapat diselesaikan dengan Collagen Powder & ESP. Saya je stop haritu sekejap nak tengok apa jadi. Memang kita perlu collagen daripada supplemen sebab makin berumur kita, badan kita akan kekurangan kolagen. Itu fakta.

Skin Analysis ke atas muka Yusri - Kulit berminyak!
Bila dah tau keadaan kulit, kesihatan kulit masing-masing, senang untuk kita take action apa yang patut kan? Minum banyak air kosong, makan supplement wisely. Supplement pun kena tengok mana yang sesuai untuk kulit kering, vitamin mana pulak yang sesuai untuk kulit berminyak.

Dah cukup nutrisi kita beri dari dalam badan, boleh la kita ikhtiar dengan penjagaan luaran pula. Youth ni la yang paling best sebab Youth memang dibuat untuk semua jenis kulit! Apa yang penting, cara pemakaian yang sangat simple dan steps yang betul tu sangat perlu untuk keberkesanan yang marvelous!

After all, sesi consultation dengan Shaklee nutritionist ni memang best sangat & berbaloi! Banyak sangat yang kita tahu tentang tahap kesihatan kita inside out.

Dah alang-alang sampai Shaklee, kita test sekali sample YOUTH yang jadi igauan seluruh rakyat Malaysia sekarang ni! Boleh terus apply kat muka kita tau.


YOUTH IS NOW HERE IN MALAYSIA!


Macam duta Youth kan? Hehe..
Kalau ada yang berminat nak try sample YOUTH, nak try apply pada kulit especially yang ada kulit sensitif, boleh inform saya yer. Saya bawa pergi untuk cuba Youth Skin Care!

Ini fullset YOUTH sekali dapat Beg YOUTH
Beg ni bukan calang-calang tau! Nak tau standard dia boleh tengok kat zip. Haaa... Siapa yang biasa beli beg-beg branded tau la macam mana. Hehe..



Baby Anis Safiya pun nak join tengok YOUTH dengan acik dia. Apa la agaknya yang baby Anis fikir tu. Kejap tengok YOUTH kejap tengok acik. Hehe..

So kalau ada antara anda nak dapatkan YOUTH siap dengan FREE skin analysis, boleh roger saya, AFFNI @ MamaCilik. Limited session untuk skin analysis. WhatsApp sekarang tau!


012-2207966

SEKARANG!

Boleh juga klik sini  --> YOUTH PROMO!




Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment