Confinement Lady Vs Jagaan Mak

Siapa kat sini, hire confinement lady untuk penjagaan selepas bersalin? Angkat tangan!

Siapa pula yang masih mengharapkan perhatian mak untuk jagaan selepas bersalin?

Apa pun pilihan kita, semestinya ianya yang terbaik untuk kita kan? Tak semestinya yang terbaik untuk orang itu juga terbaik untuk kita. Situasi setiap orang berbeza kan?

CONFINEMENT LADY Vs JAGAAN MAK


Zaman sekarang ni semakin ramai sebenarnya yang perlukan khidmat confinement lady (CL). Saya sendiri pun turut ambil khidmat confinement lady ni waktu bersalin anak ke-5. Sebenarnya dari anak sulung lagi saya cari confinement lady ni tapi tak jumpa. After 8 years baru lah agak mudah nak jumpa confinement lady ni di bandar-bandar besar macam KL ni.

Demand atau permintaan khidmat CL ni sangat tinggi tau. Macam saya kata tadi, after 8 years baru mudah nak jumpa CL kan? Tapiii.. Agak susah juga nak dapatkan CL yang available kalau kita tak book awal. Dah jadi macam kewajipan pulak kalau nak book CL kena seawal 4 bulan kandungan lagi!

Kenapa perlu khidmat Confinement Lady?

Macam saya sendiri, untuk anak yang sulung hingga anak ke-4, khidmat CL sangat saya perlukan sebab kedua mama & mama mertua saya masih bekerja. Jadi takkan nak harapkan mereka ambil cuti untuk jaga saya kan? Bukan sekejap tu. 

Tapi malangnya memang tak jumpa CL yang available dan sesuai waktu tu. Sudahnya, memang berpantang sendiri dan jaga diri sendiri je lah kan? Berpantang sendiri bukan mudah ya!

Mungkin ada segelintir wanita tak kira yang dah ada anak atau tidak yang beranggapan, "Eh? Kena ke ada orang jaga masa berpantang? Jangan mengada-ngada boleh tak?"

Ini bukan soal mengada ya. Juga bukan soal manja. Penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin sangatlah penting. 

Saya bersyukur sangat sebab kenal supplement Shaklee sejak waktu berpantang anak kedua. Set Bersalin Shaklee sangat sangat membantu saya lebih sihat, hampir tidak stress, dan ceria!

Selepas bersalin anak ke 5, saya berjaya dapatkan khidmat CL untuk 7 hari. Jumlah pakej 7 hari tahun 2017 adalah RM1000. Alhamdulillah, saya dapat berpantang dengan betul, dapat urutan, bertangas, bertungku, berbengkung dengan selesa dibantu oleh CL. CL juga mandikan baby dan masakkan makanan berpantang untuk saya. Best kan ada CL!

Kenapa pula ada yang lebih suka mak jaga?

Salah satu sebab sesetengah wanita selepas bersalin lebih suka mak sendiri yang jaga disebabkan oleh nak bermanja dengan mak, boleh dapat perhatian lebih dari mak, tidak selesa dengan kehadiran orang luar untuk penjagaan berpantang di rumah. Mungkin!

Apa yang biasa mak boleh bantu adalah, masak makanan kita untuk berpantang, teman kita supaya tidak berseorangan dengan baby, dan bantu tengok-tengokkan keadaan kita dan baby.

Tapi semestinya mak kita tidak dapat nak mengurut, buatkan tangas, bantu bertungku, juga berbengkung kecuali lah mak kita memang ada skill perbidanan. Lagi pula, kesian kan mak kita dah tua tapi masih perlu gunakan tenaga dia untuk jaga kita.

Pada pendapat peribadi saya, tak salah nak mak jaga. Apa kata, mak jaga kita hanya dengan pantauan sahaja tetapi kita tetap ambil khidmat confinement lady untuk jaga dan rawat kita selepas bersalin? Mak pun tak penat, kita pun dapat dirawat dengan lebih sempurna. Betul?

Jadi apa pula pilihan anda?

THE WALKING BEAUTY TEAM sedang menawarkan khidmat-khidmat confinement lady TWB dengan menggunakan produk-produk organik Shaklee, bermula October 2018!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut,

Hubungi AFFNI di 012-2207966 untuk tempahan slot penjagaan berpantang oleh team TWB di seluruh Malaysia!


Affni Shahida
A member and Certified Trainer
The Walking Beauty Project

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment