Pemeriksaan Tulang Yang Ramai Wanita Ambil Mudah!



BONE DENSITY HEALTH CHECK

Hari ni Kak Aff nak share results BONE DENSITY TEST Kak Aff & Yusri. Kami buat test ni untuk tahu kepadatan tulang masing-masing. Inilah pemeriksaan tulang yang ramai wanita ambil mudah, apatah lagi lelaki!

Pemeriksaan tulang ni sepertinya langsung tidak dititikberatkan di mana-mana institusi kesihatan sehinggalah kalau ada kes retak kaki atau patah jari kaki HANYA disebabkan tersepak kaki meja! 


Lagi sadis apabila kes-kes ini berlaku pada mereka yang masih berumur 30-an. Aduhh.. Rapuhnya tulang kita kan!

Sebelum Kak Aff masuk ke dunia nutrisi ni, Kak Aff pun sama. Tak tahu pun tentang pemeriksaan tulang ni untuk check kepadatannya, kesihatan tulang kita. Tak ada siapa pun pernah cerita. Tak ada siapa pun orang terdekat Kak Aff yang pernah buat. Tak cakna langsung pasal ni.


Itu yang Kak Aff sekarang rasa, Kak Aff wajib share dan kongsikan kat sini supaya lebih ramai yang tahu tentang pemeriksaan tulang ni. Jom tengok apa yang Kak Aff nak kongsikan lagi tentang bahananya kalau wanita tak ambil tahu tentang pemeriksaan kepadatan tulang ni...



Pemeriksaan Tulang Secara Berkala

Actually masa bulan Februari 2018, means awal tahun dulu kami dah pernah buat bone density test ni. So kali ni dah hujung tahun, kami pergi buat bone density test lagi sekali. Saja la nak tengok makin ok ke tahap kepadatan tulang kita bila umur makin naik ni kan?


Result Bone density Test Kak Aff

Kiri adalah test yang Kak Aff buat masa bulan February 2018

Kanan adalah test yang dibuat baru-baru ni.

Nak bagi senang faham in layman’s term, cuba tengok graf tu. Titik tu adalah tanda aras kepadatan tulang kita.

Lagi tinggi titik pada graf tu menandakan lagi mampat dan padat tulang kita, lagi bagus.

Gambar yang atas tu Kak Aff punya.

Masa buat test bulan February dulu tulang Kak Aff alhamdulillah normal. Cumanya, dia lebih sikitttt je dari average / tanda aras ke arah osteopenia. Masa ni masih breastfeed baby Anis lagi.

Perbezaan Osteopenia dan Osteoperosis

Kenapa Kak Aff Beria-ia Nak Tahu Kepadatan Tulang?


Kita sebagai ibu menyusu, memang baby ‘sedutttt’ kalsium dari kita tau. Kalau kita tak cukup kalsium intake setiap hari, dari mana baby nak dapat sumber kalsium tu? Haa.. yang ada kat tulang kita tu yang baby ambik/dapat. Itu pun nasib baik amalkan supplement Ostematrix.

Kak Aff ni dah la memang bercinta kalau nak minum susu. Boleh muntah minum susu. Pelik kan? Hehe.. Itu lah nasib ada Ostematrix. Kalau tak entah-entah reput tulang Kak Aff yang boleh mengakibatkan osteoperosis! Isk.. tak nak lah bongkok 3. Huhu..




Biarlah kita tua dengan sihat, cergas!

Baru-baru ni masa pembukaan branch baru Shaklee KL, di Sunway Velocity Cheras, Kak Aff buat test lagi sekali. Ok lah kan, awal tahun dah buat sekali, ni akhir tahun kita buat lagi sekali. Free je pun. Tak ada kena bayar apa-apa pun. Alhamdulillah graf Kak Aff naik! Maknanya kepadatan tulang Kak Aff makin baik!

Itu cerita Kak Aff. Yusri pulak macam mana?

Perlu Ke Lelaki Nak Pastikan Tulang Kuat?

Yusri ni Kak Aff make sure dia makan Ostematrix juga walaupun lelaki. Walaupun dia tak alami proses or cylce macam kita perempuan ni sebab lelaki juga berpotensi dapat osteoperosis walaupun sangat kurang dan jarang berlaku. Tapi memang ada kes untuk lelaki tau.

Jadinya, takkan dah sakit baru nak cari supplements kan? Silap tu!

Makan supplements waktu kita sihat. Untuk cukupkan nutrisi, so that badan kita boleh berfungsi dengan baik seperti yang Allah dah amanahkan sejak kita lahir.


Result Bone density Test Yusri

Bone density test Yusri masa bulan February, tulang Yusri memang dah bagus sangat kepadatannya. Ikutkan jauh tinggi daripada result Kak Aff. Bone density test Yusri yang baru-baru ni pulak cuba tengok kat mana titik pada graf Yusri tu? Hampir tak nampak kan?

Perhati betul-betul, gambar sebelah kanan tu. Titik graf tu dah langgar siling graf! Hahhha.. Ni namanya tulang besi urat dawai 😁

Perasan tak satu benda?


Walaupun kami sama-sama amalkan Ostematrix as supplements, kenapa Yusri punya score jauh lagi tinggi dari Kak Aff?


Of course bukan sebab tinggi Yusri 180cm, dan Kak Aff Mamacilik laaa.. 😌

Wanita ni alami cycle period, pregnant, bersalin, menyusu, then ulangggg lagi period, pregnant, bersalin, menyusu sampailah menopause pun kita memerlukan kalsium yang sangat tinggi!


Cycle ni yang membuatkan kalsium digunakan dengan sangat banyak tau. Sebab tu bila kita period, start lah sengal pinggang, cramp perut, pregnant apatah lagi, bawak baby 9 bulan kalau pinggang, kaki tak kuat memang la azabbb. Bersalin, pastu menyusu lagi. We need CALCIUM!

Kalau perasan juga, wanita adalah majoriti yang alami osteoporosis sebab cycle ini lah dan kebanyakan dari kita tak ambil berat tentang calcium intake EVERYDAY.

Kita perlukan 1000mg kalsium setiap hari tau. Tengok kalau minum susu tu, cukup tak setiap hari? Atau bila teringat je? Bila ada stok fresh milk je?

Kalau risau, jom Kak Aff bawakan pergi buat bone density check up ni. FREE AJE!
So kat bawah ni Kak Aff share full result slip untuk bone density test by OSTEOPro baru-baru ni.

Result kepadatan tulang wanita (Kak Aff)

Result kepadatan tulang lelaki (Yusri)

Kalau ada antara anda atau ahli keluarga anda yang nak buat ujian kepadatan tulang ni, nak tahu tulang kita ni normal ke, dah masuk paras osteopenia ke, atau dah jadi osteoperosis, contact Kak Aff untuk set appointment ujian guna OSTEOPro ni ok.
 

Affni Shahida
Certified Mini Nutritionist

Tanya Kak Aff untuk PROMOSI TERKINI ya!

Nak dapatkan Ostematrix pada HARGA TERENDAH?
Jom daftar sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT, lebih UNTUNG!

MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN DIRI & KELUARGA TERSAYANG?

Ingin mencuba alternatif semulajadi untuk kesihatan berpanjangan?



FREE CONSULTATION,

AFFORDABLE PRICE, 

&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment