Open House Hari Raya 2023. Meriah Ke?

SELAMAT HARI RAYAAAA!!
BUAT OPEN HOUSE KE TUUU?

Bukan main lagi yer masing-masing ke sana ke sini memenuhi jemputan open house Hari Raya tahun ni. Sampai penuh la jadual setiap hujung minggu. Itu pun ada yang selit-selit masa waktu malam di hari bekerja. Tau lah masing-masing seronok ber hari raya betul-betul lepas PKP. Rancak!

Tahun ni tahun di mana kami sekeluarga tak balik ber hari raya kat Kuching pun seperti tahun-tahun sebelum ni. So bila raya kat Semenanjung ni je, tak lah beria sangat nak raya. Tak lah raya sakan kalau macam kami balik ke Kuching. Ye lah, kat sana sebulan raya, sebulan tu lah masing-masing pakai baju melayu siap sampin, berbaju kurung kebaya complete. Pergi pasar pun dengan pakaian raya tau! Memang meriah kalau balik Kuching. 

Persiapan hari raya pun kami ala kadar je tahun ni. Baju raya pakai apa yang ada. Cuma ada lah beli untuk anak-anak mana yang tak cukup nak match kan color. Tak ada beria sangat. Kuih dan biskut raya pun belum buat lagi walau dah beli bahan. Haritu ada lah beli sikit beberapa bekas untuk pagi raya.

My Shaklee Car yang ke 4 sejak qualify Shaklee Car Bonus pada 2014. Dah 9 tahun dah Shaklee dok bayar bulan-bulan installment kereta kami. Alhamdulillah.

هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
Semua ini adalah kurniaan Tuhanku

Jom konvoi ber hari raya pergi open house!

NILAI - KAJANG - SERI MENANTI - KAJANG - NILAI


Tahun ni giliran kami berhari raya di Kajang bersama keluarga mertua saya. Memandangkan Yusri 2 beradik je, dan abang & kakak pun sama beraya di Kajang, so meriah lah jadinya. Riuh rendah rumah dengan keletah 8 orang cucu Sitti & Siddi.



Hari Raya pertama dan kedua, kami round area ni je. Kami bertolak dari Nilai ke Kajang sesudah Subuh. Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Kajang.

Ketiduran si Anis waktu khutbah Aidilfitri. Sebelum tu punya lah aktif!

Usai solat sunat hari raya, kami menikmati juadah hari raya yang kami dah prepare sehari awal.

1st day raya, sakan lah makan juadah raya. Lemang, rendang, semua ada.

Phytocol yang mengandungi plant sterol yang membantu kawal kadar kolesterol dalam badan.

Makan, makan jugak. Kena pasang perisai lah kan? Kalau hari biasa kami amalkan Omega Guard je. Tapi raya ni bukan boleh percaya nak jaga makan. Hahaha!

So kami ikhtiar lah dengan Phytocol. Kejap lagi nak jalan raya raya rayaaaa kan?

Kalau dulu, back in 2014 macam tu, Yusri disahkan ada kolesterol tinggi. Ikutkan, doktor dah suruh makan ubat. Tapi Yusri decide untuk tak makan ubat tapi jaga pemakanan, dibantu dengan #SetKolesterolShaklee. Dulu pernah dah cerita kat dalam blog ni. Boleh search 'Kolesterol' kat sidebar.

Habis makan, kami bersalaman dan bermaafan sesama keluarga dan anak-anak.

Gini gaya 2 beradik ni bersalaman raya eh?
Macam mintak duit raya kat abang je tu?
^_^

Saling bermaafan. 
Mama papa doakan anak-anak semua bahagia & berjaya di dunia dan akhirat.

Kemudian, bermulalah perjalanan ziarah hari raya kami ke kampung sekitar Seri Menanti.

Anis merajuk apa entah masa ni. Biasa lah, bukan senang nak bagi semua terkawal bila anak ramai ni.

Anak-anak dara dengan nyenchik diorang

Open House Raya Pertama 2023

"MASTER TAK BUAT OPEN HOUSE KE?"

Kalau ikutkan kami tak bercadang pun nak buat open house untuk tahun ni. Entah lah macam mood raya tu kurang sikit. Tapi memandangkan ada kawan-kawan terdekat, especially my extended family dalam Shaklee nak datang ber hari raya, InshaAllah kalau ada rezeki dan Allah izin, hujung minggu ni nak ajak lah team MIND beraya sama-sama. Tapi tak ada lah sampai level open house. Cuma dah lama kan kita tak get together ^_^

InshaAllah Maya, salah seorang leader dalam MIND akan join sekali. Sebelum tu boleh baca perkongsian Maya tentang open house hari raya kali ini.

Cadangnya nak masakkan laksa Sarawak nanti. Kita tengoklah apa yang jadi. Jadi laksa Sarawak ke lain menunya?

Jeng.. Jeng.. Jenggg!

Follow perkongsian seterusnya. Boleh klik link Follow Blog Mamacilik.com ni ok!

Mana tau tiba-tiba saya kongsikan juga resepi nak masak Laksa Sarawak yang diidam ramai tuuu!

Tunggu & follow tau 💖

"Kat mana nak beli Phytocol dan Set Kolesterol Shaklee?"

Ohh sebelum terlupa. Boleh terus contact saya di SINI

Atau

Kalau anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee untuk membuat pembelian, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=907196










Affni Shahida
Shaklee Master Coordinator
Certified Product Trainer

Ingin dapatkan supplement semulajadi yang selamat, halal, terbukti berkesan?

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Affni Shahida
INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-
FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment