GASTRIK seringkali menyerang tidak kira umur mahupun jantina.
Siapa yang pernah alami gastrik sahaja tahu betapa sakit dan tidak selesanya apabila gastrik menyerang. Ada seorang sahabat saya menghidap gastrik yang mana apabila gastrik menyerang, doktor akan beri injection kepadanya. Ubat jenis makan pun dah tak memberi kesan. Tahap teruk dah ni!
APA GASTRIK NI SEBENARNYA?
Gastrik ni dalam bahasa yang mudah nak faham adalah keradangan pada dinding perut.
PUNCA GASTRIK
Biasa kita dengar orang kata, "Jangan tak makan, nanti gastrik!"
Ada betulnya. Jika kita lihat dari aspek macam mana tubuh badan kita berfungsi, dalam perut kita terdapat kelenjar yang merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi mencernakan makanan.
Apabila tiada makanan untuk dicernakan, jus gastrik dan asid perut tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam erti kata lain, keasidan di dalam perut kita tidak seimbang. Sebab tu la perut kita sakit sampai ada yang tak boleh bangun!
APA JADI KALAU TAK DIRAWAT?
Gastrik yang tidak dirawat akan mengakibat keadaan kesihatan yang lebih buruk. Gastrik dikatakan antara penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut!
Isk.. Ngerinya!
Tapi walau macam mana pun, gastrik boleh dirawat. Jadi, jom rawat sebelum terlambat!
APA KATA BEKAS PENGHIDAP GASTRIK?

