Saya rasa sangat teruja dan bersyukur kerana baru semalam saya mendapat berita yang sangat gembira. Hasrat Mama & Abah untuk menunaikan Haji pada tahun ini dimakbulkan Allah s.w.t. Ya, memang sangat last minit. Tapi itulah kehendak Allah. Nasib baik kursus Haji dah pergi dan selesai. Semuanya dengan izin
Allah..
Bercakap mengenai persediaan
menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Selain
daripada pakaian, ilmu tentang ibadah haji dan umrah, semestinya ubat-ubatan
tidak ketinggalan. Ubat? Kenapa mesti ubat? Kita kan ada vitamin semulajadi
yang lebih baik dan selamat. Shaklee turut mempunyai vitamin-vitamin untuk para
Jemaah Haji dan Umrah. Ini bagi membantu dan memastikan kesihatan para Jemaah berada
pada tahap yang optimum agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna,
insyaAllah..
Set Asas Haji Standard
Set Asas Haji Premium (Set Jantung / Set Sendi)
Bagaimana vitamin-vitamin ini dapat membantu?
Set Asas Haji Premium (Set Jantung / Set Sendi)
Bagaimana vitamin-vitamin ini dapat membantu?
Vita-Lea - Merupakan multivitamin asas. Sebiji Vita-Lea mengandungi
28 nutrient yang penting termasuklah 12 jenis vitamin & 7 jenis galian. Ini
dapat membantu badan kita memperolehi cukup zat dan vitamin.
B Complex - Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui
tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh.
Seperti yang ramai sedia maklum,
ibadah haji memerlukan banyak tenaga dan masa tidur turut akan berkurang demi untuk
tidak melepaskan peluang menunaikan ibadah dengan lebih banyak dan sempurna. Maka
B complex dapat membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu
tidur.
Chewable Vita C – Vitamin ini sangat penting untuk mengekalkan imun
tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan
penyakit. Ia juga dapat membantu penyerapan vitamin-vitamin lain ke dalam badan
dengan lebih cepat.
Ostematrix / Kalsium - Ibadah haji memerlukan kudrat dan tenaga
yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya
sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau kejang(cramp) yang
diakibatkan oleh terlalu lama berdiri, duduk, atau banyak berjalan.
Advance Joint Health Tablet – Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak jagung dan bahan-bahan berasakan mineral bagi dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan memastikan fungsi sendi berada dalam keadaan baik. Sesuai untuk mereka yang mengalami sakit-sakit sendi terutama bagi jemaah haji yang lebih berumur yang mengalami sakit-sakit sendi terutama di bahagian lutut.
CoQHealth Plus – CoQHealth Plus membantu untuk meningkatkan tenaga, menjadikan jantung lebih kuat dan sihat. Ia juga menguatkan otot jantung dan seterusnya melancarkan pengepaman darah pada jantung. Selain itu, CoQHealth Plus akan memberikan tekanan darah yang sihat dan paras kolesterol yang optimum. Ia dipercayai dapat menurunkan tekanan darah. Bertindak sebagai anti-oxidant, ia dapat menghalang peningkatan kolesterol 'jahat' (LDL). Selain itu, ia turut dapat meningkatkan stamina dan tenaga, seterusnya mengurangkan simptom keletihan bagi para jemaah supaya mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna, insyaAllah..
Omega Guard – Omega 3 di dalam Omega Guard dapat mengelakkan strok. Ia dapat mengekalkan tekanan normal darah, membantu mengurangkan ketegangan urat leher, mengurangkan sakit kepala dan mengekalkan tahap kesihatan trigliserida & kolestrol LDL seterusnya merendahkan kolestrol. Selain itu, Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Vitamin-vitamin ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah
kepada mak, ayah, saudara-mara, sahabat handai serta orang yang tersayang dalam
persediaan ke Tanah Suci. Selalunya orang akan memberi wang saku kepada mereka yang akan mengerjakan haji. Tapi sudah tentu mereka lebih terharu dengan pemberian vitamin kesihatan kerana di situlah keprihatinan kita terhadap mereka. Mereka yang menerimanya tentu terharu dengan niat
kita bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa baik ketika di sana. Vitamin-vitamin
ini merupakan usaha dan ikhtiar.
Selebihnya kita tawakal dan berdoalah kepada Allah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan