Memaparkan catatan dengan label darah tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label darah tinggi. Papar semua catatan

CoQ-TROL PLUS: 5 SEBAB CoQ10 COENZYME PENTING UNTUK KITA

APA ITU COENZYME Q10?

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, iaitu stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati

Mitokontria - Stesen Janakuasa Sel

Coenzyme Q10 menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

KENAPA COQ10 PENTING?

Tahukah anda? Tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.




Secara asasnya, ini adalah 5 sebab kenapa CoQ10 co-enzyme penting untuk kita semua:


Kenapa OMEGA GUARD Sumber Omega-3 Terbaik Kami?

Tahu tak kenapa OMEGA GUARD SHAKLEE sumber Omega-3 terbaik kami sekeluarga?

Omega Guard ni SUPPLEMENT PERTAMA untuk suami saya, Yusri. Dia orang pertama dalam keluarga kami yang makan Omega Guard ni tau. Kesan daripada pengambilan Omega Guard ni secara konsisten memang sangat superb! Sebab tu memang melekat di hati. Sayang sangat sangat dengan Omega Guard! ❤️

KISAH SEDIH BERMULA 7 TAHUN LALU

Masa tu doktor diagnose Yusri menghidap darah tinggi & kolesterol tinggi. Itu pun dapat detect sebab Yusri kena jalani operation untuk slipped disc kali ke-2. Sedih bukan kepalang bila doktor kata kena makan ubat darah tinggi dan kolesterol. Sepanjang hayat pulak tu. Macam kena tusuk jantung masa tu tau. Seumur hidup ke nak kena makan ubat drugs? Muda lagi kottt 😭

Nak tak nak ubat darah tinggi terpaksa makan sebab kalau blood pressure tak normal, operation tak boleh diteruskan. So kami terpaksa akur. Tapi ubat kolesterol tak makan pun. Doktor bagi ubat tapi tak start pun makan ubat tu.

MAHALNYA UBAT KOLESTEROL!
Vytorin ni lah ubat yang doktor bagi pada Yusri. Tapi tak ingat dosage yang mana.

Pastu bukan main lagi harga ubat kolesterol yang doktor bagi tu tau. Sebulan mau RM300 jugak! Tak kurang. Masa tu memang la company cover. Berapa puluh ribu pun company cover. Tapi sampai bila? Bukan kita kerja selamanya dengan company tu kan? Pastu dah lah drugs. Isk..

Memang doktor akan buat scan buah pinggang secara berkala. Kenapa? Sebab doktor pun tahu, penggunaan ubat berpanjangan sememangnya akan effect kat buah pinggang. Doktor sendiri yang cakap. Sebab tu dia akan monitor 'kesihatan' buah pinggang Yusri.


6 Sebab Kenapa Omega Guard Shaklee Sumber Omega-3 Terbaik!

Assalamualaikum w.b.t

Dalam perkongsian yang lalu, saya ada kongsikan tentang KEBAIKAN DAN KESAN OMEGA-3 untuk kesihatan kita sekeluarga tidak kira peringkat umur iaitu dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, suami/isteri, seterusnya warga emas (ibu bapa kita).

Kalau belum baca, jemput klik link di sini:
Kesan Omega 3 OMEGA GUARD Kepada Bayi, Kanak-Kanak, Pelajar, Suami Isteri, dan Ibu Bapa

Hari ini pula, saya nak kongsikan kepada anda para pembaca mamacilik.com tentang, "Kenapa kami sekeluarga memilih Shaklee Omega Guard sebagai sumber Omega-3 harian?"


OMEGA GUARD : Minyak Ikan Omega-3 Terbaik Dan Paling Berkualiti Tinggi

Jom Kita Renung Sejenak!

Sebelum saya teruskan perkongsian ni, jom kita fikirkan apa sebenarnya sumber terbaik Omega-3? Adakah dari tumbuhan atau haiwan?

Pembunuh Senyap Punca Sahabatku Pergi Selamanya


Perginya seorang sahabat lama saya baru-baru ni membuatkan saya banyak berfikir. Kehilangan pada 18 September 2015 yang lalu masih lagi mengejutkan ahli keluarga dan sahabat handai.

Perginya arwah ke rahmatullah sangat tidak disangka. Sekelip mata jika Allah kata "kun fayakun". Jadi, maka jadilah ia.

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita, kami di Whatsapp group kelas 5 Usaha (batch 2000) mendapat tahu bahawa arwah telah kembali ke rahmatullah buat selamanya.

Meninggalkan seorang isteri bersama-sama dua orang anak yang masih kecil, 6 tahun dan 2 tahun. Masih terlalu kecil untuk merasai dan memahami erti kehilangan seorang abah. Allah... Tak habis fikir saya dibuatnya. 

APA YANG TERJADI?

Saya difahamkan, arwah tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu makan malam dan kemudian pergi buat selamanya 5 minit selepas itu. Ia berlaku dengan sangat pantas!

Cellulitis Boleh Bawa Maut Jika Lambat Dirawat!

Assalamualaikum...

Semalam, sampai je saya di rumah lepas balik kerja, babah bercerita....

Babah kata, dia pergi KPJ sebab dah 2 hari demam. Babah ni kebiasaannya kalau demam memanglah puncanya satu tu je. Iaitu CELLULITIS!

Saya tengok kaki babah. Hmm.. Bengkak dan merah!

Kaki yang dijangkiti membengkak dan merah.

Jom kita tengok dulu. Apa Cellulitis tu?

KENALI CELLULITIS

Cellulitis ni adalah jangkitan bakteria pada kulit. Kebiasaannya jangkitan tu akan kena pada bahagian epidermis kulit je.


Tapi, boleh jadi juga jangkitan tu merebak ke bahagian kulit yang lebih dalam atau hingga ke tulang! Jangan sampai ke tahap ni lah yer. Dari sekarang kita kenali punca dan cegah!

Kisah 9 September

3 tahun berlalu...

Bila dikenang semula kisah 3 tahun lalu, ia di antara waktu yang penuh ujian dan dugaan buat kami sekeluarga. 2 bulan sebelum kelahiran Alina (ketika saya sedang mengandung 7 bulan), Yusri terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang (slip disc) untuk kali kedua. 2 bulan juga Yusri terpaksa cuti dari bekerja. Hanya kepada Allah saya mengadu dan memohon ketenangan. Pada waktu itu, saya hanya ada pilihan untuk kuat semangat! 

Seminggu Yusri terpaksa admit di hospital sebelum pembedahan. Pembedahan terpaksa ditunda disebabkan tekanan darah yang tinggi. Doktor sebenarnya pelik sebab Yusri tiada sejarah tekanan darah tinggi sebelum ini.

Disebabkan itu juga, banyak procedure yang terpaksa dilakukan sebelum pembedahan dijalankan termasuklah untrasound scan. Dugaan demi dugaan singgah dalam kehidupan kami.


 Yusri tengah tunggu giliran untuk detail scan buah pinggang disebabkan oleh doktor dapati Yusri ada darah tinggi. tapi Alhamdulillah, semuanya normal. Syukur Ya Allah..

  
Alahai anak papa yang sorang ni. Rindu dengan papa setelah seminggu papa masuk ward

 
 Yusri dah ready untuk masuk ke Operation Theater (OT)

Pembedahan berjalan selama 5 jam (kalau tak silap saya). Penantian yang sangat seksa bagi saya waktu itu. 

Alhamdulillah. Pembedahan slip disc Yusri berjaya. Sejak daripada itu, Yusri akan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan setiap bulan bagi permasalah tekanan darah tinggi, asid urik tinggi dan kolesterol tingginya. Saya pernah berkongsi tentang permasalahan ini di "High Blood Pressure, High Cholesterol - Kill the Silent Killer!"

APA YANG BERLAKU PADA 9 SEPTEMBER?

Pada tarikh 9 September 3 tahun lepas, lahirlah seorang puteri yang sangat comel. Begini rentetan kisahnya.....

50 Peratus Hidap Darah Tinggi Menjelang 2025



Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Ini adalah keratan akhbar bertarikh 9 September 2013 yang lalu…



Apakah tindakan kita selepas membaca artikel ini?
  1. Ingin menyumbang kepada peratusan ini supaya lebih tinggi, ATAU
  2. Ingin menyumbang kepada peratusan ini supaya menjadi lebih rendah serendah-rendahnya?

Jaga Kesihatan Jantung Dengan Co-Enzyme Q10


Assalamualaikum,

Apakah yang dapat kita tafsir daripada gambar kartun ini?




TAHUKAH ANDA??
  • Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia!
  • Jantung kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik!
  • Tenaga dapat dihasilkan dengan bantuan nutrient yang dikenali sebagai Coenzyme Q10 (CoQ10)!

Jantung kita…

  • Merupakan otot yang paling aktif dan bekerja keras dalam tubuh your body
  • Merupakan pusat kawalan utama dalam system peredaran darah
  • Mengepam 7,570 liter darah sehari
  • Berdegup sebanyak 100,000 kali sehari


Apa akan berlaku apabila fungsi jantung menurun?

Panggilan Haji 1434H/2013M

Assalamualaikum semua..

Saya rasa sangat teruja dan bersyukur kerana baru semalam saya mendapat berita yang sangat gembira. Hasrat Mama & Abah untuk menunaikan Haji pada tahun ini dimakbulkan Allah s.w.t. Ya, memang sangat last minit. Tapi itulah kehendak Allah. Nasib baik kursus Haji dah pergi dan selesai. Semuanya dengan izin Allah..


Bercakap mengenai persediaan menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Selain daripada pakaian, ilmu tentang ibadah haji dan umrah, semestinya ubat-ubatan tidak ketinggalan. Ubat? Kenapa mesti ubat? Kita kan ada vitamin semulajadi yang lebih baik dan selamat. Shaklee turut mempunyai vitamin-vitamin untuk para Jemaah Haji dan Umrah. Ini bagi membantu dan memastikan kesihatan para Jemaah berada pada tahap yang optimum agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, insyaAllah..

Set Asas Haji Standard



Set Asas Haji Premium (Set Jantung / Set Sendi)


Bagaimana vitamin-vitamin ini dapat membantu?

Vita-Lea - Merupakan multivitamin asas. Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrient yang penting termasuklah 12 jenis vitamin & 7 jenis galian. Ini dapat membantu badan kita memperolehi cukup zat dan vitamin.

B Complex - Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh.

Seperti yang ramai sedia maklum, ibadah haji memerlukan banyak tenaga dan masa tidur turut akan berkurang demi untuk tidak melepaskan peluang menunaikan ibadah dengan lebih banyak dan sempurna. Maka B complex dapat membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur.

Chewable Vita C – Vitamin ini sangat penting untuk mengekalkan imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Ia juga dapat membantu penyerapan vitamin-vitamin lain ke dalam badan dengan lebih cepat.

Ostematrix / Kalsium - Ibadah haji memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau kejang(cramp) yang diakibatkan oleh terlalu lama berdiri, duduk, atau banyak berjalan.

Advance Joint Health Tablet – Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak jagung dan bahan-bahan berasakan mineral bagi dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan memastikan fungsi sendi berada dalam keadaan baik. Sesuai untuk mereka yang mengalami sakit-sakit sendi terutama bagi jemaah haji yang lebih berumur yang mengalami sakit-sakit sendi terutama di bahagian lutut.

CoQHealth Plus – CoQHealth Plus membantu untuk meningkatkan tenaga, menjadikan jantung lebih kuat dan sihat.  Ia juga menguatkan otot jantung dan seterusnya melancarkan pengepaman darah pada jantung. Selain itu, CoQHealth Plus akan memberikan tekanan darah yang sihat dan paras kolesterol yang optimum. Ia dipercayai dapat menurunkan tekanan darah. Bertindak sebagai anti-oxidant, ia dapat menghalang peningkatan kolesterol 'jahat' (LDL). Selain itu, ia turut dapat meningkatkan stamina dan tenaga, seterusnya mengurangkan simptom keletihan bagi para jemaah supaya mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna, insyaAllah..

Omega GuardOmega 3 di dalam Omega Guard dapat mengelakkan strok. Ia dapat mengekalkan tekanan normal darah, membantu mengurangkan ketegangan urat leher, mengurangkan sakit kepala dan mengekalkan tahap kesihatan trigliserida & kolestrol LDL seterusnya merendahkan kolestrol. Selain itu, Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Vitamin-vitamin ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada mak, ayah, saudara-mara, sahabat handai serta orang yang tersayang dalam persediaan ke Tanah Suci. Selalunya orang akan memberi wang saku kepada mereka yang akan mengerjakan haji. Tapi sudah tentu mereka lebih terharu dengan pemberian vitamin kesihatan kerana di situlah keprihatinan kita terhadap mereka. Mereka yang menerimanya tentu terharu dengan niat kita bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa baik ketika di sana. Vitamin-vitamin ini merupakan usaha dan  ikhtiar. Selebihnya kita tawakal dan berdoalah kepada Allah. 

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Cholesterol Control

What is Cholesterol?
  1. Cholesterol is a fat-like, waxy substance, made by the liver to protect nerves, producing cell membranes and certain hormones
  2. However, excess cholesterol can deposit in the arteries and form plaque which eventually leads to coronary artery disease
  3. Most of the cholesterol is made by the body and some cholesterol comes from foods such as eggs, meats and dairy products
  4. There are 3 types of cholesterol:
    • Low Density Lipoprotein (LDL) – usually known as bad cholesterol
    • High Density Lipoprotein (HDL) – usually known as good cholesterol
    • Triglycerides are a form of fat mainly obtained from our daily diet

What Should My Cholesterol Level Be?

Esok Hari Raya!

Assalamualaikum w.b.t

Esok dah 1 Syawal... Masih ada yang bekerja.. Ada juga yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.. Namun, walau di mana pun anda berada, saya percaya sekarang ni ramai yang sedang bertungkus lumus memasak dan menyediakan juadah untuk hari raya esok. Apa yang anda masak? Kongsilah bersama-sama.. hehe..

Bagi saya dan keluarga, rendang daging campur Negeri Sembilan, ketupat, dan lemang sudah menjadi kemestian setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Selain daripada itu kali ini saya juga ada masak daging masak hitam resepi asli Sarawak dan masak lodeh Johor. Biras saya pulak menyediakan ketupat palas resepi Utara. Jadi boleh dikatakan juadah Aidilfitri kami tahun ini memang 1 Malaysia! Hehehe..


Kolesterol Oh Kolesterol!

Salam Ramadhan kepada pembaca semua..

Saya ada satu soalan untuk anda..

Bila kali terakhir anda buat ujian darah? Bulan lepas? Tahun lepas? Atau tidak pernah dan rasa tidak perlu?? Fikirkan semula! Byk y kita boleh kesan daripada ujian darah. Tapi di sini saya nak spesifik kepada ujian tahap kolesterol. Ramai yang tidak sedar dan tidak ambil peduli dengan tahap kolestrol mereka. Nasihat saya, pergi lah buat pemeriksaan. Kolesterol yang tinggi adalah pembunuh senyap (silent killer)! Sila rujuk entry saya yang lepas mengenai silent killer

Anda masih tidak peduli? Jangan terkejut jika tiba2 anda atau ahli keluarga anda menghidap strok atau serangan jantung. Bila ia terjadi, mungkin sudah terlambat. Kolestrol yang tinggi tidak mengenal tuan badan. Tidak kira anda gemuk/kurus/aktif bersukan/tidak aktif bersukan. Semua tidak terkecuali!

High Blood Pressure, High Cholesterol - Kill the Silent Killer!


Assalamualaikum...

Hari ni baru berkesempatan nak cerita pasal monthly health check-up Yusri minggu lepas yang merangkumi:
  1. Tekanan darah tinggi
  2. Kolesterol tinggi
  3. Asid uric tinggi

Alhamdulillah.. Syukur.. Keputusan ujian darah Yusri sangat memberangsangkan!