Shaklee Academy: Start Your Own Business!

By: Affni Shahida Jamaludin

Start Your Own Business (SYOB) telah berlangsung di Sime Darby Convention Centre (SDCC) pada 6 & 7 April 2019 yang lepas. Alhamdulillah kami adalah antara Shaklee leader yang terpilih untuk sertai training ni. Untuk SYOB training ni hanya Shaklee business leaders yang aktif sahaja yang dijemput untuk join.

SYOB ni sebenarnya bukanlah bertujuan untuk mengajar perkara basic bagaimana nak mulakan bisnes Shaklee. Kalau yang tu Shaklee sediakan New Distributor Training yang macam Kak Aff pernah sertai juga tahun 2013 dulu.

Tapi SYOB ni bertujuan untuk guide all the leaders untuk jadi a better version of leaders. Shaklee guide leaders tentang bagaimana nak bina sebuah organisasi yang ada sistem, yang lebih teratur dan tersusun. We just need to duplicate apa yang Shaklee buat ni kepada all team members. Ayat jimatnya SYOB adalah TRAIN THE TRAINER program.

HARI PERTAMA SYOB

Rasanya lagi menarik kalau Kak Aff bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang SYOB dalam bentuk penceritaan bergambar. Jom!


Sampai je di Sime Darby Convention Centre (SDCC), kami pergi register dan dapatkan nametag dan modules untuk sesi 2 hari ni. Then kita breakfast. Sedap juga makanan yang disediakan di SDCC ni. Sebelum ni selalu dengar je orang cakap.

Habis breakfast, bermula lah sesi pembelajaran kami dalam SYOB modules ni.


Gambar ni di candid oleh salah seorang Shaklee Nutritionist, Nurul.
Kusyuk betul take note kan? Hehe..

Salah satu module dalam SYOB adalah cara bagaimana untuk kita buat health fitness test kepada orang ramai kalau kita buat gathering offline. So waktu training SYOB ni kami sendiri lah di test nak tengok fit ke tak fit badan kita.

Rasa-rasa Kak Aff yang tak pernah overweight ni fit ke tak?

Jom tengok gambar seterusnya!

Stretch & reach!
Ukur sejauh mana badan kita boleh lentur. Flexible ke tak badan kita ni? Haaa.. Ada ukuran dan bacaan dia tau untuk kita evaluate fitness individu tu. Walaupun kurus, flexible ke tak? Ke keras kejung je badan? Berapa cm tu?

7cm!

Walau sesetengah orang kita nampak dia kurus, BMI normal, belum tentu dia fit tau. Boleh jadi jantung dia tak kuat, viseral fat dia banyak sampaikan simple test macam ni pun dia tak boleh nak perform.

'Berlumba' siapa paling lama!

Haa.. Ni nak kena buat plank pulak. Siapa dapat buat lebih 2 minit dalam 1 sesi kira excellent!

So berapa minit Kak Aff dapat buat?

2 minit setengah!

Itu pun nutritionist suruh stop dah. Kang sampai esok tak sudah katanya. Heheheh..

Alhamdulillah, sekurus-kurus Kak Aff, badan tetap fit & flexible!

You all boleh try sendiri buat kat rumah tengok boleh dapat excellent score tak? Kalau tak tu boleh la ambil langkah gaya hidup lebih sihat & pastikan buat health check up every year yer.

Dr. Cip sedang share ilmu kat belakang tu.

Next kita sambung sesi training SYOB dengan module seterusnya. Sepanjang training berlangsung, banyak sharing yang kami dengar dari leaders yang hadir.

Salah satu sharing adalah daripada seorang doktor perubatan tentang kepentingan folik asid & vitamins B-Complex untuk pregnancy dan betapa pentingnya folik asid & vitamins B-Complex dalam pembentukan baby.

Menurut Dr. Cip, wanita sentiasa perlu ada kandungan folic acid dalam badan. Kalau yang bakal berkahwin, makanlah B-Complex with folic acid ni sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berkahwin.

Kalau yang dah berkahwin, kita tak tahu bila kita akan conceive kan? By the time kita tahu kita pregnant, kandungan tu dah sebulan ke atas umurnya.

Tahu tak?

Pembentukan saraf tunjang, tulang belakang, sumsum tulang, jantung, otak baby terjadi dalam 20 hari pertama sebelum kita tahu kita pregnant pun!

Kalau kita tak cukup folic acid dalam badan apa terjadi?

Agak terlambat kalau masa kita tahu kita pregnant baru sibuk nak makan folik asid. Sebab pembentukan saraf tunjang, otak, sumsum tulang, nervous sistem baby tu dah jadi pun. Tapi bukan lah bermaksud kalau dah terlambat tak perlu ambil. Bukan! Jangan salah faham pula ya.

Nutritionist share juga pada kami kisah salah seorang Shaklee family kami yang dulunya bekerja sebagai operator kilang yang sangat sibuk. Bekerja 2 shift sehari. Tak makan supplements untuk persediaan pregnant, at last, sehingga ke hari ni anak dah dewasa tapi terpaksa bedridden seumur hidup. Paling2 pun naik wheelchair kalau nak bergerak.

Paling sedih bila si mak ni salahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Dia terpaksa bagitahu anaknya, “Sorry, disebabkan mak, awak terpaksa hidup macam ni.” 
Rasa bersalah seumur hidup! 😢

Yes. Bukan salah si anak dilahirkan begitu. Tanggungjawab mak untuk pastikan nutrien lengkap bukan sahaja waktu pregnant malah lebih penting sebelum pregnant lagi tau!

B-Complex Shaklee (with folic acid) mempunyai
sistem penyerapan bioaktif berpaten.
Mudah diserap oleh badan.
“Folic Acid adalah yang paling susah nak diserap dalam badan. Pastikan folic acid yang kita ambil yang terbukti diserap oleh badan sepenuhnya.”


Training kali ni kami dapat pergi berdua (Kak Aff & Yusri). Alhamdulillah ia permulaan yang sangat sangat baik untuk the whole empire. Permulaan cycle yang awesome untuk Mamacilik INcredible Dazzles (MIND) !

Shaklee memang sentiasa pentingkan keselesaan semua leaders. Shaklee takkan buat program or event kat tempat cikai-cikai. Semua high class!

Ada juga leaders yang bawa anak-anak sebab tak ada orang dapat tolong jaga. Boleh la anak-anak tunggu di luar dewan sementara mak ayah ke dalam kelas. Walaupun nama je luar dewan, tapi sangat selesa dan selamat. Tengok tu siap tidur di sofa. Hehe..

Actually masa ni dah habis dah tapi since group ni last, diorang tak tahu yang dah habis. Kikiki

Sepanjang training SYOB ni, banyak aktiviti yang sangat menarik dijalankan. Ni antara aktiviti untuk hari pertama. Nampak simple macam ketapi tutup mata, tapi halangan yang nak dihadapi dalam dewan tu bukan main mencabar. Kak Aff siap terhantuk kepala kat meja. Hahaha.. But we really enjoy the game!

Game / activity tu bukan untuk seronok seronok je. Actually terlalu banyak yang dapat dipelajari daripada game tu.

Antaranya:

How to become a good leader,
How to become a good follower,
How to make a good teamwork,
How to handle uncertain circumstances,

dan banyak lagi!

Shaklee sediakan kami supplements & vitamins 'freeflow' sepanjang program. Best giler! Sedapnya air performance orange tu!

Kak Kam, 1 of my great leader in MIND MASTERS. Masih bekerja sepenuh masa, buat bisnes Shaklee secara part time sahaja tapi dapat income part time 4-5 angka sebulan!

3 Minuman Shaklee - Performance Orange, Cinch Tea, ESP! Sedap & enjoy!
Ni team Kak Aff untuk game tadi tu. Combine dengan leaders from other group jugak.

MFMS Great Leaders di bawah MFMS Empire!

HARI KEDUA SYOB

Hari kedua SYOB lebih bersemangat. Datang awal sikit so that boleh breakfast lama sikit. Sedap-sedap makanan kat SDCC ni. Hehehe..

Lepas buat registration untuk hari kedua dan dapat modules baru yang nak digunakan, so dengan gembiranya berjalanlah Kak Aff ke tempat breakfast.

Sekali Nadia (Business Develepment Management Team Shaklee) panggil Kak Aff tiba-tiba.

"Affni, nak interview sekejap boleh?"

Kak Aff yang tengah blur pepagi pun iakan je. Blur sebab otak dah 'dikosongkan' untuk input hari kedua pulak. Sifu kata, nak hadir kelas, kena kosongkan ‘gelas’. Supaya kita boleh isi balik gelas yang kosong tu. Kalau kita datang kelas dengan ‘gelas’ penuh, segala air yang baru masuk akan melimpah. Tumpah.

"Boleh.", jawab Kak Aff.

Ni gambar candid by Yusri


Ok lepas interview sikit, dah boleh makan!

From left: Helen, Henry, Amalia, Nadia, Celine, Sarah, Alice, Nurul

Lepas breakfast, Helen, President Shaklee Malaysia memperkenalkan semula barisan 'orang kuat' Shaklee yang bertungkus lumus jayakan training ni.

Hanya Helen & Henry sahaja yang tak ada background nutrition masa study di University. Yang lain memang nutritionist walaupun ada antara mereka ni adalah orang sales dalam Shaklee.

Nampak tak betapa Shaklee pentingkan kekuatan knowledge dalam management team sekali pun.

Module untuk hari kedua.

"The More You Share With Others,
The More Valuable Your Share Will Become."

Aktiviti seterusnya adalah demo untuk beberapa produk Shaklee.


Ni demo untuk Collagen Powder.

Yang tengah adalah Collagen Powder Shaklee. Yang tepi adalah 2 jenama berbeza Collagen Powder lain.

Collagen powder Shaklee paling laju air dia turun dari kertas turas tu memberi maksud, Collagen Powder Shaklee lebih mudah diserap badan. Saiz molekulnya 1000 dalton adalah saiz paling optimum diserap oleh badan. Yang slow sangat tu sebab molekul dia besar so sebab tu kalau makan pun tak berkesan. Bau manis je lebih.


Nak beli Collagen yang banyak dijual kat pasaran kena hati-hati. Jangan tengok nak murah je tapi sebenarnya makan hampas, makan gula.

Collagen Powder Shaklee adalah yang terbaik!

Jemput baca perkongsian Kak Aff tentang Side Effects Shaklee Collagen Powder

Ini pulak demo untuk vitamin C. Bagaimana vitamin C bertindak sebagai antioksidan penting untuk badan kita melindungi badan dari tercemar.


Kiri adalah epal yang direndam bersama Sustained Release Vita C Shaklee. Kanan adalah epal yang direndam dalam air biasa (sebagai control).

Epal yang direndam dalam air biasa dah teroksida walhal epal yang direnda, dalam Vita C Shaklee kekal segar.

Ini menunjukkan bagaimana badan kita kalau makan dan tak makan Vita C Shaklee.

Ni preparation group nombor 2 yang kena buat demo untuk ESP

Kami dibahagikan kepada 9 kumpulan. Kak Aff dalam kumpulan ke 6 (buat demo tentang Collagen Powder). Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk present macam mana ikut creativity sendiri. Mostly semua kumpulan buat lakonan untuk demo produk.

Nak tahu group mana yang menang?


Tadaaa.. Group Yusri menang tempat kedua dengan demo lakonan mengenai

Nak tengok lakonan tu? Kak Aff ada buat LIVE masa lakonan tu.


Memang best giler! Yusri yang agak pemalu pun berlakon tau. Menang pulak tu! Hehehehe..

Akhir sekali, sebagai penutup, kami diberi sijil penyertaan.

Congratulations
SENIOR COORDINATOR
AFFNI SHAHIDA & AHMAD YUSRI!


Alhamdulillah. Selesai training SYOB yang sangat best ni!


Banyak ilmu bermanfaat yang kami dapat. Lebih faham dan nampak hala tuju selepas ni.

InshaAllah kami MASTER COORDINATORS AFFNI & YUSRI by December 2019!

Doakan ya!


Semua leaders yang hadir pada SYOB 6 & 7 April 2019 di SDCC! Jumpa lagi!


Jika anda:

Ingin dapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-

KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Affni Shahida

INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment