Set Bersalin Shaklee Terbaik!

Assalamualaikum pembaca semua,

Harini Affni nak share pengalaman dengan anda semua tentang penggunaan satu lagi set produk yang Affni sendiri gunakan dan ternyata berkesan, iaitu Set Bersalin Shaklee. 

Dalam entry kali ni Affni nak bandingkan pengalaman semasa berpantang anak pertama (without Shaklee) dan anak kedua (with Shaklee).

Arissa Yasmin – Lahir pada 8 Januari 2010

Kurang pengetahuan

Secara jujur Affni katakan memang Affni tak prepare apa2 pun untuk penjagaan selepas bersalin. Iaitu semasa berpantang. Almaklum la anak sulung. Mungkin terlampau excited sediakan barang baby sehingga tidak ambil peduli tentang persediaan penjagaan diri sendiri. To make it short, dah bersalin baru sibuk nak beli set berpantang (bukan Shaklee). Tidak perlu lah Affni nyatakan set bersalin mana yang digunakan ketika itu, cukup sekadar makluman bahawa set tersebut adalah berunsur jamu. Bukan vitamin.

Badan letih dan stress

Affni berpantang sendiri tanpa penjagaan khas dari sesiapa disebabkan mama and y mom-in-law masih bekerja. Mama hanya mengambil cuti beberapa hari pertama kelahiran Arissa.

Dengan tiada ilmu, tanpa penjagaan rapi, Affni sentiasa berasa stress dan berasa letih. Terkial-kial nak jaga Arissa, nak pergi toilet, nak panaskan makanan, nak mandikan baby, nak basuh baju baby, bertungku, nak berbengkung pilis lagi.. Macam-macam lah.. Kerap kali Yusri terpaksa emergency leave disebabkan emosi dan keadaan Affni yang tidak stabil, tidur tak cukup memang tak dinafikan lah.. Badan terasa sangat letih! Bila Arissa nangis, mama dia pun nangis sama sebab mama SAKIT dan STRESS.

Bila stress, susu pun tak berapa nak keluar. Bila pam, sangat lah mengecewakan. Akhirnya apa? Disebabkan kejahilan sendiri, Arissa dah terpaksa disuakan susu formula. Kira campur la.. Breastfeed pun ye.. formula pun ye.. Tapi, ni SEBELUM Affni mengenal Shaklee!

Jadi para pembaca semua, jangan la contohi peristiwa di atas... Jangan la jadi macam Affni masa berpantang anak pertama..

Alina Sarah – Lahir pada 9 September 2011

Ilmu penyusuan 

Pengalaman berpantang anak pertama banyak mengajar Affni untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dan penjagaan diri ketika tempoh pantang. Jadi kali ni, Affni memang bertekad untuk beri susu ibu selama yang boleh kepada Alina. Tak kiralah apa orang nak cakap, baby lapar ke, susu tak cukup ke.

Yang penting Affni yakin setiap bayi yang dilahirkan, Allah dah sediakan rezeki yang cukup untuk mereka, iaitu susu ibu makanan terbaik untuk bayi.

Dan syukur Alhamdulillah, Affni diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh rakan sekerja, yang bersalin 6 bulan lebih awal daripada Affni.

Selepas mendengar testimoni dan saranan daripadanya, Affni pun terbuka hati untuk mencuba. Affni terus Google cari Shaklee distributor untuk membeli Set Bersalin Shaklee.

Rasa sihat, cergas! TIDAK letih dan TIDAK stress

Syukur sangat, kali ni Affni rasa lebih bertenaga. Sebaik saja baby Alina lahir, Affni terus berjaya menyusukannya. Awal-awal tu memang normal susu belum banyak. Bayi tidak memerlukan susu yang banyak di awal kelahiran. Bayi hanya perlukan sedikit susu sahaja, kerana perutnya hanya sebesar guli dalam tempoh itu.

Dan oleh kerana adanya continuous stimulation dari baby, susu semakin banyak! Jadi, setelah umur Alina mencecah sebulan, Affni mula membuat stok susu bagi tujuan ketika mula bekerja nanti.. Syukur Alhamdulillah... Ketika Affni tulis entry ni.. Alina pun dah nak masuk 1 tahun 8 bulan.. And Alina masih lagi BF! Alhamdulillah..

Ketika dalam tempoh berpantang tu, Affni rasa lebih CERGAS dan TIDAK LETIH. Jadi Affni dapat teruskan breastfeeding walaupun Alina bangun hampir setiap sejam. My mom & MIL pun ada ckp.. "Affni nampak lebih sihat berpantang kali ini compare to berpantang masa Arissa dulu...", "Muka lebih berseri dan nampak merah.. tak pucat..". 

Ya! Memang Affni sendiri rasa kelainannya bila consume Set Bersalin Shaklee. Very recommended! Alhamdulillah...

Mesti Belajar Ilmu Penyusuan

Affni cadangkan setiap ibu yang mengandung MESTI belajar ilmu breastfeeding sebelum bersalin. It will not come naturally.

Konsep Supply and Demand dlm breasfeeding memang penting. Konsep asas iaitu direct feeding ketika bersama baby, kerap pam ketika berjauhan, pastikan pemakanan ibu cukup khasiat dan minum air kosong at least 3 litre sehari, InsyaAllah breastfeeding akan berjalan lancar.

Vitamins Shaklee bukan saja sebagai milk booster, tetapi yang jauh lebih penting, ia melengkapi keperluan nutrien agar si ibu sebagai 'Supply' mampu utk menampung 'Demand' dari baby.

Ini untuk pastikan badan ibu sentiasa SIHAT dan CERGAS, terutama di waktu awal kelahiran bayi, supaya susu mudah terhasil.

Tertanya-tanya apa yang terkandung si dalam Set Bersalin Shaklee? Ini jawapannya...



Kita hanya berusaha yang terbaik, dan yakinlah Allah pasti memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita ini.

Kalau para ibu ada masalah dalam breastfeeding, perlu cepat2 dapatkan bantuan dan support dari orang yang berpengalaman. Percayalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Inilah Set Bersalin Shaklee yang disarankan. Alhamdulillah, memandangkan Affni serta rakan-rakan seperjuangan sudah merasai kebaikan produk ini, Affni rasa perlu untuk kita berkongsi kebaikannya dengan semua orang, iaitu para ibu, bapa dan bakal2 ibu dan bapa, agar semua bayi akan mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya.

Anda boleh baca juga tentang 8 Fungsi Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui dan memahami secara lebih mendalam tentang Set Bersalin Shaklee ni.

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Affni untuk:-

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment