Kisah SUSU IBU Di Dalam Al-Quran - Penyusuan Bayi Menurut Islam

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan pada entry yang lepas, kali ni saya nak share tentang SUSU IBU menurut ISLAM.

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu. Bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 
 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang dapat kita simpulkan daripada firman Allah di atas?

PERINTAH & SURUHAN

Terang lagi jelas. Ini memberi maksud ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan ibu dan anak.

Untuk pengetahuan, saya sangat kesal kerana tidak berjaya menyusukan anak sulung saya Arissa ketika dia masih bayi. Saya tahu saya silap besar! Saya tahu saya berdosa kerana tidak memberikan haknya. Saya menyesal kerana tidak bersedia dengan mencari ilmu yang sepatutnya dalam penyusuan kerana ILMU PENYUSUAN sangat penting! Kerana itu saya merayu kepada anda supaya tidak melakukan kesilapan yang sama seperti saya.

Pengalaman membesarkan Arissa dan Alina juga banyak mengajar saya. Kalau diikutkan, kesihatan Alina yang minum susu ibu lebih baik berbanding Arissa… (maafkan mama Arissa..). Kerana itulah saya sangat menekankan tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu. Dan dengan kelahiran Alina (anak kedua saya), Alhamdulillah.. Saya berjaya menyusukan Alina sehingga umurnya 1 tahun 9 bulan. Firman Allah s.w.t:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”
- Surah Al-Baqarah, ayat 233

Memang belum cukup 2 tahun Alina menyusu dengan saya. Namun kesihatan diri saya tidak mengizinkan apabila saya mengandung pula anak yang ketiga ini. Tambahan pula, saya tidak memaksa Alina untuk berhenti menyusu. Dengan izin Allah, Alina dengan sendirinya tidak mahu lagi menyusu dengan saya. Apa-apa pun saya bersyukur dengan rezeki yang Allah tetapkan untuk Alina.

Dalam ayat yang sama juga (Surah Al-Baqarah, ayat 233), Allah berfirman, maksudnya:

"Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 

Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun.

Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.

Jadi, dengan kehadiran anak saya yang ketiga ini nanti, saya berjanji akan berusaha untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu dengan izinNya. Ya Allah, murahkanlah rezeki anak di dalam kandunganku ini dengan susu ibu dariku. Kawan-kawan pun tolong lah doakan saya ya.

SUSU IBU merupakan makanan terbaik yang Allah ciptakan khas bayi, berbanding lain-lain makanan bayi. Kerana itulah juga kita pernah belajar tentang najis bayi lelaki yang berumur kurang 2 tahun yang hanya menyusu ibunya. Ia merupakan najis yang paling ringan. Apakah maknanya? Ini bermakna, susu ibu sangat bagus dan berkhasiat tanpa perlu si anak/bayi tersebut mengambil makanan lain sehingga umur 2 tahun! Tapi dengan SYARAT! Syaratnya ialah, ibu hendaklah memastikan pemakanan yang diambil memenuhi nutrisi dan zat yang diperlukan agar anak/bayi tersebut turut menerima zat yang sama melalui susu ibu.


Lihat! Betapa banyaknya kebaikan susu ibu. Bukan hanya kepada bayi namun kepada ibu juga.


Saya akui, menyusukan bayi secara eksklusif bukan lah perkara mudah yang boleh dipandang ringan. Semangat dan kecekalan si ibu sangat perlu disamping support daripada suami, keluarga dan orang sekeliling.


Memang banyak halangan dan cabaran yang akan dihadapi untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Lebih-lebih lagi sebagai ibu yang berkerjaya, setiap hari terpaksa berjauhan dengan bayi selama 10-12 jam. Dengan tugasan di pejabat, stress, dengan masa yang singkat untuk mengepam susu, outstation, dan sebagainya.

Saya pernah mendapat feedback negative daripada orang sekeliling. Terlalu banyak negatifnya. Antaranya:
  • "Alah.. Anak aku minum susu formula ok je. Tak ada masalah pun. Penatlah nak menyusu lepas balik kerja.. Nak pam lagi.. Buat stok lagi.."
  • "Bagi je la susu formula, budak tu dah nangis-nangis tak cukup susu.."
  • "Susu formula je senang.. siapa-siapa pun boleh tolong buatkan susu dan jaga baby.."

Tapi, tahukah anda tentang kesan jangka masa panjang kesihatan bayi itu nanti? Saya dah alaminya. Perbezaan tahap kesihatan Arissa dan Alina sudah cukup jelas. Memanglah Arissa tiada sakit yang serius. Tapi perjalanan 24 bulan pertamanya sangat mencabar kerana selalu demam, sembelit, dan sebagainya.


Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi.

Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat Al-Quran tu?

Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula.

Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-

"Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
 
- Surah At-Thalaq, Ayat 6

Jadi susu ibu tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.

Semoga entry kali ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran.

Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga bermanfaat kepada semua. ^_^

* Credit to Mummy Maria @ MariaFirdaus.com.my

Anda seorang yang mementingkan kesihatan & kecantikan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

24 comments :

  1. susu ibu memang terbaik. bertuah ibu-ibu yang dapat menyempurnakan penyusuan..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca di mamacilik.com ^_^

      Delete
  3. Sy ada sedikit masalah disini..anak sy lhr 36week.dgn berat 1.8.after 1week berat dye jatuh 1.6..evry month checkup berat naik antara 200ke300gram je.n skng da 6bulan.berat br 4.9..sy bg spnuhny susu bdan...coz my bby xnk susu botol.even sy perah susu bdan.so sy nk tnye.in ths case xslh kn sy bg makanan pd bby sy?or ada cre lain .bole kongsi x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penurunan berat badan bayi 1 minggu selepas kelahiran adalah normal.
      Untuk nak mudahkan saya bantu saya rasa sis boleh whatsapp saya di 012-2207966.

      Mudah untuk kita bincang.
      InsyaAllah saya cuba bantu mana termampu. :)

      Affni Shahida
      Certified Health & Beauty Consultant

      Delete
    2. Sy pun ada masaalah pada berat baby, di klinik kesihatan berat baby 1.8kg..Tpi alhamdulillah bila pergi hospital berat baby sbnrnya 2kg. Bila lahir berat bayi sy 2.35kg. hampir juga kena tahan hospital SBB kurang gula dalam badan baby kata doktor. Tpi alhamdulillah, susu sy mencurah-curah. Berkat DOA dan pemakanan sunnah yang saya amalkan. Bayi sy sangat sihat walaupun berat x cukup. Sy hanya beri susu badan sahaja..Dan alhamdulillah juga Anak sy selamat daripada jaudis. Dan cukup sebulan berat anak saya meningkat. Dari 2.3kg sudah Naik 3.5kg Dan kini hampir 4kg lebih untuk masuk Bulan ke-2. Berat badan sy pun AMAT memuaskan Dan mendapat target. Menyusulah bayi Secara esklusif..memang banyak manfaat Dan kenaikkan ya.

      Delete
  4. Assalsmualaikum... saya ade beberapa persoalan.. saya menyusukan anak saya yg tlah genap 2 thun.. dan pada masa yg sama saya telah disahkn mengandung 2 bulan.

    haruskah saya mrneruskan penyusuan? Ank kedua sya masih ingin knnya walaupun saya teleh memberi Susu fomula.

    Ada ape2 krsan pada bayi dlm kandungan ke.. harap berkongsi yer..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalsmualaikum... saya ade beberapa persoalan.. saya menyusukan anak saya yg tlah genap 2 thun.. dan pada masa yg sama saya telah disahkn mengandung 2 bulan.

    haruskah saya mrneruskan penyusuan? Ank kedua sya masih ingin knnya walaupun saya teleh memberi Susu fomula.

    Ada ape2 krsan pada bayi dlm kandungan ke.. harap berkongsi yer..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  6. mudahnya Alina bercerai susu.Bagi laluan kat adik pulak ye

    ReplyDelete
  7. salam admin. anak saya dah berumur 8 bulan dan masih minum susu ibu secara eksklusif. byk kecaman yg saya terima kerana masih belum beri anak makan solid food. apa keburukannya pada anak jika saya teruskan pemberian susu ibu secara eksklusif?

    ReplyDelete
  8. Salam....sy nak bertanye if pn lebih arif @ dapat tahu dari mane2 ahli yg arif....

    Maksud susu ibu sepenuhnye selama 2tahun tu adalah perlu bayi diberi mknn selepas umurnya 6bulan?

    Berkenaan najis bayi, najis yg ringan apabila bayi bawah 2tahun yg hanye meminum susu ibu...jadi, adakah maksudnye selama 2tahun tersebut bayi sememangnye xperlu mknn lagi..sekadar cukup dgn susu ibu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, saya juga pernah terfikir pasal hal ini. Kemudian membuat beberapa pencarian maklumat tetapi masih belum mendapat yang sahih dan boleh di pegang. Jika ada lebih arif, sudilah kiranya berkongsi juga dengan saya. Terima kasih.

      Delete
    2. http://saifulislam.com/2016/05/bencana-membuat-modul-berteraskan-al-quran-tanpa-ilmu-alat/

      Delete
    3. Takda lagi jawapan utk soalan ni ye? Sbb sy pon masih lg confius susu ibu sepenuhnya tu, perlu beri makan lps 6 bulan ke?

      Delete
  9. Baby saya 8 bulan masih sepenuhnya susu ibu. Tp saya agak stress dgn family yg pusb suruh saya bg anak mkn. Kenaikkan berat badan ok. Masih rmi yg takde kesedaran pasal ni. Semua ingat 6 bulan mesti bg mkn kang baby lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby sepatutnya start 6 bulan dah mula mkn solid food. Tapi susu tetap beri susu ibu cuma once baby dah mula mkn tu, boleh beri air kosong utk lawaskan makanan. Lepas tu beri susu ibu mcm biasa. Anak saya umur 1 tahun 1 bulan baru nak mkn sbb sebelum tu dia mmg taknak mkn langsung n hanya bergantung susu ibu sepenuhnya. As long as berat baby masih dlm graf normal, should be okay. Saya dah refer to specialist/pakar nutrisi. Kalau boleh beri susu ibu sehingga 2 tahun dan beri makanan utk development baby.

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Terimakasih dengan perkongsian Affni. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  12. Salam, boleh saya bertanya, saya sedang menyukukan anak saya yang berumur 5 bulan, secara exclusive, dan merancang untuk berikan selama 2 tahun, namun saranan doc untuk terus menyusu hingga 2 tahun tetapi dengan bantuan makanan tambahan.

    Soalan saya Puan menyusu secara exclusive sehingga 2 tahun tanpa makanan tambahan?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...
    saya nak tanya..berdosa ke saya tak ikut saranan nurse di kk untuk beri mkanan tambahan kepada anak saya yg berumur 9 bulan...dye hanay minum susu bdan sepenuhnya...berat badan dye pun normal 9 kg lebih..ada tak yg bileh menjawab pertanyaqn saya...sy runsing sgt.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah faham dah penulisan ini..kita digalakkan menyempurnakan penyusuan sehingga umur 2 tahun..tetapi ini bukanlah bermakna kita tidak langsung memperkenalkan makan pejal apabila anak berusia 6 bulan. Tidak sesekali dinafikan khasiat susu ibu, tetapi kita tidak boleh bersandarkan berat badan sahaja yg dan terus menganggap bayi itu sihat dengan hanya susu ibu. Kalau macam tu senanglah, kita katakan org yg berisi tu sihat, yg kurus tu sakit..tidak semudah itu.

      Banyak lagi aspek perlu dinilai sblm boleh disimpulkan bayi tu sihat. Bagaimana dengan perkembangan bayi dr segi persediaan menerima makanan. Mengunyah, menghadam, mencernakan.. Percayalah apa yg disarankan oleh ahli perubatan selalunya bersandarkan pada hasil kajian dan bukan amalan semata mata.. Bygkan bayi tidak pernah diberi makan pejal sehingga 2 tahun dan apabila tiba hari jadi disuruh makan. Terkejutlah sistem dia.. bygkan selama ni bayi semulajadi telah mula ingin mencicip dan mahu mencuba makanan.. adakah puan sanggup biarkan saja naluri anak tu. Takkan nak tunggu sampai dia boleh cakap baru puan faham dia nak makan..

      Fikirkanlah.. dengarlah nasihat dr org yg lebih tahu yakni pakar, selagi tidak bercanggah dengan agama. Agama tidak pernah menghalang memberi makan pada anak, agama menyuruh wanita menyempurnkan penyusuan sehingga 2 tahun.. itupun bergantunglah kepada keaadan si ibu dan anak.. kasihanilah anak, jgn anak tersiksa dik kerana ibu bapa tersalah ilmu.

      Delete