Ammar 1st Day di Taska - Minggu Orientasi

Assalamualaikum... Salam pagi Isnin!

Minggu ni minggu terakhir saya bercuti sebelum masuk kerja balik.. Ohh.. Cepatnya masa berlalu.. Dan harini jugaklah Ammar berorientasi di taska..


Ammar ke Taska


Pagi tadi dah selamat hantar Ammar ke taska sama dengan kakak Alina. Fuhh.. Allah je tahu betapa sedihnya hati mama ni nak lepaskan Ammar bagi orang lain jaga. But I have to.. Sob Sob.. Minggu ni minggu testing, suai kenal, dan biasakan diri.. Bukan untuk Ammar je, tapi untuk cikgunya dan mama sekali.


Entah kenapa walaupun dah anak ketiga hati ni makin sedih nak hantar anak ke taska. Kalau ikutkan dulu masa Arissa & Alina, tak ada la sedih macam ni. Dulu rilekk jer.. Adakah mungkin sebab tragedi yang berlaku dalam family kami tahun lepas? Tragedi my sister's lil angle (arwah baby Zara)... Al-Fatihah..


Tadi hantar Ammar sampai ke bilik baby. Ammar pun masih tidur lagi masa tu. Alhamdulillah, keadaan persekitaran bilik dan keseluruhan taska adalah baik. Senang sikit hati mama tengok. Kami sekeluarga memang dah biasa dengan pengelola taska ni. Sejak adik-adik saya kecik lagi memang dia yang jaga. Cuma sekarang ni cikgu-cikgu baru lah yang menjaga sambil dipantau oleh Kak Ani (pengelola).


Ya Allah, Kau lindungilah anak-anakku dari segala bahaya dan penganiayaan walau di manapun mereka berada.. Hanya kepada-Mu aku memohon dan berserah.. Amin..


Inilah yang membuatkan hati ni meronta-ronta nak bekerja dari rumah. Jadi seorang working-at-home-mother (WAHM) yang dapat menjana pendapatan 4-5 angka sebulan. Anak-anak membesar depan mata.. Anak-anak makan hasil air tangan mama.. Apa yang dilalui oleh Mia di dalam eBook ini amat memberi inspirasi kepada saya. Saya juga ingin menjadi seperti Mia. Kepada yang belum membacanya, saya sangat sarankan anda baca. Baca sampai habis dan anda tahu kenapa. Klik pada gambar untuk download. Ianya PERCUMA!


Semoga Allah permudahkan dan beri petunjuk untukku dan keluargaku, di masa kini dan masa akan datang, dunia dan akhirat.. InsyaAllah.. Amin..

Alina di Playschool

Sebelum balik dari taska tadi, sempat tengok aktiviti pagi Alina di playschool. Beriadah bersama kawan-kawan di perkarangan playschool. 


Baru nak warm-up.. Semua 'stone' je lagi.. belum mandi.. hehe.. Cikgu dia kata, kejap lagi aktif la budak-budak ni.. hehe..

Harini banyak urusan yang nak diselesaikan. Sampai di sini dahulu..

Wassalam.

Salam sayang daripada:
.: MamaCilik :.


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :