TIPS: Sediakan Bubur Bayi Dalam 30 Minit!

Assalamualaikum pembaca Mamacilik.com semua,

Atas permintaan ramai selepas saya update status di Facebook saya, 'Affni Shahida' semalam mengenai skill mem'fillet' ikan merah untuk persediaan memasak bubur baby Ammar setiap pagi, harini saya nak kongsi sedikit cara penyediaan bubur ni.

Saya telah amalkan penyediaan sebegini sejak Alina berumur 6-7 bulan dulu. Menjadi seorang mama yang bekerjaya dan sering sibuk dengan kerja pejabat, sering outstation, sering balik lambat, saya akhirnya mendapat solution ini. Masa saya SANGAT BERHARGA!

Ia sangat mudah dan ringkas!

Masa penyediaan: 30 - 40 min

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sekali masak adalah:


Segenggam beras (dibasuh)
Seketul ikan merah yang siap di fillet (dicincang)

Serumpun kecil brokoli (dicincang)
Air panas

Nota: 
  1. Ikan merah boleh juga ditukar dengan ikan lain seperti ikan senangin atau ikan kurau. Isi ayam pun boleh juga.
  2. Brokoli boleh juga ditukar dengan carrot, bayam, kobis bunga, baby corn, atau pelbagai lagi sayuran lain.

Ikan merah yang telah di'fillet' sehari sebelum dan serumpun brokoli

Sediakan periuk kecil bersaiz 16cm / 18cm. Pastikan periuk ini digunakan khas untuk masak makanan baby sahaja yer. Jangan pula yang kita dah guna untuk masak lauk tu.

Masukkan beras dan air panas ke dalam periuk. Saya gunakan air panas untuk jimatkan masa.

Ikan merah dan brokoli yang telah dicincang

Ketika sedang mendidih tu, masukkan ikan merah yang telah dicincang tadi ke dalam periuk, diikuti dengan brokoli yang juga telah dicincang.


Biarkan bubur masak. Kacau sekali sekala bagi memastikan bubur tidak melekat dan hangus di dasar periuk. Masukkan secawan air panas lagi jika bubur agak kering.

Apabila tekstur bubur mulai pecah, tutupkan api.

Bubur yang telah siap dimasak dengan tekstur nasi bubur yang 'pecah' / hancur

Tuangkan bubur yang telah dimasak ke dalam baby blender. 

Blend bubur dalam 30 saat - 1 minit.


Tuangkan bubur yang dah siap di blend ke dalam thermos. 

Ini bagi memastikan bubur panas dengan lebih lama. Ikut pengalaman saya, sampai ke petang pun bubur masih warm dan dalam keadaan baik.

Bubur telah siap. Bubur yang lebih boleh dimasukkan ke dalam bekas makanan baby untuk makan malam. Saya simpan dalam fridge/chiller dan panaskan dalam microwave selama 30 saat sebelum diberikan kepada baby Ammar pada malamnya (dinner).

Saya suka dengan penyediaan macam ni sebab ia mudah bagi penjaga / cikgu di taska untuk mengendalikannya. Tak perlu naksimpan dalam peti sejuk kemudian bila nak makan nak kena panaskan semula. Bagi saya tu agak leceh.

Walaupun kita dah bayar taska untuk jaga anak kita dan ikut prosedur sepertimana yang kita mahu, tapi saya lebih suka mudahkan urusan cikgu yang menjaga anak-anak saya. Bila kita mudahkan urusan cikgu yang menjaga anak kita, insyaAllah cikgu rasa mudah dan kurang stress. Ingat yer.. Bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita..

Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda rasa ahli keluarga atau rakan-rakan anda perlukan tips ini dan akan mendapat manfaat daripadanya, saya mohon anda LIKE & SHARE tips ini.

Saya doakan anak-anak kita semua dapat khasiat yang terbaik dalam tumbesaran mereka.

Sekian. Wassalam. ^_^

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu? 

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment