Kisah Susu Ibu di Dalam Al-Quran — Penyusuan Bayi Menurut Islam
Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Seperti yang saya janjikan pada entry yang lepas, kali ni saya nak share tentang SUSU IBU menurut ISLAM.
Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu. Bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.
"Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu"
— Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Apa yang dapat kita simpulkan daripada firman Allah di atas?
✅ PERINTAH & SURUHAN
Terang lagi jelas. Ini memberi maksud ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN — iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan ibu dan anak.
Untuk pengetahuan, saya sangat kesal kerana tidak berjaya menyusukan anak sulung saya Arissa ketika dia masih bayi. Saya tahu saya silap besar! Saya tahu saya berdosa kerana tidak memberikan haknya. Saya menyesal kerana tidak bersedia dengan mencari ilmu yang sepatutnya dalam penyusuan — kerana ILMU PENYUSUAN sangat penting! Kerana itu saya merayu kepada anda supaya tidak melakukan kesilapan yang sama seperti saya.
Pengalaman membesarkan Arissa dan Alina juga banyak mengajar saya. Kalau diikutkan, kesihatan Alina yang minum susu ibu lebih baik berbanding Arissa… (maafkan mama Arissa..). Kerana itulah saya sangat menekankan tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu. Dan dengan kelahiran Alina (anak kedua saya), Alhamdulillah.. Saya berjaya menyusukan Alina sehingga umurnya 1 tahun 9 bulan.
"Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya"
— Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Memang belum cukup 2 tahun Alina menyusu dengan saya. Namun kesihatan diri saya tidak mengizinkan apabila saya mengandung pula anak yang ketiga ini. Tambahan pula, saya tidak memaksa Alina untuk berhenti menyusu. Dengan izin Allah, Alina dengan sendirinya tidak mahu lagi menyusu dengan saya. Apa-apa pun saya bersyukur dengan rezeki yang Allah tetapkan untuk Alina.
"Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."
— Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun.
Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.
Jadi, dengan kehadiran anak saya yang ketiga ini nanti, saya berjanji akan berusaha untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu dengan izinNya. Ya Allah, murahkanlah rezeki anak di dalam kandunganku ini dengan susu ibu dariku. Kawan-kawan pun tolong lah doakan saya ya.
SUSU IBU merupakan makanan terbaik yang Allah ciptakan khas bayi, berbanding lain-lain makanan bayi. Kerana itulah juga kita pernah belajar tentang najis bayi lelaki yang berumur kurang 2 tahun yang hanya menyusu ibunya — ia merupakan najis yang paling ringan. Apakah maknanya? Ini bermakna, susu ibu sangat bagus dan berkhasiat tanpa perlu si anak/bayi tersebut mengambil makanan lain sehingga umur 2 tahun! Tapi dengan SYARAT — ibu hendaklah memastikan pemakanan yang diambil memenuhi nutrisi dan zat yang diperlukan agar anak/bayi tersebut turut menerima zat yang sama melalui susu ibu.
Lihat! Betapa banyaknya kebaikan susu ibu. Bukan hanya kepada bayi namun kepada ibu juga.
Saya akui, menyusukan bayi secara eksklusif bukan lah perkara mudah yang boleh dipandang ringan. Semangat dan kecekalan si ibu sangat perlu disamping sokongan daripada suami, keluarga dan orang sekeliling.
Memang banyak halangan dan cabaran yang akan dihadapi untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Lebih-lebih lagi sebagai ibu yang berkerjaya, setiap hari terpaksa berjauhan dengan bayi selama 10–12 jam. Dengan tugasan di pejabat, stres, masa yang singkat untuk mengepam susu, perjalanan kerja dan sebagainya.
Saya pernah mendapat maklum balas negatif daripada orang sekeliling. Antaranya:
- "Alah.. Anak aku minum susu formula okey je. Tak ada masalah pun. Penatlah nak menyusu lepas balik kerja.. Nak pam lagi.. Buat stok lagi.."
- "Bagi je la susu formula, budak tu dah nangis-nangis tak cukup susu.."
- "Susu formula je senang.. siapa-siapa pun boleh tolong buatkan susu dan jaga bayi.."
Tapi, tahukah anda tentang kesan jangka masa panjang kesihatan bayi itu nanti? Saya dah alaminya. Perbezaan tahap kesihatan Arissa dan Alina sudah cukup jelas. Memanglah Arissa tiada sakit yang serius. Tapi perjalanan 24 bulan pertamanya sangat mencabar kerana selalu demam, sembelit, dan sebagainya.
Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi.
Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak JAGA KECANTIKAN atau MALAS dengan hal-hal susu ibu yang leceh — agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat Al-Quran tu?
Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternatif IBU SUSUAN pula.
"Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
— Surah At-Thalaq, Ayat 6
Jadi susu ibu tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.
Yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.
Semoga entry kali ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran.
Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga bermanfaat kepada semua. ^_^
* Kredit kepada Mummy Maria @ MariaFirdaus.com.my
Anda seorang yang mementingkan kesihatan & kecantikan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4–5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?
PERKHIDMATAN RUNDINGAN PERCUMA
&
PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA SHAKLEE!
WhatsApp:
+60 12-220 7966
Pengedar Sah Shaklee ID: 907196
Ulasan
Untuk nak mudahkan saya bantu saya rasa sis boleh whatsapp saya di 012-2207966.
Mudah untuk kita bincang.
InsyaAllah saya cuba bantu mana termampu. :)
Affni Shahida
Certified Health & Beauty Consultant
haruskah saya mrneruskan penyusuan? Ank kedua sya masih ingin knnya walaupun saya teleh memberi Susu fomula.
Ada ape2 krsan pada bayi dlm kandungan ke.. harap berkongsi yer..
Terima kasih
haruskah saya mrneruskan penyusuan? Ank kedua sya masih ingin knnya walaupun saya teleh memberi Susu fomula.
Ada ape2 krsan pada bayi dlm kandungan ke.. harap berkongsi yer..
Terima kasih
Maksud susu ibu sepenuhnye selama 2tahun tu adalah perlu bayi diberi mknn selepas umurnya 6bulan?
Berkenaan najis bayi, najis yg ringan apabila bayi bawah 2tahun yg hanye meminum susu ibu...jadi, adakah maksudnye selama 2tahun tersebut bayi sememangnye xperlu mknn lagi..sekadar cukup dgn susu ibu?
Soalan saya Puan menyusu secara exclusive sehingga 2 tahun tanpa makanan tambahan?
saya nak tanya..berdosa ke saya tak ikut saranan nurse di kk untuk beri mkanan tambahan kepada anak saya yg berumur 9 bulan...dye hanay minum susu bdan sepenuhnya...berat badan dye pun normal 9 kg lebih..ada tak yg bileh menjawab pertanyaqn saya...sy runsing sgt.....
Banyak lagi aspek perlu dinilai sblm boleh disimpulkan bayi tu sihat. Bagaimana dengan perkembangan bayi dr segi persediaan menerima makanan. Mengunyah, menghadam, mencernakan.. Percayalah apa yg disarankan oleh ahli perubatan selalunya bersandarkan pada hasil kajian dan bukan amalan semata mata.. Bygkan bayi tidak pernah diberi makan pejal sehingga 2 tahun dan apabila tiba hari jadi disuruh makan. Terkejutlah sistem dia.. bygkan selama ni bayi semulajadi telah mula ingin mencicip dan mahu mencuba makanan.. adakah puan sanggup biarkan saja naluri anak tu. Takkan nak tunggu sampai dia boleh cakap baru puan faham dia nak makan..
Fikirkanlah.. dengarlah nasihat dr org yg lebih tahu yakni pakar, selagi tidak bercanggah dengan agama. Agama tidak pernah menghalang memberi makan pada anak, agama menyuruh wanita menyempurnkan penyusuan sehingga 2 tahun.. itupun bergantunglah kepada keaadan si ibu dan anak.. kasihanilah anak, jgn anak tersiksa dik kerana ibu bapa tersalah ilmu.
Catat Ulasan