Percutian Keluarga yang BUKAN BIASA - BIASA

Assalamualaikum,

28 - 30 March yang lalu kami sekeluarga menghadiri percutian keluarga di Puteri Beach Resort, Port Dickson. Ia dianjurkan oleh mentor saya di dalam bisnes Shaklee. 


Pada hari pertama kami sampai agak lewat disebabkan beberapa perkara yang todak dapat dielakkan tambahan lagi dengan kesesakan trafik di lebuhraya.

Setibanya di sana, kami sekeluarga check in di kaunter khas yang disediakan untuk peserta Family Day Legasi Anugerah Terindah. Ia disertai seramai 70 buah keluarga! Sangat ramai dan itu hanya sebahagian kecil daripada group bisnes kami memandangkan tempat adalah terhad.

Program ini diadakan bagi merapatkan ukhwah sesama ahli di dalam group Legasi Anugerah Terindah (LAT) disamping perkongsian ilmu daripada mentor-mentor yang telah berjaya di dalam bisnes mereka. Seperti yang saya pernah ceritakan di dalam entry "BANGKIT" sebelum ini, 


"JIKA KITA MAHU BERJAYA, 
KITA PERLU BELAJAR DARIPADA ORANG YANG SUDAH BERJAYA!"


Peluang seperti ini memang tidak akan saya lepaskan. Dengan hanya membayar RM 300 untuk 3 hari 2 malam adalah sangat murah! Dengan hanya membayar seminima itu, segalanya telah tersedia. Makan 6 kali sehari, tempat tinggal, pakar motivasi, dan sebagainya. Kos sebenar program tersebut adalah lebih daripada RM100,000! Sumbangan dari 70 buah keluarga hanyalah berjumlah RM 21,000. Selebihnya ditaja oleh mentor saya di dalam LAT ini. Cuba bayangkan, mentor yang sebegini mahu melihat anak-anak didiknya berjaya. Sanggup mengeluarkan duit poket sendiri kerana Allah taala. Saya difahamkan mentor saya ni tiada kereta mewah/besar, belum punya rumah sendiri! Tapi apa yang dia buat adalah menyumbang ke jalan Allah. Mereka ingin lihat lebih ramai anak-anak didik berjaya seperti mereka.

Mentor saya ini sudahpun mendapat pendapatan 6 angka sebulan. Tidak sama ilmu yang ada pada mereka yang mendapat pendapatan 5 angka dengan 6 angka sebulan. Jadi, saya nak sedut segala ilmu daripada mentor yang hebat ini. Saya akan follow rapat-rapat sehingga berjaya, insyaAllah...

Secara jujurnya, sesi ini bukanlah sekadar percutian, bukan sekadar keseronokan beriadah, ia lebih daripada itu! 

Sepanjang program percutian keluarga ini, saya bukan sahaja dapat bertemu dengan mentor-mentor yang hebat. Namun, saya juga dapat bersemuka dengan ahli group bisnes yang selama ini saya hanya kenal di alam maya. Sebelum ini kami hanya berbual dan berbincang di Facebook, Whatsapp, dan Telegram. Walaupun sebelum ini kami tidak pernah berjumpa, tetapi ukhwah yang terjalin sangat mesra seperti kami sudah menjadi sebuah keluarga yang besar! Alhamdulillah... Saya bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang positif.

Hari Pertama - Malam

Saya sangkakan program yang akan diadakan adalah biasa-biasa seperti family day yang biasa dianjurkan oleh syarikat-syarikat lain. Namun, ianya sangat berbeza.

Kami dihidangkan dengan program yang berunsurkan kerohanian. Kami diingatkan bahawa kita menjalankan bisnes kerana Allah Taala. Sesi  malam ini menyedarkan para peserta untuk mendekatkan diri kepada Pencipta dalam segala hal. Dengan menjaga hubungan baik kita dengan Allah, bisnes kita turut akan semakin melonjak naik, insyaAllah..

Ramai orang yang sering menyangka jika mereka berjaya adalah disebabkan kebijaksanaan dan usaha mereka. Tapi mereka lupa, segalanya hanya dengan izin dan redha Allah s.w.t. Itulah yang ingin diterapkan oleh mentor kami. Agar niat kami betul dan meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah selepas berusaha untuk berjaya.

Redha Allah adalah yang paling penting! Mungkin ada juga yang kata, "Aku tidak beribadat pun kepada Allah malah aku selalu melakukan kemaksiatan. Tapi aku tetap kaya dan berharta sekarang. Banyak nikmat yang aku dapat". MasyaAllah.. Rasullulah s. a. w. bersabda:


"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


"Ya Allah, lindungilah aku dari tergolong dalam golongan yang Engkau istidraj. Semoga kenikmatan yang saya dapat sekarang ini adalah dengan redhaMu, Ya Allah.. Amin.."

Selepas sesi ini saya merasakan saya perlu berada dilandasan yang betul. Apakah pengakhiran kepada kehidupan kita? Adakah dengan bisnes ini kita boleh jadikan ia sebagai pencen kubur nanti? Allahuakhbar!

Subahanallah.. Memang saya tidak sangka saya berada di dalam group bisnes seperti ini. Alhamdulillah...

Sepanjang sesi malam ini, alhamdulillah anak-anak semuanya behave, tidak banyak ragam. Tengoklah si kakak-kakak ni siap duduk dan meniarap atas carpet menulis dan melukis sepanjang sesi berlangsung.



Hari Kedua

Hari kedua dimulai dengan solat subuh berjemaah di Dewan Camar dan diikuiti dengan aktiviti ringan mengenai 'Kekuatan Niat - Bila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita'. Ia dikelolakan oleh seorang penulis terkenal, Ateh Zuhairi.

Saudara Ateh juga memperkenalkan kepada kami mengenai Law of Universal Attraction. Ia menceritakan bagaimana untuk menjemput rezeki agar rezeki yang datang kepada kita, bukan kita yang mencarinya.

Saya sempat bergambar dengan saudara Ateh Zuhairi, 
penulis buku Law of Universal Attraction

Selepas sarapan pagi, bermulalah sesi perkongsian ilmu dari para Master Coordinator. Perkongsian yang sangat bermakna. Master Zahirah berkongsi dengan tajuk "Suci dalam debu". Lebih kurang macam mencari permata dalam pasir lah.. Di dalam banyak permasalahan terdapat peluang. Fokus kepada peluang yang ada, bukan kepada masalah.

Seorang leader di dalam group kami, Ayu diberi peluang untuk berkongsi mengenai perubahan hidup yang beliau alami selepas menjalankan bisnes Shaklee ni. Ayu berasal dari Sarawak. Seorang suri rumah tangga yang pada asalnya tidak memiliki pendapatan sendiri. Tapi beliau teringin untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Seorang yang sangat biasa-biasa. Tidak mempunyai laptop dan internet di rumah. Apa yang dilakukan adalah, beliau akan ke cybercafe setiap 2 jam bagi menjalankan perniagaan Shaklee ONLINE.

Pada mulanya beliau hanya berimpian untuk mendapat RM 2000 sahaja sebulan. Itu pun dah cukup baginya. Namun, sekarang ini, alhamdulillah beliau telah berjaya mendapat 5 angka sebulan! Kehidupan beliau kini sangat selesa. Syukur! Saya kagum dengan semangat beliau untuk berubah.

"Man Jadda Wa Jada", bermaksud 
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh berusaha, pasti mendapat hasil."


Group kami sememangnya mementingkan aspek perubahan hidup kepada yang lebih baik. Kenapa? Kerana bila hidup kita lebih baik, lebih ramai orang yang kita boleh bantu. Berubah demi kejayaan dunia dan akhirat, insyaAllah. Jika Ayu boleh untuk tidak beralasan, kenapa kita yang di kotaraya besar ni masih mahu berada di pulau alasan? Renung-renungkan... ^_^

Master Maria pula berkongsi mengenai rahsia bagaimana beliau dan suami boleh berada di puncak Master Coordinator hanya dalam 10 bulan! Sangat terinspirasi!!

Master Maria berkongsi bagaimana beliau berjaya 
ke puncak Master Coordinator dengan cepat

Kemudian perkongsian disambung pula oleh Master Firdaus dengan tajuk "Lead the Ship". Ianya berkisar bagaimana untuk kita menjadi a good leader bagi menerajui empayar masing-masing. Kata Master Firdaus, "Kalau kita masih belum berjaya, ini bermakna kita masih belum cukup membantu orang lain. Kita masih belum cukup menyentuh kehidupan orang lain".

Master Firdaus mengupas tajuk Lead The Ship dan 
memberikan tips-tips yang sangat berguna

Perkongsian disambung pula oleh Master Hafsah dan Master Laila. Tapi masa session ni baby Ammar pulak meragam so nak kena bawak jalan-jalan keliling dewan dan sebagainya. So kurang sikit tumpuan. Apa-apa pun, point penting yang saya dapat absorb ketika sesi ini adalah:
  1. FOKUS. Kita mesti fokus dengan apa yang kita lakukan. Mesti lakukan dengan sepenuh hati. 
  2. IMPIAN YANG JELAS. Vision board adalah perkara wajib yang perlu ada. Mesti jelas apa impian yang ingin dicapai dan bila untuk kita mencapai impian-impian tersebut. JELAS!
  3. TARGET. Perlu ada target jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kemudian TULIS & TAMPAL! Jangan dibiarkan ia terawang-awang di dalam kepala sahaja kerana itu dinamakan angan-angan.
Pada sebelah petangnya, Master Firdaus memberi Group Coaching kepada kami yang berada di bawah empayar Maria Firdaus. Semasa sesi ini berlangsung, saya dan Ammar sahaja turut serta. 

Master Firdaus bersemangat memberi ilmu kepada kami

Terdapat masalah yang dipersoalkan daripada beberapa orang dalam group ini mengenai kesibukan mereka dan mereka tiada masa untuk melakukan lebih baik lagi. Bila dah masuk bab pengurusan masa ni, Master Firdaus meminta saya untuk berkongsi bagaimana saya boleh lakukan sehingga ke hari ini.

Hidup saya memang huru-hara! Tapi saya ingin hidup luar biasa. Saya mempunyai 3 orang anak-anak yang masih kecil, tiada pembantu rumah, pergi dan balik kerja mengambil masa 3 jam perjalanan, menjaga orang tua yang sakit di rumah, segalanya saya lakukan sendiri. Saya berkongsi bagaimana saya harus disiplin diri untuk mengatur semuanya. Kita rancang dan buat. Allah penentu segalanya. Yang pasti, USAHA bukan beralasan!

Semua tekun mendengar tips-tips berharga dari Master Firdaus

Jom kita tengok mana perginya Kak Long Arissa dan Kak Ngah Alina!

Owh.. Pergi berenang rupa-rupanya Kak Long Arissa ni. Mana Kak Ngah Alina?

Tu dia! Belajar berenang dengan papa..

Berendam bersama-sama di dalam kolam air (swimming pool) 
sementara mama menuntut ilmu mengisi kolam jiwa.. hikhik...

Kak Long Arissa dengan Usu Fiqah

Pada malamnya pula kami dijamu dengan special dinner. Malam penganugerahan kepada mereka yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang di dalam bisnes ini.


Presidential Master-To-Be Hafizan, Zahirah, Hafsah, Maria, Firdaus

Anak-anak turut bermain di atas pentas ketika majlis berlangsung. Inilah yang bestnya bisnes kami. Tiada siapa nak marah. Bisnes ini adalah bisnes family. Kemana saja mesti ada anak-anak kecil. 

My great mentor - Presidential Master-To-Be Firdaus & Maria 
bergambar selepas menerima anugerah


Semua yang hadir pada Family Day Legasi Anugerah Terindah bergambar 
selepas Majlis Makan Malam dan Penganugerahan

Majlis selesai kira-kira jam 11 malam. Masing-masing kepenatan tapi seronok dan penuh dengan aura.


Inilah mummy Shaklee saya 
yang telah banyak berjasa dari saya tidak tahu apa-apa tentang bisnes

Siapa nampak Ammar di dalam gambar? Hehe.. Beginilah keadaan saya sepanjang sesi diadakan. Tidak kira bagaimanapun keadaannya, semangat untuk menuntut ilmu dan aura dari para mentor tidak dijadikan alasan! 

Bergambar bersama mummy & daddy Shaklee saya 
yang telah banyak membimbing setiap langkah saya di dalam bisnes Shaklee ni.

Bersama Kak Asnita dan Anisah sebelum pulang ke bilik masing-masing.

On the way ke bilik tersempak dengan nanny Shaklee saya, Master Ainul

Hari Ketiga

Pagi terakhir family day diisi dengan senamrobik dan diikuti dengan sarapan pagi.


Sesi penutup diadakan dengan sesi memaafkan orang lain dan saling sayang-menyayangi. Kami diminta meminta maaf dari semua orang dan mengucapkan terima kasih kepada insan yang banyak berjasa sepanjang perjalanan bisnes ini.

Pengajaran dan tips yang dapat saya kongsikan dengan anda selepas melalui satu program family day yang SANGAT LUAR BIASA ini adalah:

1. Jika nak buat bisnes, carilah mentor yang betul. Mentor yang bagus akan membantu anda untuk berjaya dengan lebih cepat.

2. Jika baru nak belajar buat bisnes, buatlah bisnes ONLINE. Ia lebih mudah, modal yang sangat rendah, tidak perlu sewa kedai, dan masa yang flexible.

3. Jika nak buat bisnes, jangan tinggalkan 'akhirat'. Kejar dunia dan akhirat. 

4. Jika nak buat bisnes, carilah group yang betul. Untuk berjaya, anda perlu dikelilingi oleh orang yang berjaya. Mereka akan memberikan 'caj' yang positif dalam diri kita untuk terus berjaya.

5. Jika nak buat bisnes dan nak berjaya, kurangkanlah beralasan. Itulah musuh besar untuk berjaya dalam bisnes.

6. Jika baru nak cuba-cuba buat bisnes, fokuslah kepada satu bisnes sahaja. Dah berjaya nanti lain cerita. Fokus! 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mentor kami Master Ira kerana sudi menganjurkan program yang sebegini. Hanya Allah saja dapat membalasnya.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang percutian luar biasa ini...

Pertemuan selepas 16 tahun dengan senior saya ketika di Sekolah Menengah Sains Selangor, Kak Sue. Sekali lagi Shaklee menjadi asbab pertemuan kami.

Kak Long Arissa teringin nak bergambar di atas pentas

Rupanya ada orang candid gambar saya dan Anisah ketika sedang kusyuk mendengar ^_^

Itu sahaja dahulu. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat member manfaat kepada anda diluar sana terutama ahli group susur galur Legasi Anugerah Terindah yang tidak dapat hadir.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. best! rasa mcm dd dah join je family day ni lepas bc entry kak affni :)

    ReplyDelete