Ke'BANGKIT'an di Berjaya Times Square Hotel - BANGKIT 2014!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah hari yang mengujakan! Namun pelbagai cabaran telah ditempuhi. Malam sebelumnya saya mula rasa sakit tekak. Badan dah macam nak demam. Walhal keesokan paginya nak kena bangun awal untuk menghadiri Bangkit 2014, salah satu program Dr. Azizan Osman. Sangat risau JIKA saya sekali lagi terpaksa membatalkan kehadiran akibat demam. Dulu pernah sekali terpaksa cancel last minute dek kerana Arissa demam.



Apa lagi.. Terus capai Nutriferon sebagai langkah pencegahan daripada terus melarat. Nutriferon? Nanti saya ceritakan secara terperinci mengenai nutriferon ni ye. Secara ringkas saya katakan, Nutriferon ni berfungsi untuk menguatkan sistem imun badan kita. 


Selain daripada tu, manfaat utama nutriferon adalah:
  1. Mencegah daripada virus dan flu
  2. Melawan kanser dan tumor
  3. Mengurangkan stress dan kelesuan
  4. Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk melawan bakteria
  5. Membantu mengurangkan simptom PMS

Saya bangun seawal 4 pagi sebab menyusukan Ammar. Lepas tu nak kena siapkan kelengkapan anak-anak yang nak ditinggal setengah hari dengan papa. Selesai je solat Subuh, zaasss saya terus bertolak ke Berjaya Times Square Hotel dari Nilai. Saya sampai sana dalam jam 7 pagi. MasyaAllah.. ramainya orang!


Dah siap buat pendaftaran, dah dapat gelang tangan peserta seminar, kena pula beratur di depan dewan ni sambil menunggu kebenaran untuk masuk dewan.


Segalanya bermula jam 8.30 pagi dengan aktiviti senaman dengan iringan lagu Michel Telo - Bara Bara Bere Bere.. Semua peserta sangat teruja dan bersemangat! 

Sepanjang seminar, pelbagai tips dan ilmu yang saya dapat. Banyak! Antaranya yang saya boleh kongsikan di sini adalah:
  1. DUPLICATE orang yang dah berjaya dalam bidang yang kita nak ceburi. So kita tak akan sentiasa 'langgar dinding'! Cari MENTOR!
  2. Ikut EXACTLY apa yang MENTOR suruh buat (yang baik je la).
  3. Orang yang BIASA-BIASA akan fikir macam mana nak berhutang/bergadai apabila nak beli sesuatu, manakala orang yang LUAR BIASA (selalunya orang bisnes) akan fikir macam mana nak cari duit untuk beli sesuatu yang diimpikan.
  4. Kita dah dibiasakan dengan mentaliti tipikal iaitu, "Belajar pandai-pandai, nanti dapat kerja bagus & gaji besar". Hakikatnya?
  5. Untuk berjaya, seseorang itu harus SANGGUP BELAJAR.
  6. Everything starts in MIND. Jika kita kata kita akan dapat 30K sebulan, itulah yang kita akan dapat. Jika 3K, itulah juga. Ini kerana, apa yang kita fikirkan adalah DOA.
  7. TINDAKAN yang sama akan beri hasil yang sama. Jika kita nak HASIL yang BERBEZA, harus ada tindakan yang berbeza (new approach).

Sepanjang seminar, saya sempat berkenalan dengan beberapa kenalan baru. Ada yang dah ada bisnes tapi masih ramaiii lagi yang tercari-cari bisnes untuk dijalankan. Jika anda pun masih lagi mencari bisnes yang sesuai, saya sarankan anda baca eBook "Sorry Boss, Saya 'Terpaksa' Berhenti Kerja" ini. Anda boleh klik dan download eBook tersebut pada link. Ianya PERCUMA! Ramai yang telah dapat inspirasi dari jalan cerita kisah benar ini. Dan ramai jugalah yang telah dapat membuat keputusan, bisnes apa yang mereka boleh mulakan setelah membaca eBook ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

Di akhir seminar kami di 'surprise' kan dengan kehadiran tetamu istimewa. Seorang public figure, tentunya anak didik Dr. Azizan Osman. Beliau telah berjaya mendapat jutaan ringgit (saya tak ingat figure sebenar) setelah melakukan bisnes EXACTLY seperti apa yang DAO ajarkan. Beliau adalah AFDLIN SYAUQI!

Afdlin telah bercerita bagaimana perjalanan kejayaan beliau yang kini sibuk dengan permintaan Pelikat Pants yang semakin popular dan menjadi ikutan ramai.


Itulah penutup seminar Bangkit semalam. Testimoni daripada orang tang telah berjaya! Banyak ilmu yang saya dapat daripada seminar ini. Apa yang saya kongsikan di sini sudah tentu tidak sama atau terlalu sedikit dibandingkan jika kita hadir sendiri ke seminar Bangkit 2014 ini.

Bergambar bersama anak Shaklee saya, Farah Hannan 
selepas sedut semua aura bisnes di dalam dewan - EVERYTHING STARTS IN MIND!

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Wassalam..

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment