Kunci Kereta Itu Milik Aku! - NC 2013/2014 Part 1

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai sudah hari pertama Shaklee National Conference yang berlangsung di Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur semalam. Event ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7-8 Jun 2014.

Shaklee National Conference ini diadakan bagi meraikan kejayaan semua Independant Distributor Shaklee terutamanya yang berjaya dengan cemerlang dalam bisnes Shaklee mereka. Pelbagai kategori awards yang akan disampaikan sepanjang event 2 hari ini.

Tahun lepas, saya hadir sebagai pemerhati sahaja. Maklumlah masa tu baru je join Shaklee. Masih blur-blur lagi. Tu lah orang kata, POWER OF VISUALISATION. Saya bayangkan saya yang naik ke pentas untuk terima awards. 

Syukur kehadrat Allah, hasil doa dan usaha kami sepanjang tahun lepas, saya dan Yusri berjaya untuk layak menerima 2 awards iaitu:



  1. Car Bonus Achiever
  2. Business Growth - New Rank Achiever
I am the STAR ACHIEVER AWARDS qualifier!


Kami sampai di sana lebih kurang jam 10.30 pagi. Ingatkan belum ramai yang hadir sebab event start selepas Zohor. Sekali tengoklah, beratur punya panjang untuk pendaftaran. Kami selesai pendaftaran dalam pukul 11.30 pagi.

Jadi sementara menunggu untuk pendaftaran kami manfaatkan masa yang ada dengan bergambar di sekitar event.

Bergambar di Panel Poster Presidential Master Cery - 
Visualize satu hari nanti gambar kami pula ada di sini ^_^

Beratur di Barisan Para Penerima Awards

Alhamdulillah.. Cabutan bertuah hari ini saya dapat B-Complex!
Kita tunggu pula esok macam mana yer.. Hehe..

Power of Visualization - Tahun depan, gambar kami akan berada sebaris dengan mentor kami, Maria & Firdaus

Layout hall - Besar kan! Kami duduk di bahagian depan yang bewarna purple tu

Sementara menunggu majlis bermula, sempat bergambar selfie. hehe..

Majlis bermula dengan Master Coordinators Grand Parade

Master Coordinator merupakan rank tertinggi di dalam bisnes Shaklee. Jadi, ini adalah penghargaan buat mereka yang telah berjaya hingga ke tahap ini. Master Coordinators disambut mesra oleh Victor Lim, Shaklee Malaysia President.

Di dalam bisnes Shaklee ni, di atas saya ada 6 orang Master Coordinators yang hebat-hebat! Mereka adalah, Presidential Master Cery, Presidential Master Nur Laila, Master Nur Zahirah, Master Hafsah Mardhiah, Master Ainul Shahrazad, dan Master Maria Firdaus. 

Memandangkan saya dan Yusri duduk di bahagian tengah depan dewan, dan betul-betul di sebelah red carpet, jom tengok, siapa yang saya dapat 'tangkap' untuk bergambar dan sedut aura mereka! ^_^


Ini dia.. Presidential Master Nur Laila, my great great grandnanny in Shaklee!

Ini pula Master Ainul Shahrazad &Dzuha, my nanny in Shaklee

Semestinya mentor kesayangan saya, Master Maria & Firdaus, 
mummy & daddy Shaklee saya ^_^

Selesai Master Coordinators Grand Parade, para hadirin dipersembahkan dengan tarian tradisional rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Kemudian disambung pula dengan kata-kata aluan daripada Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim dan seterusnya mengalu-alukan kehadiran beberapa orang VVIP Shaklee. Ia diikuti dengan ucapan daripada Presiden Shaklee International, Mr. Bradford Richardson.

Produk baru yang ditunggu-tunggu turut dilancarkan. Phytocol-ST, membantu mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) di dalam badan. Memang sangat best! 


Gimik pelancaran produk baru Shaklee di Malaysia

Phytocol-ST Shaklee


Nak nak masa conference ni berlangsung, Shaklee buat promosi beli 6 PERCUMA 1 botol Phytocol-ST. Memanglah saya tak lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Nanti di entry lain saya cerita mengenai produk baru yang kebabom ni yer..

Sementara menunggu giliran untuk dipanggil ke atas pentas, kami di Empayar Maria Firdaus sempat berkumpul di tepi dewan.


Jejaka-jejaka tampan MFMS

MFMS Girls Power! 
Kak Faeza yang masih dalam pantang pun semangat datang ke NC untuk turut sama meraikan kejayaan. Mummy Shaklee sihat cergas! Hehe..


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Para Star Achiever Qualifiers dipanggil ke atas pentas untuk menerima anugerah mengikut kategori.


Victor Lim congratulate us for the achievement


Posing selepas penerimaan Car Bonus Achiever's Award

From left: 'Anak' Shaklee saya MommyShahab & DaddyShahab, 
Arham & Faeza, Syakila &Muza

MFMS Car Bonus Achievers on Stage!

Begitulah kisah hari pertama Shaklee National Conference. Tunggu sambungan kisah hari kedua pula yer. Oklah, sekarang nak bersiap untuk hari kedua pula hari ni. Satu lagi award menanti kami. Seronok seronok seronok!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

MARIAFIRDAUS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment