Senggugut Di Zaman Remaja - Painkiller Bawa Padah!

Assalamualaikum w.b.t

Semoga anda semua sentiasa dibawah perlindungan Allah s.w.t.

Baru-baru ni, kalau tak silap saya awal Ramadhan haritu, saya telah di'invite' masuk ke dalam group Whatsapp ahli kelas sewaktu saya berada di tingkatan 5, tahun 2000 dulu. Kelas 5 Usaha, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Cheras banyak memberi kenangan kepada saya.

Kenangan bersama kawan-kawan kelas 5 Usaha tahun 2000

Tertubuhnya group ni telah menyambung dan merapatkan  lagi ukhuwah di antara kami. Untuk pengetahuan anda, ahli kelas kami ni dah macam adik beradik pun. Maklumlah kami sekolah berasrama penuh. Kebanyakan aktiviti kami lakukan bersama.

Ya Allah, sangat indah kenangan-kenangan itu. Pahit manis berdikari bersama rakan seperjuangan. Terlalu banyak untuk diimbas.

Kenangan Tak Berapa Nak Manis


Sebenarnya, satu kisah yang diceritakan kepada saya baru-baru ni membuatkan saya lebih terkesan. Saya mendapat perkhabaran tentang seorang kakak peniaga makanan di Perak. Selalunya mereka berniaga berdua. Tapi satu hari tu seorang saja yang ada.

Bila ditanya, rupa-rupanyanya kakak yang seorang lagi tidak sihat. Dia tidak dapat berniaga kerana perlu melakukan dialisis disebabkan buah pinggangnya dah rosak. Allahuakhbar!
 


Kakak tu kata lagi, ia berpunca daripada kebergantungan kepada painkiller semata-mata untuk meredakan kesakitan senggugutnya sewaktu mudanya. 



Mendengar je puncanya terus saya terimbas kembali waktu remaja saya di SMSS. Saya juga mengalami senggugut yang teruk setiap bulan!

Ia merupakan antara kenangan yang tak berapa nak indah di SMSS. Kesakitan yang saya rasai setiap bulan sejak saya berumur 16 tahun (seingat saya lah). Setiap bulan saya akan mengalami senggugut. Tidak boleh tidak, memang sekurang-kurangnya satu hari saya akan menanggung kesakitan yang amat sangat sampaikan saya pernah muntah dan hampir pengsan!

Berada di sekolah berasrama penuh, tiada istilah cuti sakit untuk kami. Sakit macam mana pun selagi boleh berjalan / dipapah, kami akan diarahkan masuk ke kelas pembelajaran setiap hari. Pada masa tu, disebabkan 'malas' nak dengar leteran cikgu, saya akan ke kelas juga. Tapi di kelas saya akan tidur! Tidurlah saya tunduk di meja sementara rakan-rakan lain meneruskan sesi pembelajaran.


Malu? Ya, saya malu sebenarnya dengan rakan sekelas lebih-lebih yang lelaki. Sebagai remaja yang tidak terdedah dengan dunia luar, apa yang mereka tahu? Mereka sering bertanya kenapa saya asyik sakit dan tidur di dalam kelas. Jawapan mudah rakan-rakan perempuan yang lain adalah, "Affni demam". Sekali dua boleh la jawab demam. Dah kalau setiap bulan pun macam tu, mestilah mereka terus-terusan bertanya.

Apa Itu Senggugut?


Senggugut atau PMS (Sindrom Pra-Menstruasi) adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing berada.

Dalam bahasa saintifik, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea" *


8 daripada 10 wanita akan mengalami masalah senggugut lebih-lebih lagi bagi wanita yang belum pernah hamil. Tahap kesakitan yang ditanggung berbeza bagi setiap individu.

Senggugut berlaku disebabkan pengeluaran hormon Prostaglandin. Ia menggalakkan pengecutan rahim supaya darah haid keluar dari rahim. Lazimnya ini adalah normal dan setiap wanita normal tidak boleh lari dari masalah ini.

Namun begitu, ada sesetengah wanita mengalami pengeluaran hormon Prostaglandin yang sangat banyak dan mengakibatkan rahim mengecut secara berlebihan dan menyebabkan sakit yang teramat sangat terutamanya di bahagian bawah abdomen dan bahagian belakang.

Senggugut Primer *

Berlaku kepada kebanyakan remaja perempuan tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder *

Senggugut ni pula disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. 

Antara puncanya:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Allahuakhbar! Sangat menakutkan. Saya alami senggugut sejak remaja. Tapi baru sekarang ni saya sedar dan tahu tentang senggugut.


Ada juga yang kata senggugut ni berpunca dari cakaran iblis pada rahim. Wallahualam..

Sakit Sangat Ke Affni? Betul Ke Sakit?

Jangan tak tahu, ada di antara rakan-rakan yang kata saya mengada-ngada. Ya Allah, bestnye kalau kesakitan itu betul-betul tidak benar kan? Hanya Allah yang tahu!




Setiap bulan saya TERPAKSA ambil pain killer! Ponstan to be specific. Tak main dah paracetamol. Setakat paracetamol/panadol memang tak jalan! 

Masa tu saya sering dimomokkan dengan cerita bahawa kalau dibiarkan sakit tu nanti kita susah nak mengandung! Ia benar. Tapi sebenarnya bukan painkiller penyelesaiannya! Sebab painkiller tu hanya berfungsi untuk membuatkan otak kita mentafsir sakit itu kepada tidak sakit. Ia bukan mengubati punca sebenar senggugut. 

Sebagai remaja perempuan yang masih sekolah, mestilah takutkan? Macam mana dengan masa depan saya? Sangat naif masa tu. Saya terima dan percaya saja apa yang diperkatakan orang.

AWAS!!! Ini akan mengundang risiko kegagalan buah pinggang jika diambil untuk jangka masa yang panjang!

Jadi, bila dah takut, memanglah saya makan painkiller. Tapi ada seorang rakan saya yang terkejut bila tahu saya makan painkiller. Dia kata, "Affni, kenapa makan ponstan? Tak elok tau untuk buah pinggang..". Tapi masa tu hanya dia seorang yang menasihati macam tu dibandingkan dengan orang lain yang 'galakkan' saya telan ubat termasuklah doktor. Hmm..

Zaman tu tahun 2000 mana ada komputer dan internet di sekolah yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Boleh kata kami di sekolah tu memang terasing dari dunia luar. Yang ada pun hanyalah tv, surat khabar dan majalah. Itu pun entah bila masa dapat luangkan masa.



Saya juga pernah gosok perut saya dengan seterika beralaskan kain batik tau!  Sampai macam tu sekali. Berpeluh-peluh menahan sakit.


Komplikasi
  1. Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung - Masalah rumahtangga boleh berlaku)
  2. Mental - stres, tidur terganggu (Kesihatan aktiviti harian akan terjejas)


Sekarang? Apa Pilihan Yang Ada?

Alhamdulillah sekarang ni saya tidak lagi mengalami senggugut yang serius. Mungkin sebab dah berkahwin dan dah mempunyai 3 orang anak. Saya bersyukur sangat sebab masih ada rezeki saya untuk mempunyai anak-anak.

Ada juga di antara rakan saya yang masih belum ada rezeki dikurniakan anak dan masih mengalami senggugut. Saya sarankan supaya bagi mereka yang sudah berkahwin tapi masih belum ada rezeki anak dan masih mengalami senggugut, segeralah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Buat pemeriksaan kesihatan dengan terperinci. Bila kita tahu punca, lebih mudah untuk kita cari jalan penyelesaian.

Kepada adik-adik remaja diluar sana atau ibu kepada anak-anak remaja, saya nak bagitahu, anda ada pilihan. Disamping kita mohon dan berdoa daripada Allah, kita perlu usaha. Kita ada pilihan yang lebih selamat dan semulajadi. Kita ada GLA Complex sebagai alternatif.



Dah ramai pun yang mendapat perubahan yang positif dengan pengambilan GLA Complex daripada Shaklee. Rakan sepejabat saya tidak lagi mengalami senggugut setelah makan GLA dengan cara dan panduan yang betul dan seorang lagi rakan yang lain berjaya hamil setelah setahun lebih belum ada rezeki.. GLA juga salah satu asbabnya (dengan izin Allah), alhamdulillah... 

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah makan GLA Complex:




Jangan sampai dah jadi macam kisah kakak peniaga makanan tadi yer. Terlalu bergantung kepada painkiller kemudian menanggung kerosakan buah pinggang dan kena dialisis pulak. Nauzubillah..

Ya Allah, lindungilah kami semua dari perkara-perkara yang tidak baik. Berilah kesihatan kepada semua pembaca Mamacilik.com. 

Jika anda rasa perkongsian saya ni dapat memberi manfaat kepada ramai orang diluar sana, saya mohon anda untuk LIKE & SHARE kepada keluarga dan rakan-rakan.

Wassalam.

*sumber dari www.myhealth.gov.my

Nota: Promosi GLA sedang berlangsung sepanjang bulan Ogos 2014 ini. Jangan lepaskan peluang!


SHAKLEE IS ALWAYS SAFE, WORKS, & GREEN!
SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN, & SEMULAJADI!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment