Assalamualaikum,
Apa khabar? Saya doakan pembaca MamaCilik.com sihat sejahtera.
Saya baru sahaja selesai program Train The Trainer (TTT) Shaklee Nutrition (Module 1) hujung minggu lalu. Fuhh.. Alhamdulillah, sangat banyak ilmu baru yang saya pelajari. Terlalu banyak juga ilmu yang saya nak kongsi dengan anda, pembaca setia MamaCilik.com.
KALSIUM DAN TULANG
Salah satu perkara yang kita kurang ambil perhatian adalah mengenai kesan kalsium kepada badan kita. Apa yang kita tahu, kalsium sangat penting untuk tulang, dan gigi kan?
Ya, itu adalah asasnya.
Tahukah anda, kalsium di dalam badan kita akan menyebabkan batu karang? Iyer ke? Betul ke?
