TIPS: 7 Langkah Mudah Fillet Ikan

Assalamualaikum mama/mommy/umi/ibu/mak sekalian,

Juga kepada papa/daddy/abi/ayah/bapa.. Salam ukhuwah saya ucapkan.

Walau apa pun gelaran anda sebagai insan yang telah melahirkan dan mendidik khalifah Allah di muka bumi ini, saya percaya anda adalah insan yang sangat hebat! Insan yang sangat mementingkan kesihatan dan kebahagiaan anak-anak dan keluarga.

Dalam entry sebelum ini, saya ada berkongsi dengan anda dan ramai ibu di luar sana tentang TIPS: Sediakan Bubur Bayi Dalam 30 Minit! 

Hari ni saya nak berkongsi dengan pula dengan anda tips dan kaedah mudah untuk fillet ikan.

Kebetulan hari ni cuti. Jadi saya manfaatkan masa hari ni untuk menyediakan kelengkapan anak-anak dan keluarga bagi menghadapi hari-hari yang mendatang yang sudah tentunya merupakan hari dan minggu yang sangat sibuk kan!

Sebenarnya semalam peraih ikan di Lukut telefon. Dia kata, ada nelayan yang dapat ikan kurau seberat 6 kg SEEKOR! Banyangkan seekor berat 6 kg, memang besar!



Saya sukakan ikan kurau kerana khasiatnya. Seorang kenalan berbangsa cina juga pernah berkongsi dengan saya tentang khasiat ikan kurau. 

Ikan kurau dipercayai dapat membantu menambahbaik kesihatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru selesai pembedahan, ibu yang baru melahirkan bayi, dan orang sakit.

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PROSES FILLET IKAN


Ok, sebelum saya terangkan cara-cara mudah fillet ikan, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan kepada anda. Ini bertujuan bagi melancarkan lagi proses tu nanti yer.
  1. Pastikan PISAU yang digunakan tidak terlalu besar (kecil atau sederhana)
  2. Pastikan juga pisau tersebut TAJAM!
  3. Biarkan ikan SEPARA BEKU sebelum di fillet. Ini bagi memudahkan kita untuk memegang ikan tersebut, dan dapat mengelakkan ikan daripada hancur.
  4. BEKAS yang akan digunakan bagi menyimpan ikan adalah yang mempunyai daya tahan yang tinggi untuk disimpan di dalam freezer.

LANGKAH-LANGKAH MUDAH FILLET IKAN

Langkah 1: Sediakan ikan yang hendak di fillet.

2 keping ikan kurau dibelah dua. Saya minta peraih ikan tu potongkan siap-siap

Langkah 2: Mulakan dari bahagian hujung tengah tulang ikan. Potong mengikut sisi tulang di tengah. Rapatkan pisau pada tulang dan potong. Pastikan pisau anda cukup tajam yer. Langkah ini bagi memisahkan ikan daripada tulangnya.


Siap untuk sebelah bahagian

Langkah 3: Sekarang kita lakukan pula untuk bahagian ikan yang sebelah lagi. Mulakan dari bahagian hujung ikan. Potong dan leretkan pisau sehingga ke penghujung yang satu lagi. 

Mulakan dari penjuru hujung ikan

Seterusnya pisahkan isi ikan daripada kulit

Langkah 4: Potong isi ikan yang telah di fillet kepada 2-3 bahagian mengikut kesesuaian saiz ikan yang dikehendaki. Saiz satu bahagian ikan yang dipotong adalah sebanyak mana untuk kita masak setiap kali.

Saya potong kepada 3 untuk mendapat saiz yang lebih kecil

Langkah 5: Basuh dan toskan isi ikan yang telah siap di fillet.


Semua ikan telah siap di fillet. Tos ikan sebelum disimpan.

Langkah 6: Simpan di dalam bekas tahan beku yang telah disediakan. Pastikan bekas juga kering sebelum menyimpan fillet ikan.


Simpan di dalam bekas yang boleh tahan pada suhu beku (freezer). Ingat yer, tidak semua bekas makanan mempunyai daya tahan beku. Saya gunakan jenama Tupperware.

Langkah 7: Simpan di dalam freezer bagi mengekalkan kesegaran fillet ikan.


Fillet ikan kurau dah siap dan sedia untuk disimpan di dalam freezer. 3 bekas fillet ikan ini boleh bertahan untuk 3 minggu penggunaan (kalau setiap hari ikan la)

Itu sahaja 7 langkah mudah fillet ikan. Mudahkan? Cubalah dulu. Ia sangat membantu saya dalam menyediakan bubur baby Ammar setiap pagi. CEPAT, MUDAH, RINGKAS!


Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana. Jika anda rasa ahli keluarga atau rakan-rakan anda perlukan tips ini dan akan mendapat manfaat daripadanya, saya mohon anda LIKE & SHARE tips ini.

Saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya ada. Mungkin kita dah tahu, tapi mungkin masih ramai ibu-ibu diluar sana masih tercari-cari tips seperti ini.

Saya doakan anak-anak kita semua dapat khasiat yang terbaik dalam tumbesaran mereka.

Sekian. Wassalam. ^_^

Anda mementingkan pemakanan berkhasiat, dan kesihatan yang baik untuk anak-anak serta keluarga?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan PROMOSI bulan ini untuk kesihatan yang optimum & penjimatan yang TERHEBAT!

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment