Memaparkan catatan dengan label bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersalin. Papar semua catatan

Testimoni Shaklee Set Bersalin Menyusu Pilihan Ramai

Testimoni Set Bersalin Menyusu Shaklee

Mengimbau kembali my Shaklee journey. Bagaimana ia bermula? Sejak 2011, terlalu banyak Shaklee effects yang saya, husband, anak-anak, mama, abah, family dah dapat sebenarnya. Hari ni saya nak kongsikan dengan semua, shaklee effects saya yang pertama, testimoni shaklee saya yang pertama. Shaklee effects yang buat saya jatuh cinta dan sayang sangat Shaklee. Shaklee effects yang mengubah segalanya. Testimoni Shaklee saya sendiri dengan Set Bersalin dan Menyusu Shaklee yang kini menjadi Set Bersalin Menyusu pilihan ramai.

Sebelum tu, sedikit kronologi tentang Set Bersalin Menyusu Shaklee dalam journey saya sebagai mama anak 5.


👧🏻Anak PERTAMA: Arissa - Belum kenal Shaklee

👧🏻Anak KEDUA: Alina - Belum kenal Shaklee sewaktu hamil. Hanya mula kenal Shaklee menjelang waktu bersalin. Di sinilah segala bermula.

🧒🏻Anak KETIGA: Ammar - Hamil, Bersalin, Menyusu dengan Shaklee 

🧒🏻Anak KEEMPAT: Anas - Hamil, Bersalin, Menyusu dengan Shaklee 

👧🏻Anak KELIMA: Anis - Hamil, Bersalin, Menyusu dengan Shaklee 


PENGALAMAN NGERI BERSALIN ANAK PERTAMA

TWB & MoRec Bantu Wanita Selepas Bersalin

By: Affni Shahida Jamaludin

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta MoRec, atau nama panjangnya Mother's Recovery (Kursus Penjagaan Ibu Selepas Bersalin) yang telah diadakan pada 18 Ogos yang lalu kerana telah tamat kursus dengan jayanya.

Ini merupakan pelancaran projek Mother's Recovery (MoRec) dengan kerjasama projek The Walking Beauty (TWB) mobile spa.

Peserta Kursus Diberikan Sijil Penyertaan Setelah Tamat Kursus

MoRec merupakan satu projek yang membuka peluang kepada wanita-wanita di luar sana yang berminat untuk belajar tentang penjagaan ibu selepas bersalin. Paling menarik, MoRec menitik beratkan penjagaan ibu selepas bersalin dengan kaedah moden dan tradisional.


Confinement Lady Vs Jagaan Mak

Siapa kat sini, hire confinement lady untuk penjagaan selepas bersalin? Angkat tangan!

Siapa pula yang masih mengharapkan perhatian mak untuk jagaan selepas bersalin?

Apa pun pilihan kita, semestinya ianya yang terbaik untuk kita kan? Tak semestinya yang terbaik untuk orang itu juga terbaik untuk kita. Situasi setiap orang berbeza kan?

CONFINEMENT LADY Vs JAGAAN MAK


Zaman sekarang ni semakin ramai sebenarnya yang perlukan khidmat confinement lady (CL). Saya sendiri pun turut ambil khidmat confinement lady ni waktu bersalin anak ke-5. Sebenarnya dari anak sulung lagi saya cari confinement lady ni tapi tak jumpa. After 8 years baru lah agak mudah nak jumpa confinement lady ni di bandar-bandar besar macam KL ni.

Demand atau permintaan khidmat CL ni sangat tinggi tau. Macam saya kata tadi, after 8 years baru mudah nak jumpa CL kan? Tapiii.. Agak susah juga nak dapatkan CL yang available kalau kita tak book awal. Dah jadi macam kewajipan pulak kalau nak book CL kena seawal 4 bulan kandungan lagi!

Kenapa perlu khidmat Confinement Lady?

Macam saya sendiri, untuk anak yang sulung hingga anak ke-4, khidmat CL sangat saya perlukan sebab kedua mama & mama mertua saya masih bekerja. Jadi takkan nak harapkan mereka ambil cuti untuk jaga saya kan? Bukan sekejap tu. 

Tapi malangnya memang tak jumpa CL yang available dan sesuai waktu tu. Sudahnya, memang berpantang sendiri dan jaga diri sendiri je lah kan? Berpantang sendiri bukan mudah ya!

Mungkin ada segelintir wanita tak kira yang dah ada anak atau tidak yang beranggapan, "Eh? Kena ke ada orang jaga masa berpantang? Jangan mengada-ngada boleh tak?"

Ini bukan soal mengada ya. Juga bukan soal manja. Penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin sangatlah penting. 

Saya bersyukur sangat sebab kenal supplement Shaklee sejak waktu berpantang anak kedua. Set Bersalin Shaklee sangat sangat membantu saya lebih sihat, hampir tidak stress, dan ceria!

Selepas bersalin anak ke 5, saya berjaya dapatkan khidmat CL untuk 7 hari. Jumlah pakej 7 hari tahun 2017 adalah RM1000. Alhamdulillah, saya dapat berpantang dengan betul, dapat urutan, bertangas, bertungku, berbengkung dengan selesa dibantu oleh CL. CL juga mandikan baby dan masakkan makanan berpantang untuk saya. Best kan ada CL!

Kenapa pula ada yang lebih suka mak jaga?

Salah satu sebab sesetengah wanita selepas bersalin lebih suka mak sendiri yang jaga disebabkan oleh nak bermanja dengan mak, boleh dapat perhatian lebih dari mak, tidak selesa dengan kehadiran orang luar untuk penjagaan berpantang di rumah. Mungkin!

Apa yang biasa mak boleh bantu adalah, masak makanan kita untuk berpantang, teman kita supaya tidak berseorangan dengan baby, dan bantu tengok-tengokkan keadaan kita dan baby.

Tapi semestinya mak kita tidak dapat nak mengurut, buatkan tangas, bantu bertungku, juga berbengkung kecuali lah mak kita memang ada skill perbidanan. Lagi pula, kesian kan mak kita dah tua tapi masih perlu gunakan tenaga dia untuk jaga kita.

Pada pendapat peribadi saya, tak salah nak mak jaga. Apa kata, mak jaga kita hanya dengan pantauan sahaja tetapi kita tetap ambil khidmat confinement lady untuk jaga dan rawat kita selepas bersalin? Mak pun tak penat, kita pun dapat dirawat dengan lebih sempurna. Betul?

Jadi apa pula pilihan anda?

THE WALKING BEAUTY TEAM sedang menawarkan khidmat-khidmat confinement lady TWB dengan menggunakan produk-produk organik Shaklee, bermula October 2018!

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut,

Hubungi AFFNI di 012-2207966 untuk tempahan slot penjagaan berpantang oleh team TWB di seluruh Malaysia!


Affni Shahida
A member and Certified Trainer
The Walking Beauty Project

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

Bila sebut saja tentang penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin, kita mesti terfikir siapakah yang akan jaga kita nanti kan? Tahu tak sekarang ni ibu-ibu selepas bersalin sangat memerlukan penjagaan dari orang lain. Tidak mengharapkan apatah lagi membebankan ibu kita sendiri, kita rasa macam perlu ada offer untuk pakej rawatan selepas bersalin.

Barang penjagaan selepas bersalin

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN

Duluuu.. Masa Kak Aff mengandung anak pertama, mama Kak Aff selalu suruh Kak Aff cari Confinement Lady (CL). Bukan sebab mama tak nak jaga, tapi waktu tu mama Kak Aff masih lagi bekerja. Maklumlah Kak Aff anak sulung. Mama pun masih bekerja. Muda lagi kan?

Tapi malangnya tak ada pun yang Kak Aff jumpa tentang CL ni.

8 tahun dah berlalu. Ya kita makin nampak ada pihakyang mula menawarkan khidmat CL ni. Tapi walau macam mana pun masih juga kurang. Kita boleh kata supply low than demand.

Cara cukur rambut bayi baru lahir

Cara pemakaian bengkuk dengan betul bagi bersalin normal dan pembedahan (Czer)

Di sinilah kami di The Walking Beauty Team akan mengisi kekosongan CL yang sangattt diperlukan. Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan bandar yang rata-rata kita duduk sendiri, jauh dari ibu-ibu kita di kampung.

Nantikan pelancaran Pakej Rawatan Selepas Bersalin daripada THE WALKING BEAUTY (TWB)!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

Kursus Berpantang 2018 - The Walking Beauty

Ada tak di antara anda yang rasa susahnya nak dapatkan orang yang boleh jaga kita selepas bersalin? 

Jangan tak tahu, permintaan penjagaan berpantang bagi ibu-ibu muda sekarang ini sangat tinggi dan dah jadi trend tau. Jadual Confinement Lady (CL) yang available sekarang pun sangat padat!


Bagi Kak Aff sendiri, nak booking tukang urut untuk bersalin perlu seawal kandungan masih di trimester pertama lagi! Ni masa bersalin anak ke5, Anis Safiya setahun yang lepas (2017). Sekarang apatah lagi kan?

KENAPA SEMUA SIBUK NAK AMBIL KHIDMAT CL?

"Isk.. Perlu ke kena orang jaga masa berpantang  ni?"

Kalau ikut pandangan Kak Aff sendiri, antara sebab kita perlukan CL adalah:

8 SEBAB IBU HAMIL MESTI MAKAN MINYAK IKAN OMEGA-3

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang bertanya kepada saya, 

"Boleh ke preggy mommy makan Omega Guard?" 

"Perlu ke ibu hamil makan omega?" 

"Penting ke saya yang tengah pregnant ni makan Omega-3?"



Untuk menjawab persoalan-persoalan ni, 8 sebab kenapa ibu hamil / preggy mommy mesti makan minyak ikan Omega-3 telah pun diringkaskan dalam bentuk poster supaya lebih mudah difahami dan menarik! ^_^

8 MANFAAT OMEGA-3 KEPADA IBU HAMIL DAN BAYI


Gentle Birth: Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Anas Syahmi

Assalamualaikum...

Semoga semua pembaca setia Mamacilik.com dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.

Hari ini genap 1 tahun umur putera kedua kami, Anas Syahmi. Walaupun 1 tahun telah berlalu tapi kenangan dan memori melahirnya beliau masih segar dalam ingatan. Jadi saya rasa nak kongsikan dengan semua tentang pengalaman kelahiran anak keempat ini.

Kelahiran kali ini agak special bagi saya. Walaupun setiap kelahiran anak-anak memang berbeza pengalamannya, tapi yang keempat ini sangat istimewa.

Kalau diimbas kembali kenangan bersalin dan melahirkan

Arissa - Lahir pada minggu ke 38 dengan bantuan epidural dan induce
Alina - Lahir pada minggu ke 37 dengan prosedur induce
Ammar - Juga lahir pada minggu ke 37 dengan prosedur induce


Alhamdulillah... Kesemua anak-anak saya lahir secara normal walaupun saiz saya ni kecil. Nama pun mamacilik kan? Hehe...

KELAHIRAN TERISTIMEWA

Kenapa saya kata kelahiran Anas adalah istimewa?

11 TIPS SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN YANG ANDA PERLU TAHU!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca setia MamaCilik.com.

Di sini saya ada sedikit bahan bacaan yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Terutamanya para ibu, mama, mommy, umi, bonda, yang bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi. Ya, sememangnya kita berharap untuk melahirkan bayi secara normal. Namun, persediaan mental dan fizikal serta ilmu mesti dilakukan juga.

Jom kita tengok tips-tips mudah yang boleh kita amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat!

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. 

Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


Situasi Yang Sering Terjadi Selepas Bersalin Yang Anda Perlu Tahu!

Assalamualaikum,

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah s.w.t.

Mendengar baby menangis seperti 'tidak cukup susu' memang sangat menyentap hati. Seawal beberapa hari selepas kelahiran, adalah normal kalau kita rasa dan kita 'ukur' kuantiti susu yang memang 'nampak sedikit'.


Tapi ini bukan bermakna susu tak cukup yer. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada baby tu menangis. Mungkin tidak selesa dengan pampers atau persekitaran, mungkin juga hanya ingin mendapat dakapan si ibu, atau hanya perkara yang remeh seperti terselit benang di celah jari kakinya.

Namun yang sering menjadi kerisauan si ibu adalah berkenaan susu ibu yang  masih sedikit. Tak perlu risau, tak perlu stress, tak perlu panic sebab inilah yang selalu menjadi punca susu 'tak ada'.

Itulah juga yang terjadi pada adik saya sendiri baru-baru ni. Siap boleh pulak tanya saya, "Susu brand apa nak beli untuk standby?!"

TIPS: 7 Langkah Mudah Fillet Ikan

Assalamualaikum mama/mommy/umi/ibu/mak sekalian,

Juga kepada papa/daddy/abi/ayah/bapa.. Salam ukhuwah saya ucapkan.

Walau apa pun gelaran anda sebagai insan yang telah melahirkan dan mendidik khalifah Allah di muka bumi ini, saya percaya anda adalah insan yang sangat hebat! Insan yang sangat mementingkan kesihatan dan kebahagiaan anak-anak dan keluarga.

Dalam entry sebelum ini, saya ada berkongsi dengan anda dan ramai ibu di luar sana tentang TIPS: Sediakan Bubur Bayi Dalam 30 Minit! 

Hari ni saya nak berkongsi dengan pula dengan anda tips dan kaedah mudah untuk fillet ikan.

Kebetulan hari ni cuti. Jadi saya manfaatkan masa hari ni untuk menyediakan kelengkapan anak-anak dan keluarga bagi menghadapi hari-hari yang mendatang yang sudah tentunya merupakan hari dan minggu yang sangat sibuk kan!

Sebenarnya semalam peraih ikan di Lukut telefon. Dia kata, ada nelayan yang dapat ikan kurau seberat 6 kg SEEKOR! Banyangkan seekor berat 6 kg, memang besar!



Saya sukakan ikan kurau kerana khasiatnya. Seorang kenalan berbangsa cina juga pernah berkongsi dengan saya tentang khasiat ikan kurau. 

Ikan kurau dipercayai dapat membantu menambahbaik kesihatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru selesai pembedahan, ibu yang baru melahirkan bayi, dan orang sakit.

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PROSES FILLET IKAN

Ikan Haruan & Zinc Complex Apakah Persamaannya?

Assalamualaikum,

Kebelakangan ni ramai pula yang baru bersalin dikalangan kenalan saya. Salah seorang daripadanya adalah my BFF, Zara. Baru-baru ni saya sempat pergi ziarah Zara and their new born little qaliph. Ni merupakan anak pertama Zara & Safwan and it's a BOY! So boleh la jadi kawan Ammar Firdaus nanti! Hehe..


" Aduh! Sakitnya! " - Bengkak Susu

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak kongsi sesuatu berdasarkan pengalaman sendiri. Saya yakin dan pasti ramai ibu yang baru melahirkan bayi mengalami bengkak susu. Kebiasaannya ia berlaku pada hari ke 2 - 4 selepas bersalin dan itu lah juga yang saya alami. Usah gusar.. Ianya hanya sementara dan akan berakhir di antara 24 - 48 jam. InsyaAllah..

Pertama sekali, ucaplah kata syukur.. Alhamdulillah.. Ini kerana ia merupakan tanda positif yang mana, kita sedang menghasilkan susu supaya kita dapat menyusukan bayi kita sepenuhnya.

Sakit! Memang sakit!



Dah 8 Bulan! Tak Sedar!!

Assalamualaikum,

Apa khabar hari anda? 2 hari lepas saya pergi prenatal check up. Rasa macam dah lama tak pergi check up sejak yang lepas. Hehe..


Tanpa kusedar.. Dah nak masuk minggu ke 33 rupa-rupanya baby dalam perut nih.. 8 BULAN! hehe.. Serius tak sedar! Badan rasa CERGAS je. Boleh lagi drive pergi balik kerja sendiri (lebih kurang 60-70km sehari). Balik layan kerenah anak-anak dan urus mana yang patut. Alhamdulillah.. Di samping doa yang tak putus-putus kepada Allah, usaha saya dengan mengambil vitamin semulajadi Shaklee sangat membantu dan memberi kesan terhadap kesihatan diri dan keluarga.

Chit Chat Bersama Seorang Doktor Pakar

Assalamualaikum para pembaca sekalian dan Salam Ramadhan...


Terpanggil untuk share perbualan di antara adik saya, Azie dengan Dr. Suhaimi (Pakar Sakit Puan). Untuk pengetahuan semua, Azie baru sahaja seminggu melahirkan puteri sulungnya... Ikuti perbualan mereka pada hari Azie mendaftar keluar dari hospital selepas bersalin.

Doktor : Semuanya nampak baik. Jadi puan dan baby boleh keluar harini ye.

Azie    : Ok doktor.

Doktor : Jadi, puan perlukan vitamin/supplement? Kalau nak, saya masukkan sekali dan bawa balik.

Azie    : Erm.. Saya dah ada vitamin Shaklee Set Bersalin/Berpantang dan Set Menyusu.

Set Bersalin Shaklee Terbaik!

Assalamualaikum pembaca semua,

Harini Affni nak share pengalaman dengan anda semua tentang penggunaan satu lagi set produk yang Affni sendiri gunakan dan ternyata berkesan, iaitu Set Bersalin Shaklee. 

Dalam entry kali ni Affni nak bandingkan pengalaman semasa berpantang anak pertama (without Shaklee) dan anak kedua (with Shaklee).