Kerana Dia Aku Kenal Erti Pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali kita masih lagi di dalam suasana sambutan hari raya Aidiladha / hari raya haji.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda kisah ibadah korban yang dilaksanakan tahun ini dan apa yang berlaku disebaliknya.

KORBAN PERTAMAKU


Syukur alhamdulillah, tahun ini sangat bermakna bagi diri saya. Setelah hidup selama 30 tahun, inilah kali pertama saya mengerjakan ibadah korban dengan duit saya sendiri, hasil usaha saya sendiri dengan izin Allah s.w.t.


Perasaan syukur yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Mungkin bagi sesetengah orang, mengerjakan ibadah korban adalah sesuatu yang biasa dan boleh dilakukan setiap tahun. Tapi tidak bagi saya. Sejujurnya, saya memang agak kurang mampu untuk melakukannya jika hanya mengharapkan duit gaji daripada pekerjaan hakiki saya sekarang ni. Bak kata orang, duit gaji tu hanya cukup-cukup makan saja. Cukup tu pun dah syukur Alhamdulillah.

Tapi tahun ini, Allah telah memberi rezeki yang lebih lagi kepada kami sekeluarga menerusi bisnes Shaklee. Hasil daripada bonus 4 - 5 angka setiap bulan secara sampingan sejak tahun lepas, pelbagai perkara yang dulunya sangat jarang atau tidak pernah saya lakukan, dapat saya laksanakan selepas berbisnes. Inilah salah satu Shaklee Effect yang saya dapat rasakan disamping perkara-perkara baik yang lainnya. Syukur.. Syukur.. Syukur..

MAJLIS KORBAN SURAU AS-SYAKIRIN, SG. KANTAN

Jom kita lihat aktiviti kami sekeluarga sekitar majlis korban yang dilakukan semalam.

Sambutan Majlis Korban di Surau As-Syakirin, Sungai Kantan, Kajang

Arissa & Alina bergambar bersama lembu yang menjadi korban

Inilah lembu yang menjadi korban pertama saya

Lembu mengganas waktu usaha umpan kaki untuk diikat

Pandai lembu ni sepitkan diri di antara celah pokok

Lembu berjaya ditumbangkan

 
Lembu di bawa ke aliran untuk disembelih

Seekor lembu tumbang selamat dikorbankan manakana seekor lagi sedang ditenangkan dibelakang sana

Arissa & Alina menyaksikan aktiviti sembelihan lembu korban

Abang Nazri sedang melapah lembu dengan menanggalkan kulit terlebih dahulu

Abang Nazri (abang ipar) & babah in action

Aktiviti melapah lembu

Babah memotong bahagian kepala lembu

3 kepala lembu daripada 7 yang telah dikorbankan

4 dara pingitan di celah orang ramai
  
Lapah peha lembu

Gotong-royong oleh penduduk di Surau As Syakirin, Sg. Kantan

4 cousins - Elisha, Arissa, Alina, Elfina

Kepenatan menunggu dan menyaksikan aktiviti di surau

Kari lembu & sup tulang sedang dimasak untuk makanan tengahari

Ammar Firdaus ketiduran di dalam surau

Dah jagaa.. Main merangkak dengan laju. Penat mama kejar ^_^

Keberangkatan pulang puteri-puteri

PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN

Sebelum mengakhiri perkongsian saya kali ini, saya nak jawab pertanyaan ramai orang kepada saya.

Ada orang bertanya kepada saya, "Affni, kenapa awak sangat sayangkan Shaklee?"

Shaklee pada saya BUKAN SEKADAR SEBUAH BISNES. Shaklee bukan sahaja dapat memberi pendapatan sampingan yang melebihi gaji pekerjaan hakiki setiap bulan kepada saya, Shaklee bukan sekadar urusan jual-beli. Ia lebih daripada itu!

Shaklee telah membuatkan saya mampu melaksanakan IBADAH KORBAN tahun ini.

Shaklee telah membawa saya kepada seluruh KELUARGA JUTAWAN SHAKLEE yang sangat hebat! 

Shaklee telah menjadi asbab perubahan POSITIF dalam hidup saya. 

Shaklee telah banyak mengubah PERSEPSI saya kepada kehidupan.

Shaklee telah merubah CARA BERFIKIR kepada yang lebih baik. 

Shaklee telah memberikan KEHIDUPAN yang lebih baik kepada ANAK-ANAK saya.

Shaklee telah banyak menyelesaikan masalah KESIHATAN orang sekeliling saya.

Shaklee telah membuatkan saya dapat MEMBERI lebih kepada yang memerlukan tanpa saya perlu menyekat perbelanjaan saya.

Shaklee telah membuatkan saya dapat memberi duit belanja kepada kedua IBU BAPA & MERTUA dengan banyaknya tanpa diminta.

Shaklee mengajar saya erti sebuah PENGORBANAN.

Shaklee telah menjadi asbab dalam saya mencari KEJAYAAN & KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT menerusi keluarga Shaklee kami di bawah Empayar Maria Firdaus

In shaa Allah, Shaklee adalah asbab saya menjadi JUTAWAN YANG BERTAQWA!

Allah.. Allah.. Allah.. Segalanya dengan izinMu Ya Allah. Terlalu banyak untuk disenaraikan seperti banyaknya air mata yang tumpah jika dikenangkan semula.

Saya sangat berharap, tahun-tahun mendatang, lebih banyak yang saya boleh lakukan ke jalan Allah. Mungkin, dengan rezeki melimpah ruah yang Allah berikan ini, tahun depan dapatlah saya melaksanakan lagi ibadah korban untuk seluruh keluarga pula. Doakan saya yer sahabat semua.

Sekian dulu perkongsian untuk kali ini. Semoga kita sama-sama dapat menjadi insan yang lebih baik bukan semata-mata pada pandangan manusia tapi yang lebih utama adalah pada pandangan Allah s.w.t.

Wassalam.

PENTINGKAN KESIHATAN?
Ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION, 
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment