Madu Dan Kayu Manis Mujarab!

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar sahabat-sahabat pembaca di luar sana? Saya harap kita sama-sama berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Saya rasa agak lama juga saya tidak menulis di sini. Maaf dari pihak mamacilik.com.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips kepada anda semua. Tips yang saya cari-cari yang telah menjadi penawar kepada mama (MIL) saya untuk batuk yang berpanjangan dengan agak lama.

Saya mendapat artikel di bawah ini daripada seorang sahabat di dalam group whatsapp beberapa bulan yang lalu. Saya cuba berikan kepada mama sebagai salah satu usaha.

Jom kita ikuti penerangannya.

SIFAT MADU

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. 



Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku, didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas, dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. 

Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

MADU DAN KAYU MANIS

Syarikat ubat (berasaskan drugs) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta mengenai madu dan kayu manis:


Campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit.

Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat, ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

KAJIAN SAINTIS BARAT

Penyakit Jantung

Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). 

Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung, apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. 

Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat, madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis)

Pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. 

Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen, mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan, hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing

Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol

Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol, didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari, sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal, madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema

Bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam, dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam

Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. 

Kembung (gas)

Kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem

Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam

Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza

Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Sakit tekak

Apabila tekak rasa tidak selesa, ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat

3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama 2 minggu, ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :

Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan

Pagi, sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. 

Jika minum secara tetap, ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser

Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah

Kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. 

Dr. Milton, yang menjalankan kajian ini, mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas

Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam, sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi, bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran

Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Allah sebaik-baik penyembuh, Dia menurunkan penyakit dan dari Dia disembuhkan segala Penyakit.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

USAHA UNTUK MAMA

Sebelum mengetahui tentang artikel ini, pelbagai jenama madu sudah di cuba untuk masalah batuk mama. Walaupun madu-madu yang dibeli tersebut alhamdulillah mujarab untuk ahli keluarga yang lain tapi tidak bagi mama. 

Batuk yang mama alami agak teruk. Sehinggakan tidur malam pun terganggu apatah lagi waktu siang hari. Mama kemudian telah dirujuk dari satu doktor kepada satu doktor yang lain termasuklah pakar resporatori (pernafasan) namun tidak juga membaik.

Untuk pengetahuan, mama seorang yang sangat skeptikal dengan vitamin dan makan tambahan semulajadi yang lain. Mama lebih percayakan doktor dan ubat-ubat berasaskan dadah. Agak sukar untuk memujuk mama mencuba ikhtiar lain. Walhal kita tahu kan kalau makan ubat berasaskan dadah, lama-lama akan rosak buah pinggang! Tak ngeri ke? 

Lagi pula salah satu sebab kenapa mama tak nak makan vitamin semulajadi dan supplemen tapi lebih rela makan ubat yang sangat banyak adalah, 

"Sekarang ni ubat tu ditanggung company/insurans. Kalau masuk hospital pun semua ditanggung. Tapi kalau makan vitamin kena beli sendiri. Mahal pulak tu."

Sedih saya dengar tau. Bukan niat saya menjual tapi nak bagi sihat. Nak bagi free tiap bulan. Bukankah kita sebagai anak memang nak mak ayah kita sihat kan? Tapi takpe, saya tahu mama cuma tak nak bebankan saya. Saya terus berdoa agar Allah bukakan pintu hati mama untuk cuba vitamin ni sebab ianya semulajadi.

Tapi betul ke mahal? Kalau ada di antara anda rasa vitamin ni mahal, saya cadangkan anda bacalah coretan sahabat baik saya DISINI. Lepas anda baca, anda akan tahu betapa mahalnya sebuah kesakitan.

TIDUR YANG TERGANGGU

Satu hari tu, mama mengadu keadaan semakin memburuk. Doktor menasihatkan mama untuk admit di hospital tapi mama berkeras tidak mahu. Mama tahu, kalau masuk hospital, ujian-ujian yang doktor akan jalankan agak menyakitkan.

Tambah lagi dengan sakit tekak, telinga berdengung, pernafasan di hidung rasa tidak lancar. Sebelum ni mama memang pernah ada masalah di ketiga-tiga bahagian ENT. Mama jadi terlalu sensitif kepada pemakanan dan persekitaran. Imun sistem juga tidak berapa kuat.


Saya cadangkan pada mama untuk cuba vitamin C dan garlic untuk bantu tingkatkan sistem imun. Alhamdulillah, akhirnya mama setuju. Saya beri panduan cara yang betul dan terbaik untuk pengambilan Vita C dan Garlic ni. 


Memang sangat penting untuk kita tahu cara dan waktu yang terbaik kerana ia meningkatkan potensi penyerapan vitamin dengan lebih baik. Saya rasa sangat gembira apabila dalam tempoh masa yang singkat sahaja mama sudah mula rasai keberkesanannya. 

Mengetahui masalah yang mama alami, dan kebetulan pula terbaca artikel di atas tadi, saya carikan dan beli madu tualang dari seorang sahabat. Saya belikan juga serbuk kayu manis.


Alhamdulillah, selepas konsisten dengan pengambilan madu dan serbuk kayu manis, disamping Sustained Release Vita C dan Garlic Complex untuk kuatkan sistem imun badan, batuk mama mulai reda dan membaik.


Dulu mama seorang yang sangat skeptikal dengan pengambilan vitamin dan supplemen sudah mula merasai keberkesanannya. Sekarang ni, mama yang lebih bersemangat untuk makan vitamin hingga ada suatu ketika tu mama cakap, 

"Affni, vitamin C Shaklee ni memang cepat ke effect nya? Belum sampai 2 jam pun mama dah rasa lega ni. Boleh tak mama makan selalu Vita C ni?"

Tengok! Mama dah terlebih sayang dah pada vitamin Shaklee. Siap nak bawa ke mana-mana. Hehe..

Saya nasihatkan mama untuk mengambil vitamin mengikut jadual dan aturannya walaupun sebenarnya, vitamin C yang berlebihan di dalam badan (semestinya yang semulajadi seperti Vita-C) akan terus keluar dengan sendirinya. Vitamin C adalah water soluble

Namun, walau apa pun yang kita makan atau lakukan mestilah berpada-pada. Betul? ^_^

Sistem tubuh dan daya tahan badan setiap orang adalah berbeza. Apa yang penting adalah mencari penawar yang sesuai dengan kita.
 
Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana. 

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, saya mohon anda untuk LIKE, SHARE, & COMMENT agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Semoga kita sama-sama mendapat pencen kubur apabila perkongsian ini dapat menambah nilai hidup orang lain.

Wassalam.

PENTINGKAN KESIHATAN?
Ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION, 
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment