Dalam Suka Ada Duka

Assalamualaikum pembaca setia Mamacilik.com sekalian,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kita semakin sihat serta bahagia setiap hari.

Sekarang musim cuti sekolah, dah beberapa minggu berlalu. Saya pasti anda semua sudah merancang terlebih awal perjalanan cuti kali ini bersama keluarga tersayang.

Begitu juga, dengan kami sekeluarga. Tahun ni, adalah tahun kedua saya bersama Shaklee. Semakin banyak kelebihan-kelebihan yang telah kami nikmati. Percutian ni pun sepenuhnya menggunakan bonus Shaklee.

Rasa amat rugi, sekiranya membiarkan masa berlalu tanpa memori indah bersama anak-anak dan suami yang merupakan kekuatan saya pada hari ini.

MEMORI INDAH BERSAMA ANAK-ANAK

Beberapa hari yang lepas, saya dan keluarga telah menghabiskan masa percutian kami yang sangat menyeronokkan ke Pulau Legenda Langkawi yang penuh dengan memori-memori indah.

 Selamat datang ke Bella Vista Langkawi.


Percutian ini mengambil masa 3 hari 2 malam. Actually, kami dah pernah pergi ke Langkawi. Jadi, kali ini destinasi penginapan pilihan kami adalah Bella Vista Hotel yang terletak di Pekan Kuah.

Percutian ni amat bermakna sebab saya telah tunaikan hajat mama dan abah yang nak sangat bercuti dengan anak cucu mereka.

Walaupun pada asalnya saya dah ada program pada tarikh tersebut, tapi demi mama dan abah, saya mesti dahulukan mereka. Buatlah apa sahaja asalkan mereka bahagia. Kejayaan saya hari ini pun, adalah dengan doa dan sokongan mereka.

DALAM SUKA ADA DUKA

Sepanjang percutian ini, anak-anak lah yang paling happy. Excited bukan main tak mengira waktu. Kebahagiaan saya bergantung kepada kebahagiaan dan kegembiraan mereka.

Pada pagi terakhir selepas sarapan, kakak Arissa beria-ia ajak kami berenang dan main air di swimming pool.

Kakak Arissa lah orang yang paling excited dan tak sabar nak swimming. Sarapan pun cepat-cepat. Hehe.. Sedangkan, si kakngah Alina biasa-biasa je. Have her own sweet time sarapan. 

Alina dan 'tadak tadak' (elmo) sedang bersarapan

Arissa cuba jugak pujuk Alina yang tak nak swimming. Pujuk punya pujuk, akhirnya berjaya juga. Arissa melompat-lompat keriangan sebab ada kawan nak swimming dengan dia kat pool.

Adik Ammar pun nak join sama

Setelah agak lama Arissa 'mengidam' nak swimming, akhirnya hajat tertunai.

Namun, dalam keseronokkan mereka, tiada siapa yang menyangka. Malang datang tak berbau. Selesai je masing-masing keringkan badan selepas swimming, tiba-tiba Alina terpijak serpihan kaca di sekitar swimming pool tu.

Saya sangat hairan, macam mana boleh ada serpihan kaca di situ walhal itu kawasan pool kanak-kanak!

Kaki Alina yang dah dicabut kaca

Papa Alina terus dukung Alina dan berlari ke bahagian reception untuk dapatkan rawatan kecemasan. Masa tu darah menitik-nitik sepanjang laluan untuk mendapatkan bantuan.

Dalam keadaan cemas tu kakak Arissa kata,

"Papa, jangan la bawak Alina pergi hospital. Nanti Alina kena cucuk. Nanti kaki Alina kena potong..."


Kaki Alina selepas dirawat.

Kesian Alina. Bertambah-tambah manja lah si tembam kakngah Alina ni jadinya.

KASIH SEORANG KAKAK
Saya lihat Arissa sangat murung. Dia menahan tangis dan macam tak keruan. Kakak Arissa sangat rasa bersalah. Kakak kata:

"Sorry Alina, kakak tak sengaja".
"Papa, saya sedih..."

Tersedu-sedu kakak menahan tangis. Walaupun sebenarnya bukan salah kakak tapi dia yang beria-ia ajak Alina swimming. Kakak sangat-sangat rasa bersalah.

Lepas dapatkan rawatan, kakak sambung pujuk Alina sehingga lah di dalam bilik.

Setiap kali Alina mengadu sakit, setiap kali Alina mula nak nangis balik, kakak akan cuba pujuk walau macam mana pun caranya. 

"Alina jangan cry. Nanti kakak bagi 'tadak tadak' (elmo)"

Siap pujuk dengan coklat m&m pulak tu.



Bila keadaan dah reda, saya terkejut bila Alina pulak kata:

"Mama, saya nak milk sedap Mealshakes & vitamin C. Nanti saya cepat sembuh. Betul kan mama?"

Sayangnyer kakak Arissa kat kakngah.

Bijak betul Alina ni. Dalam kesakitan pun dia boleh request nak makan vitamin.

SELEPAS KEJADIAN ITU

Saya tuntut ganti rugi dengan pihak hotel disebabkan kecuaian dari pihak mereka. Saya kata, disebabkan kecuaian mereka, saya nak mereka bagi kami checkout lewat. Lagipun Alina dan Arissa dah tertidur selepas kejadian tu. 

Pada awalnya mereka tak endah pun dengan tuntutan saya. Namun, dengan teknik yang saya belajar di dalam bisnes ni, Alhamdulillah, kami berjaya dapat checkout lewat pada jam 4.30 petang. Kesian Alina yang kepenatan sehingga tertidur dengan kakaknya.

Kasih kakak sayang adiknya kesakitan.

Pengajaran dari kejadian ini, sebagai peniaga kita seharusnya mengutamakan pelanggan. Keselesaan  dan  hati pelanggan perlu dijaga walau dalam apa jua jenis perniagaan mahupun perkhidmatan kita.

Pelanggan adalah orang yang paling penting. Bak kata orang, customer is KING! Usah ambil ringan terhadap pelanggan. Kepuasan hati pelanggan amat penting dalam setiap perniagaan.

So, begitulah terselit kisah duka sepanjang keseronokkan bercuti kali ni. Namun, disebalik kejadian ini, saya dapat lihat kasih sayang di antara anak-anak. Semoga mereka sentiasa berkasih sayang dan menjaga di antara satu sama lain.

Saya akan kongsikan pengalaman lain pula di dalam entry yang akan datang.

Semoga anda gembira dan bahagia bersama insan tersayang sepanjang cuti sekolah ini.

Wassalam.

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

INGINKAN PERCUTIAN YANG DITAJA SEPENUHNYA?
Sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

MFMS EMPIRE THE MOST FANTASTIC & HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment