Anda Seorang Blogger? Awas! Anda Diancam Sindrom 'Carpal Tunnel’!

Assalamualaikum pembaca Mamacilik.com sekalian,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Semoga kita semakin sihat dan bahagia setiap hari.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda, kisah salah seorang aunty saya, Aunty Ziza.

Sebulan lepas, saya jumpa Aunty Ziza di sebuah majlis keraikan di dalam keluarga kami. Dalam keriuhan majlis, Aunty Ziza datang kepada saya untuk bersembang. Aunty Ziza cerita kerisauannya tentang sakit pada bahagian pergelangan tangan yang dihadapinya.

Mulanya saya ingatkan tangan Aunty Ziza terseliuh masa angkat barang atau terhentak pada mana-mana tempat. Tapi sangkaan saya meleset.

Menurut Aunty Ziza, dia dah buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Doktor sahkan yang Aunty Ziza mengalami sindrom 'Carpel Tunnel'. Mula-mula saya agak tercengang dengan term tu. Agak baru bagi saya. 


Lepas Aunty Ziza terangkan pada saya tentang apa yang dia rasa pada tangan, sakit, kebas, dan lenguh, baru saya teringat seorang customer saya yang mempunyai masalah yang sama. Tapi dulu customer saya tu tak pernah sebutkan terms sindrom ni. Alhamdulillah, ilmu baru buat saya.

SIMPTOM SINDROM 'CARPAL TUNNEL'

Ni antara simptom sindrom 'Carpal Tunnel':
  1. Rasa tak selesa dan kebas pada bahagian tangan.
  2. Rasa kebas dan sakit berkurangan apabila tangan digoyang-goyangkan.
  3. Rasa kebas pada bahagian ibu jari, jari telunjuk, dan sebahagian daripada jari manis.

Simptom ni kadang-kadang boleh mengganggu tidur apabila ia akan berlaku ketika sedang tidur dan akan terbangun malam atau awal pagi sekitar 2 - 3 pagi akibat daripada rasa sakit dan tak selesa.



Sekarang ni barulah saya faham apa yang dinamakan Carpal Tunnel Syndrom. Syukur alhamdulillah, bertambah ilmu dan boleh lah kongsi kepada lebih ramai orang lain yang mungkin mempunyai masalah yang sama. 

 Salah satu usaha merawat Carpal Tunnel Syndrom

USAHA AUNTY ZIZA

Aunty Ziza kata, doktor ada bagi ubat untuk tahan sakit dan redakan imflamasi pada tangan tu. Tapi doktor kata ubat tu tak boleh makan banyak-banyak. Lepas 2 minggu kalau tak baik juga, doktor cadangkan untuk buat minor operation. Errkk.. Dengar je kena operate terus Aunty Ziza takut dan risau.

Prosedur operation untuk Carpal Tunnel Syndrome

Kalau tak dirawat, macam ni lah jadinya disamping rasa sakit tu

Aunty Ziza juga ada cerita, dia berbual dengan beberapa orang pesakit yang mengalami masalah yang sama dan dah buat pun operation tu. Walaupun dah operate, ada yang kata masalah tu tak selesai pun. Sama je macam belum operate. Itu yang buat Aunty Ziza lebih risau dan seriau.

Saya pun cadangkan Aunty Ziza untuk cuba altenatif Set Sendi dan Tulang ni. Manalah tahu, berkesan kan? Sekurang-kurangnya kita cuba dan ikhtiar. Lagi pula, vitamin ni dijamin semulajadi, selamat, dan halal.

Selepas 2 minggu, saya tanya khabar Aunty Ziza. Alhamdulillah, Aunty Ziza kata sakit tu mash ada tapi dah makin kurang. Dah kurang pun saya dah syukur sangat. Aunty Ziza pun nampak happy je. Saya cakap kat Aunty Ziza, "Kita usaha yer. Kita doa minta pada Allah jika betullah ini penawarnya agar Allah permudahkan."

Dah sebulan lebih Aunty Ziza amalkan pengambilan Set Sendi dan Tulang ni. Bila saya tanya balik, Aunty Ziza nak order lagi sebab dah habis vitamin yang haritu. Aunty Ziza kata, syukur sangat sebab dah tak sakit dah tangan tu. So, bila tak sakit, doktor pun kata tak payah la operate! Ya Allah, syukur sangat sangat! Alhamdulillah..

Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan. Kita hanya berusaha yang terbaik dan minta kesembuhan dariNya.

BAGAIMANA IA BOLEH TERJADI?

Kaji punya kaji pasal Carpal Tunnel Symdrom ni, jumpa pula forum-forum yang berkaitan. Iyer tak yer, kita ni sebagai blogger pun berisiko nak dapat simdrom ni tau!

 Ada pulak yang kata tangan kena potong! Isk.. Saya rasa operate yer lah. Tapi potong? Adakah seserius tu?
 
 Seorang lagi member ni risau sebab memang bekerja menggunakan komputer. Melukis dengan komputer pulak tu!

CEGAH SEBELUM PARAH!

Jadi, kita perlulah ambil langkah berjaga-jaga dengan perbetulkan posture dan kedudukan tangan ketika melakukan sesuatu perkara. Contohnya bila guna komputer, pastikan kedudukan tangan mengikut panduan kat bawah ni yer.

Kedudukan dan posisi yang betul sangat penting!

 Bukan badan je perlu posture yang betul tau. Pergelangan tangan pun kena jaga juga.

Pastikan tangan lurus apabila menggunakan keyboard dan mouse.

Stretching yang boleh dilakukan untuk mengelak Carpal Tunnel Syndrom

Pesanan saya, pekalah kepada ketidakselesaan pada setiap anggota badan kita. Jangan ambil mudah dan ingat tak ada apa-apa. Rujuk kepada yang pakar. Jangan dah terlambat baru nak menyesal. Bak kata pepatah, "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Saya doakan, semua daripada kita ni sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, saya mohon anda untuk LIKE, SHARE, & COMMENT agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya. Semoga kita sama-sama mendapat pencen kubur apabila perkongsian ini dapat menambah nilai hidup orang lain.

Wassalam.

PENTINGKAN KESIHATAN?
Ingin mendapat supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

MFMS EMPIRE THE MOST FANTASTIC & HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION, 
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment