ECZEMA - ATOPIC DERMATITIS: ELAK DAN RAWAT CARA SEMULAJADI

Sangat kerap kita dengar tentang masalah ECZEMA sekarang ni kan? Ia bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa tapi juga bayi dan kanak-kanak!

Baru-baru ni saya ada hadiri satu seminar bersama seorang Medical Doctor yang setiap hari berhadapan dengan pesakit-pesakit eczema & psoriasis. Beliau juga merupakan bekas penghidap eczema yang kronik 10 tahun yang lalu.

SIAPA DR. ANYA?

Sebelum saya teruskan perkongsian saya tentang eczema dan bagaimana merawat dan mencegahnya secara semulajadi, ingin saya perkenalkan seorang doktor perubatan bertauliah yang menggunakan kaedah nutrisi dan pemakanan semulajadi bagi merawat penyakit eczema dan mencegahnya daripada berulang. 

10 tahun dulu, Dr. Anya seorang yang hanya percaya kepada ubat-ubatan semata-mata. Beliau percaya bahawa dengan pengambilan ubat, segala penyakit boleh sembuh. Tetapi beliau ternyata silap! 

Jom baca lagi...

Dr. Anya, Doctor of Naturophaty (ANMA, US) & Nutritional Medicine (SAHAMM)

Menurut Dr. Anya, zaman kanak-kanak dilalui dengan biasa sahaja tanpa ada masalah kesihatan yang serius. Tapi mimpi ngeri bermula apabila beliau berada di dalam pengajian kedoktoran yang mana seperti yang kita maklum, lifestyle yang stress, pemakanan yang tidak seimbang sangat mempengaruhi.

Sejak itu beliau mengalami eczema yang kronik. Sejarah keluarga yang menghidap asthma, resdung, mempengaruhi kesihatan beliau pada masa itu. Sehinggakan setiap kali pergi kuliah (jurusan medik), beliau terpaksa membawa sapu tangan, bukan untuk mengelap peluh tetapi mengelap cecair-cecair yang keluar di seluruh muka akibat dari eczema! Tambah pula penghidap eczema memang perlu elak terkena sinaran matahari (cahaya UV). Memang akan bertambah merah dan gatal! Ouch!

Malu. Sakit. Gatal. Stress. Low self-esteem.

Doktor terbaik di fakultinya telah consult dan prescribe ubat terbaik bagi situasi beliau seperti steroid, antihistamine, dan sebagainya dari dos kecil sehingga dos yang tertinggi namun segalanya tidak memberi sebarang perubahan positif. Sehingga satu tahap, beliau dinasihatkan untuk MC 3 bulan untuk berehat. Tapi apa yang beliau lakukan adalah, tidak mengambil MC kerana bimbang akan graduate lambat, malah BERHENTI PENGAMBILAN UBAT yang tidak memberikan apa-apa perubahan baik pun pada diri beliau.

Dipendekkan cerita, sejak itu beliau mula mencari pakar nutrisi untuk dapatkan nasihat, disamping mengubah lifestyle kepada yang lebih baik (pemakanan, sumber air) dan segala perubahan positif bermula dalam hidup beliau.

Rasanya, cukuplah pengenalan mengenai siapa Dr. Anya. ^_^

JOM KENALI ECZEMA!

Kita biasa dengar perkataan eczema kan? Ia juga dikenali sebagai Atopic Dermatitis.

ATOPIC - Alahan / alergik
Dermatitis - Keradangan / inflamasi pada kulit 

APA CIRI-CIRI ECZEMA?

Bukan semua kegatalan pada kulit dikategori sebagai eczema yer. Ada cara untuk kita kenali sama ada ia eczema atau bukan eczema.

Kawasan selalu terjadinya eczema / actipic dermatitis adalah pada pipi, juga belakang lutut (pelipat)

Haa.. Itu yang biasa kita ketahui kan? Tapi tahukah anda ada beberapa lagi jeni eczema yang jarang diketahui sehinggakan penghidapnya tidak menyangka ia tergolong dalam masalah eczema.



Ia dikenali sebagai lichenified eczema dan juga follicullar eczema.

Lichenified eczema biasanya terjadi pada pergelangan tangan. Manakala follicular eczema biasanya terjadi pada bahagian badan. Follicular eczema terbentuk pada liang-liang roma dan mengakibatkan rasa gatal. 

Kegatalan atau alergi pada kulit dikatakan atau dikategorikan sebagai eczema jika mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Kulit kering dan GATAL
  2. Kulit MERAH dan merekah
  3. Cecair meleleh dan berdarah kelihatan pada kulit
  4. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap eczema dan/atau asthma
  5. Bukan sentiasa tapi ada masanya eczema flares up
  6. 10% ianya berlaku dikalangan kanak-kanak, 1% berlaku dikalangan dewasa
  7. Biasanya terjadi pada tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut (pelipat)
Ciri-ciri eczema: Kemerahan (redness), melepuh (blisters), berkerak mengelupas (flaking)

Redness, blisters, dan flaking adalah ciri-ciri eczema. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga bernanah! Nanah adalah tanda jangkitan (infection) kuman telah berlaku pada kulit. Jika tahap eczema telah sampai ke tahap bernanah, adalah lebih baik untuk rawat jangkitan tersebut dahulu. Kemudian teruskan dengan rawatan eczema secara semulajadi.

Eh?? Semulajadi? Ada ke? 

Boleh ke eczema dirawat dan dicegah secara semulajadi?


Ha.. baca sehingga habis ok. Ia terbukti berkesan. Dr. Anya sememangnya merawat pesakit-pesakitnya dengan cara semulajadi. Nama pun doktor Naturophaty kan? ^_^

PUNCA DAN SEBAB ECZEMA (APA YANG TRIGGER ECZEMA BERULANG?)

Apa yang triggers eczema berulang menyerang penghidapnya?

  1. Keturunan (Genetics) - Eczema, asthma, allergies
  2. Alahan makanan (Food intolerances) - Contohnya: Produk tenusu, gandum, kacang tanah, telur, seafood
  3. Kulit kering
  4. Perangsang dari barang disekeliling (Irritants) - Contohnya: Sabun basuh tangan / basuh pinggan, detergent, shampu, sabun mandi, pencuci lantai, klorin dalam air, perfume, pakaian dari bulu haiwan / synthetic fibers
  5. Perubahan suhu yang mendadak dan berpeluh
  6. Allergens: Debunga, pijat, bulu kucing/anjing
  7. Stress
  8. Pengambilan makanan yang tinggi gula dan mengandungi lemak tepu. Termasuk makanan bergoreng, ia mengakibatkan keradangan pada kulit dan memusnahkan sel-sel badan
  9. Jangkitan kuman (infection)

Perbezaan di antara kulit sihat dan kulit yang mengalami eczema / dermatitis

CARA MENGATASI ECZEMA


Jaga kelembapan kulit
.
.
Jaga kelembapan kulit
.
.
JAGA KELEMBAPAN KULIT!

Kelembapan kulit merupakan cara yang paling penting dalam mengatasi masalah eczema.

Bagaimana?? 

  1. Guna pelembap (tanpa steroid) setiap kali selepas mandi.
  2. Guna sabun mandi yang semulajadi dan mengandungi pelembap. Elakkan sabun mandi berbentuk gel, gunakan yang creamy (shower cream instead of shower gel).
  3. Guna sabun basuh pinggan, sabun basuh pakaian, yang semulajadi dan selamat pada kulit.
  4. Guna sabun pencuci lantai dan tandas yang semulajadi tanpa bahan penghakis berbahaya.


APA MATLAMAT PERUBAHAN LIFESTYLE DALAM PERUBAHAN KEPADA PENGHIDAP ECZEMA NI?


  • Mengurangkan keradangan pada kulit
  • Mengurangkan pendedahan kepada irritants dan allergens
  • Memperbaiki fungsi "waterproofing" kulit yang terjejas
  • Mengurangkan kerosakan sel kepada kulit mati


Walaupun eczema boleh sembuh. Namun, cara kehidupan kita yang akan menentukan adakah ianya berjaya.

Dr. Anya dalam seminar yang saya hadiri tempoh hari telah menyarankan pendekatan, "ELAK APA? TAMBAH APA?" bagi membantu merubah lifestyle penghidap eczema dalam mengatasi masalah eczema ni.

Dalam entry kali ni saya kongsikan dahulu bahagian "ELAK APA?" seperti yang saya kongsikan di atas tadi:
PUNCA DAN SEBAB ECZEMA (APA YANG TRIGGER ECZEMA BERULANG?)

InsyaAllah saya akan sambung bahagian "TAMBAH APA?" kepada lifestyle penghidap eczema, dalam perkongsian di dalam entry seterusnya ya. Ia boleh didapati di dalam entry ini, DIETARY APPROACH FOR ECZEMA.

Jika anda risau tertinggal / terlepas dari mendapat pelbagai info dan ilmu daripada blog mamacilik.com anda bolehlah "Follow" blog mamacilik dengan menekan / klik button Follow di bahagian kanan blog ni yer. ^_^

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda semua di luar sana. Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya. Saya mohon anda SHARE entry ini kepada keluarga dan kenalan anda. Mana tahu ada insan yang kita bantu dengan perkongsian ini.

Wassalam.

Affni Shahida
Certified Mini Nutritionist


MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN DIRI & KELUARGA TERSAYANG?
Ingin mencuba alternatif semulajadi untuk kesihatan berpanjangan?

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment