Sesi Persekolahan 2018 Bermula! Jom Ke Sekolah!

Syukur alhamdulillah.. Berada kita kini di tahun baru 2018! Happy New Year!!

Agak lama tak berkongsi ilmu, pengalaman, di mamacilik.com ni. Maklumlah bila anak dah bertambah ni rutin semua bertukar. Nak kena re-allign balik lah semua perkara.In sha Allah tahun 2018 ni blog mamacilik.com akan sentiasa ada perkongsian baru hampir setiap hari. Doakan Allah permudahkan dan beri rezeki masa dan ilham ya. ^_^

SELAMAT TINGGAL 2017

2017 telah meninggalkan kita. Saya pasti banyak pengalaman suka duka kehidupan yang kita lalui kan? Perubahan ketara dalam hidup saya sendiri bermula dengan hijrah kami sekeluarga ke tempat kediaman baru, kejiranan baru, di samping kakak Arissa mula bersekolah tahun 1. 

My 1st born on the 1st Day of School 2017

Rutin baru yang sangat drastik bagi diri saya yang mana, pada masa itu lah saya mula sepenuh masa fokus kepada bisnes Shaklee, menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM). Learning curve memang besar. Tau pulak masa tu pregnant anak ke-5, morning sickness lagi. Apa pun, tidak pernah ada erti give up. Pusing lah ikut mana pun, family tetap nombor 1, target mesti achieve. Everything must be in place!

SELAMAT DATANG 2018!

Jadi sekarang kita dah berada di tahun baru 2018! Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Allah beri banyak ilham untuk merancang perjalanan kejayaan di tahun baru ni. Semua kena renew. Azam, usaha, ibadah, target, semua kena ada yang baru! Kita design life kita okeh!

Hari ni mesti ramai daripada kita yang ambil cuti sebab anak masuk sekolah kan? Macam mana lah agaknya ragam masing-masing? Agaknya ada lagi ke anak-anak zaman sekarang yang menangis di hari pertama persekolahan ya?



Si Tembam Mama (Duta Mealshakes) Di Hari Pertama Persekolahan 2018

Hari pertama sekolah hari ni merupakan hari pertama persekolahan kakngah Alina pula. Orang kata, sekolah betul. Agaknya tadika dulu tu sekolah main kan. Hehe.. Malam tadi anak-anak masuk tidur pukul 10. Pesan kat diorang suruh bangun pukul 6, memandangkan masa cuti sekolah haritu suka hati je nak bangun tidur balik ke kan.. Sekali terkejut kami dengar bising-bising pukul 5 pagi. Bangun dah rupanya kakak-kakak ni. Semangat nak pergi sekolah ^_^

Alhamdulillah.. So far so good. Masuk kelas dapat duduk depan. Memang dah pesan siap-siap kat dia untuk duduk depan. Murid dalam kelas pun tak ramai sebab kalau ikutkan kelas dia adalah kelas DLP (Dual Language Program). Maksudnya, matematik dan sains belajar dalam bahasa inggeris. Murid terpilih je akan masuk aliran/program DLP ni. Tapi ikut kata cikgu tadi, untuk batch Alina ni masih dalam perbincangan sama ada akan ada kelas DLP atau tak. So kita tengok je la nanti macam mana. Mama pulak yang nervous kalau Alina masuk program DLP ni. Masa rehat, Alina dapat pergi beli makanan di kantin sendiri tanpa guidance. Dia tak perasan pun mama buat Live Video di Facebook tadi. Hehe..

Semoga istiqomah lah yer anak-anak, bangun awal pagi tanpa drama. Semoga tahun baru kita sama-sama berjaya. Anak-anak berjaya di dalam pelajaran dan didikan agama, mama & papa berjaya di dalam bisnes Shaklee sehingga ke Master Coordinator! In sha Allah...

Salam tahun baru dari kami di Mamacilik Empire! 

=============================== 
INGIN BERIKAN NUTRISI SEMULAJADI TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK YANG MULA BERSEKOLAH?
Ingin mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk anda dan keluarga?

Hubungi saya, Rakan Nutrisi Anda (Certified):-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment