Me Time Mama & The Girls

Assalamualaikum semua followers mamacilik.com

Sebelum ni Kak Aff ada share tentang Kursus Mobile Spa TWB di Kuantan kan? Kalau belum baca, boleh la kalau nak baca.


Actually, di sebalik kursus spa tu, Kak Aff plan a ME TIME dengan my girls, Arissa & Alina. Masa Kak Aff bagitau & tanya diorang sama ada nak ikut pergi Kuantan ke tak, terus masing-masing kata nak ikut. Arissa kata,

“Seronoknya! Saya nak tidur dengan mama. Dah lama saya tak tidur sebelah mama masa saya dah besar ni.”

Ya Allah. Sentap Kak Aff dengan ayat Arissa tu. Punyalah kita ingat cukup dah perhatian & kasih sayang yang kita bagi tapi tetap ada kekosongan di hati anak-anak. Tu Arissa yang pandai luahkan perasaan. Anak yang lagi 4 tu entah apa pulak kan?

So Kak Aff memang set baik dah Rabu lepas Arissa Alina habis sekolah ABIM, kitorang nak gerak terus ke Kuantan (Oh ya, Arissa & Alina dapat cuti rehat sebab UPSR masa ni). Petang tu ingat nak lepak sama-sama kat Teluk Cempedak.

Arissa memang sangat suka dengan pantai. Memang tak boleh nak halang dah. Dia lari terus je ke pantai bila sampai.

Si Alina ni lain pulak. Puas lah pujuk dia untuk turun pantai. Jenis yang tak suka kecah-kecah kena basuh kaki bagai. Hehe.. 

Nanti Arissa & Alina dah besar, ketahuilah, mama cuba dan nak yang terbaik untuk semua anak-anak mama.

Arissa lah juga yang bagi greenlight untuk mama berhenti kerja makan gaji & buat bisnes dari rumah so that dapat pay attention lebih kat dia & adik2

Walaupun ada delay sikit, sempat la jugak pergi pantai Teluk Cempedak. Then malam tu habiskan masa tengok movie je kat hotel sambil makan makan.

Esoknya, Khamis lepas Subuh terus siap2 nak pergi breakfast. Yang kelakarnya anak2 Kak Aff ni kalau makan buffet kat hotel mesti cari cereals. Cornflakes ke, koko crunch ke. Dia tak pandang dah nasi ke mi ke. Rasa2 nya kenapa? Hehe..

Inilah masanya pun nak makan cereals. Kak Aff tak ajar anak-anak makan cereals. Memang makan makanan seimbang & berkhasiat je yg lebih. Anak-anak ni boleh ratah tomato, salad gitu je. No problem. Agaknya sebab tu la bila keluar diorang cari sesuatu yang Kak Aff biasanya tak beli.


Settle breakfast, so bermula lah kerja Kak Aff untuk kursus mobile spa TWB. Sementara tu, ingatkan Arissa Alina layan movie kat TV, rupanya dia pun layan sama kusyuk tengok mama ajar orang skill mobile spa TWB ni. Hehehe..



Kami sempat lunch di Mabit. Pekena paeh tempoyak ikan patin. Katanya hasil jualan kedai tu disalurkan ke pusat Tahfiz di situ. Menarik jugak lauk-lauknya.

So sebelum balik, kami jalan kat tepi hotel Mega View ambik angin. Ikutkan Arissa dia nak ke pantai Teluk Cempedak lagi tapi Alina beria-ia tak nak dan ajak cepat balik. Pujuk punya pujuk, Arissa mengalah. InshaAllah ada rezeki kita ke pantai lain pula ya.



After all, it’s a great getaway untuk kami bertiga. Syukur alhamdulillah sekarang Kak Aff ada career yang boleh buat dari rumah (or anywhere in the world), dan dalam masa yang sama boleh adjust time sendiri untuk balancekan kerjaya & family.
 
Inilah workstation Kak Aff untuk 2 hari kerja di Kuantan.
Seronok dapat pergi kerja bawa anak-anak sekali kan?
Impian kebanyakan ibu-ibu kat luar sana.


Kak Aff (FB: Affni Shahida)
TWB Mobile Spa Trainer
A Proud Working At Home Mom

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment